Did Jeffrey Kitingan get the permission of the Prime Minister to put up banners in Sabah announcing that Muhyiddin will be guest speaker at the Malaysia Day commemorative event at Batu Sumpah, Keningau on “Demi Mempertahankan Hak Kita”?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Yesterday, I said that in the Sabah general election, issues which had been buried for forty or fifty years had resurfaced like MA63 and Keningau Batu Sumpah.

I said that for the first time in the 57-year history of Malaysia, the Prime Minister was paying obeisance to the validity and legitimacy of Keningau Batu Sumpah.

I asked whether Muhyiddin will present the Keningau Batu Sumpah and the three commitments of “Ugama Bebas Dalam Sabah”, “Tanah Tanah dalam Sabah di kuasai oleh Kerajaan Sabah” and “Adat Istiadat anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh Kerajaan” to Parliament together with a motion declaring the government’s recognition and fulfilment of the three pledges engraved on the Keningau Batu Sumpah?

It was only after I had issued the media statement that I discovered that I had been mistaken, that Muhyiddin had not attended the Malaysia Day commemorative event at Batu Sumpah, Keningau as guest speaker on “Demi Mempertahankan Hak Kita”. He was instead in Sibu for a Malaysia Day event.

I will like to ask Dr. Jeffrey Kitingan, the Deputy Minister for Tourism, Arts and Culture and who organised the Malaysia Day Batu Sumpah Commemorative Event in Keningau whether he had the permission of the Prime Minister to put up banners in Sabah announcing that he (Muhyiddin) will be guest speaker at the Malaysia Day commemorative event at Batu Sumpah, Keningau on “Demi Mempertahankan Hak Kita”, a very clear hint that the Prime Minister of Malaysia was going to accord some form of recognition for the Batu Sumpah in Keningau after 57 years.

Of was the banner put up just to get a crowd although Muhyiddin never agreed to attend the Keningau event?

If it was the latter, then Jeffrey had been most dishonest and had taken the KMD communities in Sabah for a ride, which raises the question about the honesty, trustworthiness and credibility of the present batch of Ministers and Deputy Ministers.

Jeffrey said in is speech in Keningau that he would present the memorandum of the KDM native chiefs to the Prime Minister to honour the Batu Sumpah and its three commitments on freedom of religion, land rights and adat istiadat to Muhyiddin either on Malaysia Day on 16th September or latest by the next day.

Has Jeffrey done so, or is it again another game of bluff to the KDM communities by Jeffrey?

Muhyiddin announced in Sibu that the Perikatan Nasional government remained committed to ensuring that the rights of Sabahans and Sarwakians as stipulated under the Malaysia Agreement 1963 (MA63) are preserved.

He also announced that on Sept. 9, the Cabinet agreed to form a Special Committee on MA63 to discuss outstanding issues pertaining to MA63.

But for the first time in the history of Malaysia on the formation of important committees, the full membership composition was not announced – indicating that the announcement was more a P.R. exercise, and that the Prime Minister himself was not serious about it.

Can Jeffrey guarantee that the Keningau Batu Sumpah will be one the issues that will be decided by the Special Committee on MA63?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Sandakan on Friday, 18th September 2020)

================================

Adakah Jeffrey Kitingan telah mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk meletakkan kain rentang mengumumkan kehadiran Muhyiddin sebagai penceramah jemputan untuk acara sambutan Hari Malaysia di Batu Sumpah, Keningau yang bertemakan “Demi Mempertahankan Hak Kita”?

Semalam saya telah mengatakan, isu-isu seperti MA63 dan Batu Sumpah Keningau yang telah dilupakan selama berpuluh tahun sebelum ini telah pun kembali dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Saya mengatakan, buat pertama kalinya dalam sejarah 57 tahun Malaysia, seorang Perdana Menteri datang memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Batu Sumpah Keningau.

Saya menanyakan, sama ada Muhyiddin bersedia untuk membentangkan intipati dan tiga janji Batu Sumpah Keningau ini — “Ugama Bebas Dalam Sabah”, “Tanah Tanah dalam Sabah di kuasai oleh Kerajaan Sabah” dan “Adat Istiadat anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh Kerajaan” — ke dalam Parlimen bersama dengan satu usul yang mengisytiharkan pengiktirafan dan pengotaan janji-janji ini oleh pihak kerajaan?

Hanya selepas saya mengeluarkan kenyataan media ini, saya mendapati yang saya tersilap, Muhyiddin tidak menghadiri sebarang acara sambutan Hari Malaysia di Batu Sumpah, Keningau sebagai penceramah jemputan dengan tema “Demi Mempertahankan Hak Kita”. Sebaliknya, beliau berada di Sibu untuk satu acara Hari Malaysia.

Oleh itu, saya ingin bertanyakan kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan, Dr Jeffrey Kitingan yang telah menganjurkan sambutan Hari Malaysia di Batu Sumpah ini, sama ada beliau telah mendapat kebenaran Perdana Menteri untuk menaikkan kain rentang mengenai acara ini yang mengumumkan kehadiran Muhyiddin sebagai penceramah jemputan, satu perkara yang jelas menyiratkan yang Perdana Menteri akan mengiktiraf janji-janji Batu Sumpah Keningau ini selepas 57 tahun penubuhan Malaysia.

Atau, adakah kain rentang ini hanya dinaikkan untuk menarik lebih ramai hadirin ke majlis ini sedangkan Muhyiddin tidak pernah pun bersetuju untuk menghadirinya?

Jika kain rentang ini hanya dinaikkan untuk menarik perhatian orang ramai, maka Jeffrey telah melakukan sesuatu perkara yang amat tidak jujur, mengambil kesempatan ke atas komuniti KDM di Sabah, dan menimbulkan tanda tanya mengenai kejujuran, kebolehpercayaan, dan kredibiliti para Menteri dan Timbalan Menteri sedia ada.

Jeffrey mengatakan dalam ucapan beliau di Keningau yang beliau akan menghantar memorandum daripada ketua-ketua masyarakat KDM kepada Perdana Menteri untuk memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Batu Sumpah Keningau dan ketiga-tiga janji untuk menjamin kebebasan beragama, hak berkaitan tanah, dan hal ehwal adat pada Hari Malaysia atau selewat-lewatnya keesokan harinya.

Sudahkah beliau berbuat demikian, atau ini hanyalah satu lagi penipuan beliau terhadap masyarakat KDM?

Di Sibu, Muhyiddin telah mengumumkan yang kerajaan Perikatan Nasional kekal komited dalam memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dipelihara.

Beliau juga mengumumkan yang pada 9 September yang lalu, Kabinet telah bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas berkenaan MA63 untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perkara tersebut.

Namun, buat pertama kali dalam sejarah negara kita, keahlian dalam sebuah jawatankuasa yang baru ditubuhkan ini tidak diumumkan — menunjukkan yang penubuhan jawatankuasa ini hanyalah satu wayang politik dan menunjukkan yang Perdana Menteri sendiri tidak serius dengan jawatankuasa ini.

Bolehkah Jeffrey memberikan jaminan, yang Batu Sumpah Keningau ini akan menjadi salah satu isu yang akan dibincangkan dan diputuskan dalam Jawatankuasa Khas MA63 ini?

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Sandakan pada hari Jumaat 18 September 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.