Muhyiddin should disclose how many Ministers, Deputy Ministers and top officials had been given permission to leave the country during the MCO, CMCO and RMCO and whether the Health Ministry has devised a special Covid 19 test to enable them to skip the SOP


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

We seem to have a new reason for a Cabinet Minister not undergoing the stipulated 14-day quarantine after returning from a five-day trip to Turkey in early July – that the Minister had undergone a “special test” when he returned from the trip and the results were negative.

What is this special test? “The special test was to enable the country’s leaders who go in and out of the country, including on personal matters, to undergo the test swiftly.” – Star 21.8.2020.

This is news to Malaysians.

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin should disclose whether there is a “special test” for Ministers, Deputy Ministers and high officials and how many Ministers, Deputy Ministers and top officials had been given permission to leave the country during the Movement Control Order (MCO) from March 18 to May 3, the Conditional Movement Control Order (CMCO) from May 4 to June 9 and the Recovery Movement Control Order (RMCO from June 10 to August 31, the duration and reasons for their overseas trips and giving separate information with regard to Ministers, Deputy Ministers and high officials who were given permission to go overseas and to return on “personal matters” without having to comply with the SOP.

Two other reasons which have earlier been given to justify the Cabinet Minister breaching the SOP were: (i) that the Minister’s trip was approved by Prime Minister and (ii) that Turkey was categorised as a “green country (zone)”.

As the Prime Minister had been specifically named, he should not maintain his silence on the issue but must speak up to clear the air.

I am particularly intrigued by the claim of the Minister concerned that Turkey was categorised as a “green country (zone)” for the Covid-19 outbreak.

Turkey is now the world’s top 18th country with cumulative total of 254,520 Covid-19 cases and 6,058 deaths – as compared to China’s cumulative total of 84,895 cases and 4,634 deaths.

As Turkey has three times the cumulative total of Covid-19 cases as compared to China, and has more Covid-19 deaths than China, is the Malaysian Cabinet or the Health Ministry holding that Turkey is “greener” than China as far as Covid-19 outbreak is concerned?

Or is the claim that Turkey is a “green country (zone)” just a fantasy of the Cabinet Minister concerned?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Friday 21st August 2020)

===========================

Muhyiddin perlu mendedahkan berapa ramaikah Menteri, Timbalan Menteri, dan pegawai tinggi kerajaan yang telah diberikan kebenaran untuk keluar negara dalam tempoh PKP, PKPB, dan PKPP dan sama ada Kementerian Kesihatan telah merangka suatu ujian saringan khas Covid-19 untuk membolehkan mereka ini tidak mengikuti SOP sedia ada

Nampaknya kita telah diberikan satu lagi alasan baharu yang membolehkan seorang Menteri Kabinet untuk tidak mengikuti perintah kuarantin 14 hari selepas pulang daripada lawatan selama lima hari ke Turki pada awal bulan Julai yang lepas — kononnya Menteri tersebut telah menjalani satu “ujian saringan khas” sejurus selepas pulang daripada lawatan tersebut dan telah didapati negatif daripada wabak Covid-19.

Apakah bentuk ujian saringan khas ini? “Ujian saringan khas ini membolehkan para pemimpin negara yang perlu untuk keluar masuk negara, termasuklah di atas urusan peribadi, untuk disaring dengan pantas.” – akhbar The Star, 21 Ogos 2020.

Perkara ini adalah satu berita baharu untuk rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mendedahkan sama ada wujudkah “ujian saringan khas” ini untuk Menteri, Timbalan Menteri, dan pegawai tinggi kerajaan, dan berapa ramaikah Menteri, Timbalan Menteri, dan pegawai tinggi kerajaan yang telah diberikan kebenaran untuk keluar negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung di antara 18 Mac sehingga 3 Mei, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung di antara 4 Mei sehingga 9 Jun, dan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun dan dijadualkan berakhir 31 Ogos, berserta dengan tempoh mereka berada di luar negara dan sebab-sebab untuk lawatan ke luar negara ini, bersama dengan senarai berasingan untuk para Menteri, Timbalan Menteri, dan pegawai tinggi kerajaan yang telah diberikan kebenaran untuk ke luar negara dalam tempoh ini dan pulang di atas “sebab-sebab peribadi” tanpa perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Dua alasan yang diberikan sebelum ini adalah (i) lawatan ini telah dibenarkan oleh Perdana Menteri dan (ii) Turki dikategorikan sebagai sebuah “negara zon hijau”.

Memandangkan Perdana Menteri sendiri telah dinamakan sebagai individu yang memberikan kebenaran untuk lawatan ini, beliau tidak boleh berdiam diri dalam isu ini dan perlu menjelaskan perkara yang sebenarnya untuk mengelakkan kekeliruan.

Saya amat tertarik dengan dakwaan Menteri tersebut yang kononnya Turki dikategorikan sebagai sebuah “negara zon hijau” dari segi penularan wabak Covid-19.

Turki kini berada di tempat ke-18 teratas di dunia dengan sejumlah 254,520 kes terkumpul dan 6,058 kematian akibat Covid-19 — untuk perbandingan, China mencatatkan 84,895 kes dan 4,634 kematian.

Memandangkan Turki mempunyai tiga kali ganda jumlah kes terkumpul berbanding China dan merekodkan lebih banyak kematian berbanding dengan negara China, adakah Kabinet Malaysia ataupun Kementerian Kesihatan melihat Turki sebagai sebuah negara yang lebih selamat berbanding China dari segi penularan Covid-19?

Ataupun, adakah dakwaan bahawa Turki merupakan “negara zon hijau” ini hanyalah angan-angan Menteri yang berkenaan?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat 21 Ogos 2020)

  1. #1 by Bigjoe on Friday, 21 August 2020 - 10:27 am

    The issue is PN has a majority of two, either Khairuddin loses his seat, putting the majority to one and can collapse soon, or given special treatment by the courts which proves Najib successfully infected Mahathirism into PAS.

    Its about hypocrisy that catches up with you.

You must be logged in to post a comment.