Is Muhyiddin such a weak Prime Minister that he cannot or dare not impose discipline on his own Cabinet as his Ministers have no qualm in ignoring or defying him?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The silence of the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin has been thunderous.

The scandal of the Cabinet Minister who defied the Covid-19 SOP by not undergoing the stipulated 14-day quarantine SOP after returning from a five-day trip to Turkey in early July raises the question whether Muhyiddin is such a weak Prime Minister that he cannot or dare not impose discipline on his own Cabinet as his Ministers have no qualm in ignoring or defying him.

Four days have passed since the DAP MP for Seputeh Teresa Kok raised in Parliament the case of a Cabinet Minister who visited Turkey for five days and returned without undergoing the stipulated 14-day quarantine.

The attitude of the defaulting Minister is akin to the posture struck by a former Prime Minister – “Malu Apa Bossku”!

There was no denial of breach of the Covid-19 SOP by the defaulting Minister in the past four days.

He does not seem to care that he is damaging the anti-Covid-19 efforts of the campaign of the frontliners led by the Health Director-General, Dr. Noor Hisham Abdullah – for which Noor Hisham was rightly conferred the “Tan Sri”ship – or that he is setting a bad example to the young generation of Malaysians by abusing his powers and indifference to what is morally right and wrong.

He also makes a mockery of the daily press conference of the Senior Minister (Security Cluster) Ismail Sabri Yaakob on the number of individuals detained and penalized for violating the Covid-19 SOP, for it has now become a daily reminder of the injustices under the present government where ordinary Malaysians must obey the law but not the Ministers and VIPs.

On Thursday, the defaulting Minister said: Wait for the Health Ministry statement.

Although the Deputy Health Minister said yesterday that there will be no double standard when it comes to punishing those who flout the Covid-19 standard operating procedure (SOP), including top government officials, there was only silence from his “air suam” Minister.

It is not surprising that the Health Minister has decided not to drink the poisoned chalice and to pass the buck to the Prime Minister himself!

But dare the Prime Minister discipline his own Ministers?

Hence the test whether Malaysia has the weakest Prime Minister in history who cannot or dare not impose discipline on his own Cabinet with his Ministers having no qualm in ignoring or defying him!

Now the defaulting Minister is exculpating himself, not realising that he is barking up the wrong tree.

He claimed that the fact that he was allowed entry into the Palace on August 17 proved that he tested negative for Covid 19, demonstrating his ignorance or incomprehension over the crux of the scandal – that on his return from Turkey on July 7, he and members of his family did not undergo the 14-day quarantine from July 7 to 21 as required by the Covid-19 SOP.

This episode also raised questions about his ability to distinguish what is morally right from wrong and his fitness to be a Cabinet Minister.

Clearly, the defaulting Minister would not have appreciated the following events:

1. The resignation yesterday of the Irish agriculture minister Dara Calleary over his breach of Covid-19 regulations. Dara Calleary was among more than 80 guests at a hotel dinner hosted by the Irish parliament’s golf society, the night after he and his cabinet colleagues significantly tightened nationwide restrictions to try to curb a spike in infections.

2. On July 3, New Zealand’s Health Minister, David Clarke, resigned over his own breaches of Covid-19 lockdown rules.

3. In early July, Ghana’s deputy trade minister Carlos Kingsley Ahenkorah resigned following his visit to the electoral registration office without completing his self-isolation period.

4. In June, Chilean Health Minister Jaime Manalich resigned amid criticism from civil organisations and opposition figures for his management of the novel coronavirus pandemic in the country.

5. In May UK’s Scotland office minister Douglas Ross resigned protesting Prime Minister Boris Johnson’s refusal to remove his chief advisor Dominic Cummings on charge of breaching lockdown rules.

6. On May 4, Bahamas Health Minister Dr. Duane Sands resigned after breaching Covid-19 protocols.

Was the defaulting Minister responsible for the triple lies when he claimed to have Muhyiddin’s approval for the trip to Turkey, that he had undergone a “special test” specially designed for Ministers, Deputy Ministers and top officials and that Turkey was a Covid-19 “green country (zone)” when during the five days he was in Turkey, there were more than 5,500 people in the ICU wards and some 2,000 people were intubated while the daily Covid-19 infections exceeded four figures?

The defaulting Minister must be reminded that Malaysia is on the eve of triple national celebrations – the National Day, Malaysia Day and 50th anniversary of Rukunegara – and his continued presence in the Cabinet would mar the triple national celebrations as it is clear that he does not support and has infringed the fifth Rukunegara principle on “Courtesy and Morality”!

Malaysia has currently a cumulative total of 9,249 Covid-19 cases – ranking it as No. 89 of over 200 countries. Does the defaulting Minister support the goal to ensure that Malaysia’s cumulative total is less than 10,000 cases during Malaysia’s triple celebrations until Malaysia Day on Sept. 16, 2020?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Saturday, August 22, 2020)

================================

Adakah Muhyiddin seorang Perdana Menteri yang teramat lemah sehinggakan beliau tidak berani untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Menteri Kabinet beliau sendiri yang tanpa segan silu telah melanggar dan mengabaikan arahan beliau

Kesunyian daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari ini amat membingitkan.

Skandal Menteri Kabinet yang melanggar SOP Covid-19 dengan tidak menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus selepas pulang daripada lawatan selama lima hari di luar negara pada awal Julai lalu telah menimbulkan persoalan terhadap kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Adakah beliau terlalu lemah sebagai seorang Perdana Menteri sehingga beliau tidak mampu mendisiplinkan Menteri Kabinet beliau yang secara terang-terangan telah melanggar dan mengabaikan arahan beliau.

Empat hari telah pun berlalu sejak perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Parlimen.

Gelagat yang ditunjukkan oleh Menteri berkenaan kelihatan serupa dengan apa yang dilakukan oleh seorang bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan kempen “Malu Apa Bossku”!

Tidak ada sebarang penafian mengenai pelanggaran SOP Covid-19 oleh Menteri tersebut dalam tempoh masa empat hari yang lepas.

Beliau kelihatan seakan-akan tidak peduli terhadap kerosakan yang disebabkannya terhadap usaha-usaha anti-Covid-19 petugas barisan hadapan yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah — yang baru-baru ini telah dianugerahkan darjah Tan Sri. Menteri tersebut juga kelihatan seakan-akan beliau tidak peduli kepada hakikat yang beliau telah menjadi suatu contoh yang buruk kepada generasi muda dengan menyalah gunakan kedudukan dan tidak dapat membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk.

Tindakan beliau juga telah memperbodohkan sidang akhbar harian Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu perkembangan terkini mengenai berapa ramai individu yang telah ditahan dan dihukum kerana melanggar SOP Covid-19. Kini, sidang media harian ini hanya menjadi satu peringatan kepada kegagalan kerajaan untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam pelaksanaan SOP Covid-19, di mana rakyat biasa wajib mematuhi SOP tetapi pada masa yang sama golongan VVIP dan para menteri boleh melanggar SOP dengan sewenang-wenangnya.

Pada hari Khamis lalu, Menteri berkenaan telah mengatakan: “Tunggu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)”.

Walaupun Timbalan Menteri Kesihatan semalam telah menyatakan tidak ada sebarang tindakan pilih kasih dalam menghukum mereka yang tidak mematuhi SOP Covid-19, termasuklah terhadap penjawat tinggi kerajaan, menteri “air suam” beliau terus berdiam diri.

Tindakan Menteri Kesihatan untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai isu ini tidaklah mengejutkan, semestinya beliau lebih daripada rela untuk melepaskan tanggungjawab ini kepada Perdana Menteri sendiri.

Tetapi, beranikah Perdana Menteri kita mendisiplinkan Menterinya sendiri?

Maka perkara ini menjadi ujian sama ada kita sedang mempunyai Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah yang tidak mampu mahupun berani untuk mendisiplinkan Menterinya sendiri yang secara terang-terangan melawan arahannya!

Sekarang, Menteri tersebut sedang cuba untuk menyelamatkan dirinya, tanpa menyedari kesalahannya sendiri.

Beliau berkata, hakikat di mana beliau dibenarkan untuk hadir ke Istana pada 17 Ogos membuktikan yang beliau telahpun disahkan negatif daripada dijangkiti Covid-19, menunjukkan kegagalan beliau untuk memahami isu sebenar skandal ini — di mana sejurus pulangnya beliau dari Turki pada 7 Julai, beliau bersama dengan ahli keluarganya gagal untuk menjalani kuarantin bermula daripada 7 Julai sehingga 21 Julai seperti yang diwajibkan mengikut SOP Covid-19.

Perkara ini membangkitkan pelbagai persoalan mengenai sama ada Menteri terbabit dapat membezakan di antara perkara yang betul dan salah dan sama ada beliau masih sesuai untuk menjadi seorang menteri kabinet.

Jelas sekali Menteri tersebut tidak akan memahami tindakan berikut:

(1) Peletakan jawatan Menteri Pertanian Ireland, Dara Calleary semalam akibat pelanggaran peraturan Covid-19. Dara Calleary telah menghadiri satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh kelab golf Parlimen Ireland bersama-sama dengan 80 tetamu yang lain, pada malam hari yang sama kerajaan Ireland memperketatkan undang-undang kawalan Covid-19 di seluruh negara untuk mengekang penularan wabak tersebut.

(2) Pada 3 Julai, Menteri Kesihatan New Zealand, David Clarke telah meletakkan jawatan selepas didapati melanggari peraturan kawalan pergerakan Covid-19.

(3) Pada awal Julai yang lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Ghana, Carlos Kingsley telah meletakkan jawatan selepas didapati melawat pejabat pendaftaran pengundi tanpa menghabiskan tempoh kuarantin kendiri beliau.

(4) Pada bulan Jun, Menteri Kesihatan Chile, Jaime Manalich telah meletakkan jawatan selepas berhadapan dengan kritikan daripada persatuan sivil dan barisan pembangkang berkenaan dengan pengendalian krisis koronavirus yang diuruskan beliau dalam negara tersebut.

(5) Pada bulan Mei di UK, Menteri di Jabatan Scotland, Douglas Ross telah meletakkan jawatan sebagai tanda protes terhadap tindakan Perdana Menteri beliau, Boris Johnson yang enggan untuk membuang penasihat utama beliau, Dominic Cummings yang telah didapati melanggar peraturan kawalan pergerakan.

(6) Pada 4 Mei, Menteri Kesihatan Bahamas, Dr Duane Sands telah meletakkan jawatan selepas didapati melanggari protokol berkaitan Covid-19.

Adakah Menteri berkenaan bertanggungjawab terhadap tiga penipuan apabila beliau mendakwa yang lawatan beliau ke Turki itu telah pun mendapat kelulusan Perdana Menteri, bahawa beliau telah menjalani satu “ujian saringan khas” untuk Menteri, Timbalan Menteri dan penjawat tinggi kerajaan, dan bahawa Turki adalah sebuah “negara zon hijau” sedangkan dalam tempoh lima hari beliau berada di sana, lebih daripada 5,500 pesakit berada di dalam unit rawatan rapi, lebih daripada 2,000 orang memerlukan bantuan pernafasan, dan kadar jangkitan di negara tersebut melebihi empat angka?

Menteri berkenaan harus diingatkan yang negara kita bakal menyambut tiga keraian besar dalam masa terdekat — Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, dan Ulang tahun ke-50 Rukunegara — dan keberadaan beliau di dalam Kabinet boleh mencemarkan sambutan ini memandangkan beliau secara jelas sekali tidak menghormati dan telah pun mencabuli prinsip kelima Rukunegara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan!

Negara kita kini mencatatkan sejumlah 9,249 kes Covid-19 terkumpul — meletakkan Malaysia di tempat ke-89 di seluruh dunia. Adakah Menteri ini menyokong usaha untuk memastikan negara kita kekal mencatatkan kurang daripada 10,000 kes menjelang sambutan tiga keraian yang akan berlangsung sehingga Hari Malaysia pada 16 September 2020?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Sabtu 22 Ogos 2020)

  1. #1 by Bigjoe on Saturday, 22 August 2020 - 4:25 pm

    Ignoring or defying him? Muhiyiddin clearly doing the same thing they are..

    The real question is if PAS can turn Toxic over this issue, how different are they from their old Nemesis, now best friend UMNO. How much is both Najib and Hadi alike because their hypocrisy clearly are pretty close.

    More importantly how come Amanah cannot make their case PAS has lost their way and is just like UMNO?

You must be logged in to post a comment.