Are we having a MACC scandal over the MARA corruption scandal over the transaction of Australian properties?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Is the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) aware of the identity of the “most powerful Malaysian political figure” referred to by Australian media Sydney Morning Herald, The Age and The Sun as implicated in the RM70 million MARA corruption scandal involving the transaction of Australian properties?

If so, why had no action been taken by the MACC against this “most powerful Malaysian political figure”; and if not, why the MACC had not sought information from its Australian counterpart in the Australian Federal Police investigating the case?

This has become the most pertinent question following the action by the Australian Federal Police seizing properties and cash worth Australian $1.6 million and the corruption prosecution of Australian property developer Dennis Teen last month over charges that he paid Malaysian government officials Australian $4.75 million in bribes to facilitate the purchase of a property development in Melbourne by MARA.

Malaysiakini journalist R Nadeswaran in his Comment piece “Mara probe Down Under – five years and still waiting” recounted that in April 2017, the then MACC deputy chief commissioner (operations) Azam Baki (who is now Chief Commissioner) had said that 24 witnesses had been called in to assist with investigations over the alleged acquisition of property, and that on Nov. 30, 2017, the Minister for Rural and Regional Development, Ismail Sabri Yaakob, was reported to have said the MACC had “almost completed” the MARA property scandal probe.

What has happened to this “almost completed” MACC investigation into MARA in 2017?

Malaysians expect MACC to break its silence on its probe on the MARA corruption scandal involving transaction of Australian properties, or is this going to be a case of MACC scandal over the MARA scandal over the purchase of Australian properties?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumplur on Friday, 4th September 2020)

======================

Adakah kita bakal melihat satu skandal dalam SPRM berkenaan dengan skandal rasuah transaksi hartanah MARA?

Adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengetahui identiti “ahli politik berkuasa” yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar Australia seperti Sydney Morning Herald, The Age, dan The Sun yang disyaki terbabit dalam skandal rasuah transaksi hartanah MARA yang bernilai RM70 juta?

Jika ya, mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak SPRM terhadap “ahli politik berkuasa” ini, dan jika tidak, mengapa SPRM tidak cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada badan Polis Persekutuan Australia yang sedang menyiasat kes ini?

Perkara ini telah menjadi persoalan terbesar selepas tindakan pihak Polis Persekutuan Australia yang menyita hartanah dan wang tunai yang bernilai sebanyak AUD1.6 juta, bersama dengan pendakwaan tuduhan rasuah terhadap pemaju hartanah Australia Dennis Teen dalam bulan lepas atas dakwaan yang beliau telah membayar pegawai kerajaan Malaysia sebanyak AUD4.75 juta sebagai rasuah untuk melancarkan urusan pembelian hartanah di Melbourne oleh pihak MARA.

Wartawan Malaysiakini R Nadeswaran dalam coretan komentar beliau yang bertajuk “Mara probe Down Under – five years and still waiting” menulis yang pada bulan April 2017, Timbalan Pengerusi SPRM semasa itu, Azam Baki, telah mengatakan yang 24 orang saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan berkenaan dengan pemerolehan hartanah ini, dan pada 30 Nov 2017, Menteri Pembangunan Luar Bandar Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengatakan yang pihak SPRM telah hampir selesai menyiasat perkara ini.

Apakah yang telah berlaku dalam siasatan terhadap MARA yang “hampir selesai” pada tahun 2017 ini?

Rakyat Malaysia mengharapkan SPRM akan mendedahkan hasil dapatan siasatannya terhadap skandal rasuah MARA ini, jika tidak, perkara ini sendiri boleh menjadi satu skandal dalam SPRM berkenaan dengan skandal rasuah MARA ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Jumaat 4 September 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.