Sabah general election – the most unusual election in the history of Malaysia


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Sabah general election is the most unusual election in the history of Malaysia.

Firstly, for having the most number of candidates, 447candidates for 73 seats, with one seat facing a 11-cornered fight, one-seat a 10-cornered fight, three seats nine-cornered, five seats eight-cornered, 13 seats seven-cornered, 26 seats six-cornered and 15 seats five-cornered fights.

Secondly, with the most number of political frogs in the fray, whose golden moment will come when they can demand their highest price – whether monetary or political position – if the outcome of the Sabah general election is a dumb one with no political group with a clear majority to form the State Government.

Thirdly, a motely Opposition facing the Warisan Plus which has a clear programme to win not only the majority of the 73 seats, but two-thirds majority of the Sabah State Assembly to lend stability and certainty to the Sabah political scene. The Opposition is even unable to distinguish friend from foe, not only unable to agree as to what constitutes their Aku Janji manifesto for the Sabah general election, but also to agree to one Opposition candidate for the post of Sabah Chief Minister. The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin wants Bersatu chief, Datuk Hajiji Noor to be the next Sabah Chief Minister, but UMNO and PBS do not agree. Sabah UMNO’s Bung Moktar Radin hopes to be the next Sabah’s Chief Minister while PBS is keeping its candidate for Sabah Chief Minister close to its chest.

Fourthly, this is a Sabah general election where the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, is campaigning harder than any other Opposition leader as if his political future depends on its outcome but the least electoral impact.

Fifthly, issues which had been buried for forty or fifty years have resurfaced like MA63 and Keningau Batu Sumpah,. The Prime Minister of Malaysia for the first time is paying obeisance to the validity and legitimacy of Keningau Batu Sumpah. But will Muhyiddin present the Keningau Batu Sumpah and the three commitments of “Ugama Bebas Dalam Sabah”, “Tanah Tanah dalam Sabah di kuasai oleh Kerajaan Sabah” and “Adat Istiadat anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh Kerajaan” to Parliament together with a motion declaring the government’s recognition and fulfilment of the three pledges engraved on the Keningau Batu Sumpah?

Sixthly, we have a Chief Minister aspirant who is facing multiple corruption charges in court whose Malaysian leader holds the record of facing the most number of corruption charges with a morality bsummed up by three words:- “Malu Apa Bossku?”. This is the Aku Janji of the Sabah Opposition.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Sandakan on Thursday, 17th September 2020)

==========================

Pilihan Raya Negeri Sabah — pilihan raya teraneh dalam sejarah Malaysia

Pilihan Raya Negeri Sabah semasa adalah pilihan raya yang teraneh dalam sejarah negara kita.

Pertamanya kerana mempunyai jumlah calon yang tertinggi, dengan 447 calon bertanding untuk 73 kerusi, dengan satu kerusi yang menyaksikan pertembungan 11 dan 10 penjuru, tiga kerusi dengan pertembungan sembilan penjuru, lima kerusi dengan pertembungan lapan penjuru, 13 kerusi dengan pertembungan tujuh penjuru, 26 kerusi dengan pertembungan enam penjuru, dan 15 kerusi dengan petermbungan lima penjuru.

Kedua, pilihan raya ini menyaksikan penyertaan tertinggi daripada golongan katak politik, yang menantikan saat untuk menyerlah dan menawarkan diri mereka kepada mana-mana pembida tertinggi jika keputusan pilihan raya ini tidak memberikan majoriti yang jelas kepada mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan negeri.

Ketiga, kumpulan pembangkang yang tidak tersusun melawan Warisan Plus yang mempunyai program yang jelas, bukan sahaja untuk memenangi majoriti daripada 73 kerusi ini, tetapi dua-pertiga daripada kesemua kerusi untuk menjamin kestabilan politik di Sabah. Sedangkan pihak pembangkang di Sabah tidak mampu untuk membezakan di antara kawan dengan lawan, gagal untuk bersetuju dengan manifesto Aku Janji mereka, malah, tidak dapat bersetuju mengenai calon Ketua Menteri mereka. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Datuk Hajiji Noor untuk menjadi calon Ketua Menteri Sabah mereka tetapi UMNO dan PBS tidak bersetuju. Bung Moktar daripada UMNO Sabah sendiri berharap untuk menjadi calon Ketua Menteri mereka manakala PBS masih lagi berahsia mengenai calon Ketua Menteri mereka.

Keempat, dalam PRN Sabah ini, kita dapat lihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang paling kuat berkempen berbanding dengan mana-mana pemimpin pembangkang yang lain, seakan-akan masa depan politik beliau bergantung kepada keputusan pilihan raya ini sedangkan beliau tidak mempunyai impak yang besar kepada pilihan raya ini.

Kelima, isu yang telah dilupakan selama empat puluh ke lima puluh tahun telah dibangkitkan semula, seperti MA63 dan Batu Sumpah Keningau, di mana buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang Perdana Menteri Malaysia memberi penghormatan terhadap Batu Sumpah Keningau ini. Namun, adakah Muhyiddin akan membawa intipati dan tiga janji-janji Batu Sumpah Keningau — “Ugama Bebas Dalam Sabah”, “Tanah Tanah dalam Sabah di kuasai oleh Kerajaan Sabah” dan “Adat Istiadat anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh Kerajaan” — ini ke dalam Parlimen bersama dengan satu usul yang mengisytiharkan pengiktirafan dan pengotaan janji-janji ini oleh pihak kerajaan?

Keenam, kita ada seorang ahli politik yang beraspirasi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah, sedangkan beliau sedang berhadapan dengan pelbagai tuduhan rasuah, di mahkamah yang sama dengan seorang pemimpin negara kita sedang memegang rekod berhadapan dengan jumlah tuduhan rasuah terbanyak, yang mempunyai moraliti yang boleh diringkaskan dengan tiga perkataan: “Malu Apa Bossku?”. Inilah Aku Janji sebenar pihak pembangkang Sabah.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Sandakan pada hari Khamis 17 September 2020)

  1. #1 by Bigjoe on Thursday, 17 September 2020 - 4:39 pm

    We have forgotten what a healthy democracy look like. Actually such contest with many candidates and parties is healthy democracy. The winner should be one that can deliver majority of voter’s demand but also the winner is not so objections that all opposition consolidate to fight it.

    Do people realize that Batu Sumpah Keningau is against the agenda of PAS and Maufakat?? Freedom of Religion is not the same as “other religion is allowed to be practised”. Strict interpretation means it confirms secularity of original Malaysia founding.

    Batu Keningau confirms the original Liberal view of the founders of this country. They did not see freedom of religion and secularity as against Islam. That is why Sarawak and Sabah did not hesitate to join Malaysia unlike the rhetoric of UMNO-PAS for decades.

    Whether PAS likes it or not, RUU 355 violate the Batu Sumpah Keningau and original founding of Malaysia. Full Stop.

You must be logged in to post a comment.