Congrats Veveonah – from tree-top girl to a UMS scholarship student and to dinner with the Prime Minister, but has Muhyiddin promised faster action to close the digital divide in Sabah, Sarawak and Peninsular Malaysia?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Congrats to plucky 18-year-old lass from Pitas, from tree-top girl to a Universiti Malaysia Sabah (UMS) scholarship student and to dinner with the Prime Minister.

But has Tan Sri Muhyiddin Yasin promised faster action and more money to close the digital divide in Sabah, Sarawak and Peninsular Malaysia so that no Malaysian youth need to emulate her feat of spending 24 hours on a tree top to sit for an online examination to get better Internet connectivity?

The Veveonah episode is a proper curtain-raiser for the 2020 Sabah state general election, for it encapsulates the miserable plight of the people of Sabah half a century after the formation of Malaysia – why Sabahans are so poor and backward in socio-economic infrastructure and development when Sabah is one of the richest states in the country!

Veveonah’s pluck and grit, and the adoration of netizens with her Youtube on top of the tree top for 24 hours to sit for the online examination viewed over 810,000 times, must be the inspiration for the youths of this nation.

Veveonah has rightly earned national and even international attention, but Sabahans and Malaysians are disappointed that the Prime Minister and the federal cabinet have not acted on Veveonah’s YouTube to announce a special programme to close the digital divide in Sabah, Sarawak and Peninsular Malaysia.

Even more disappointing, the two deputy ministers who have publicly called Veveonah a liar for falsely claiming to have stayed on a treetop for 24 hours for an online examination have escaped punishment for their grave bloopers – one deputy minister escaped with a light tap on the wrist by apologising in the Senate while the other deputy minister and MP for Kudat escaped completely.

Muhyddin dares not discipline the two deputy ministers for the simple reason that he may lose his office as Prime Minister, as would happen if his “Sheraton Move” backdoor government – a government on stilts – is toppled as a result.

It is precisely because the present government is a government on stilts that the Prime Minister is the weakest in the nation history, where Ministers dare not discipline their deputy ministers because they are from a different party, and where the Prime Minister dares not discipline deputy ministers for the survival of his government is at stake.

Muhyddin can try to placate one Veveonah Mosibin but what Veveonah want and the larger public want is the resolution of the problems faced by the Veveonahs all over the country – the grave digital disparity in the country.

Is Muhyiddin prepared to give an answer?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Monday, September 14, 2020)

==========================

Tahniah Veveonah — daripada dikenali sebagai gadis yang menduduki peperiksaan di atas pokok kepada pelajar tajaan biasiswa UMS dan kemudiannya dapat makan malam dengan Perdana Menteri, tetapi adakah Muhyiddin telah menjanjikan tindakan yang lebih pantas untuk merapatkan jurang digital di Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia?

Saya ucapkan tahniah kepada gadis berusia 18 tahun yang berani daripada Pitas, yang sebelum ini dikenali dengan pengalaman beliau menduduki peperiksaan di atas pokok, dan kemudiannya menjadi pelajar tajaan biasiswa di UMS, dan kemudiannya berpeluang untuk makan malam bersama dengan Perdana Menteri.

Tetapi, adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan tindakan yang lebih pantas berserta dengan lebih banyak peruntukan dana untuk merapatkan jurang digital yang dihadapi oleh penduduk di Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia supaya insiden berada di atas pokok selama 24 jam untuk menduduki peperiksaan ini tidak perlu diulangi oleh mana-mana anak muda dalam negara kita?

Episod Veveonah ini adalah pembuka tirai yang paling berpatutan untuk Pilihan Raya Negeri Sabah 2020, kerana perkara ini menunjukkan taraf kehidupan harian yang perit yang dihadapi oleh rakyat Sabah, setengah abad selepas pembentukan Malaysia — mengapakah rakyat Sabah terlalu miskin dan ketinggalan dari segi infrastruktur sosio-ekonomi dan pembangunan, sedangkan Sabah adalah antara negeri terkaya dalam negara kita!

Iltizam dan keberanian Veveonah, berserta dengan perhatian yang diberikan oleh netizen terhadap video Youtube beliau yang merakamkan pengalaman beliau berada di atas pokok selama 24 jam untuk mendapatkan sambungan internet yang baik bagi membolehkan beliau menduduki satu peperiksaan atas talian ini telah ditonton lebih daripada 810,000 kali dan semestinya menjadi inspirasi kepada para belia dalam negara kita.

Veveonah memang sepatutnya mendapat perhatian di seluruh negara, malah di peringkat antarabangsa sekalipun, namun rakyat Sabah dan Malaysia berasa kecewa dengan Perdana Menteri dan Kabinet kerana tidak bertindak dengan mengumumkan sebarang program khas untuk merapatkan jurang digital di Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia.

Apa yang lebih mengecewakan adalah apabila terdapat dua orang timbalan menteri yang telah menuduh Veveonah sebagai menipu mengenai pengalaman beliau menjawab peperiksaan di atas pokok, dan mereka ini dapat melepaskan diri daripada menerima sebarang hukuman yang setimpal dengan tindakan mereka — seorang timbalan menteri ini hanya perlu memohon maaf di dalam Dewan Negara manakala seorang lagi timbalan menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Kudat pula dilupakan begitu sahaja.

Muhyiddin tidak berani mendisiplinkan kedua timbalan menteri ini kerana bimbang yang beliau akan hilang kedudukannya sebagai Perdana Menteri, yang akan berlaku sekiranya kerajaan pintu belakang “Langkah Sheraton” — sebuah kerajaan yang amat rapuh — ini tumbang.

Kerapuhan kerajaan ini juga menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang terlemah dalam sejarah negara, di mana Menteri tidak berani mendisiplinkan timbalan mereka kerana mereka datang daripada parti yang berlainan, dan di mana Perdana Menteri juga tidak berani mendisiplinkan timbalan-timbalan menterinya kerana bimbang mengenai kelangsungan kerajaan beliau.

Muhyiddin boleh mencuba untuk meredakan seorang Veveonah Mosibin, tetapi apa yang mahu dilihat oleh Veveonah dan seluruh rakyat Malaysia adalah penyelesaian masalah yang dihadapi oleh beliau dan ramai lagi di seluruh negara — masalah jurang digital yang terlalu luas dalam negara kita.

Adakah Muhyiddin bersedia untuk memberikan penyelesaian ini?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin 14 September 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.