Pakatan Harapan must adopt the formula which succeeded in toppling a seemingly invincible Barisan Nasional in the 14th General Election to vanquish the new UMNNO-PAS offensive in the politics of lies, hate, fear, race and religion


Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 7 Mac 2019:

Pakatan Harapan perlu menggunakan formula yang telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 bagi melawan serangan terbaharu UMNO-PAS yang memainkan politik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan

Pakatan Harapan perlu menggunakan formula yang telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 bagi melawan serangan terbaharu UMNO-PAS yang memainkan politik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan.

Jika Pakatan Harapan dapat menewaskan politik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan yang dimainkan Barisan Nasional dan PAS, sekalipun dilakukan secara berasingan, pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh sekali lagi digunakan untuk menyerang balas kempen pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan yang dibawa UMNO-PAS.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, UMNO mendabik dada bahawa mereka akan memperolehi kemenangan ekoran yakin dengan kempen pembohongan, berita palsu, kebencian dan ketakutan yang dimainkan mereka antaranya seperti berikut:

bahawa DAP kononnya merupakan parti dominan dalam Pakatan Harapan, dan bahawa tiga parti lain dalam Pakatan Harapan, iaitu PKR, Amanah dan Bersatu hanyalah “budak suruhan” DAP;
bahawa kononnya pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Mohamad Sabu kononnya hanyalah boneka pemimpin Cina DAP;
bahawa kononnya saya akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14;
bahawa kononnya orang Melayu akan kehilangan kuasa politik, dan akan pupus, merempat di negara sendiri di bawah kerajaan Pakatan Harapan;
bahawa kononnya saya adalah musuh kepada orang Melayu dan Islam, malah dituduh mengetuai demonstrasi jalanan anti-Melayu di Kuala Lumpur yang mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 di ibu kota sedangkan saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada waktu itu; dan
berulang kali, saya dituduh sebagai seorang komunis (malah difitnah kononnya mempunyai pertalian darah dengan Setiausaha Agung PKM Chin Peng), malah saya dituduh mahu menjadikan Malaysia sebagai negara kristian sedangkan saya bukan penganut kristian dan paling mengarut saya dituduh sebagai agen kuasa asing!

Namun pembohongan, fitnah dan berita palsu ini tidak mampu menahan kemaraan Pakatan Harapan dalam meraih sokongan satu pertiga pengundi Melayu bagi menumbangkan Barisan Nasional dan membetulkan semula 60 tahun dasar pembinaan negara.

Harapan untuk melihat sebuah Malaysia Baharu seperti yang termaktub dalam manifesto pilihan raya adalah kunci yang telah membawa Pakatan Harapan ke Putrajaya, bagi mentrasformasi Malaysia daripada negara kleptokrasi global kepada negara yang berintegriti; mengembalikan semula kedaulatan undang-undang; mengukuhkan demokrasi; mereformasi sistem pendidikan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia; merapatkan jurang antara golongan miskin dan kaya serta menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya serta memanfaatkan aset kepelbagaian kaum, agama, dan budaya yang teradun di Malaysia bagi membina sebuah tamadun global baharu.

Sepanjang 10 bulan lalu, rakyat Malaysia sudah mula tertanya-tanya sama ada mereka telah meletakkan harapan palsu kepada Pakatan Harapan dalam membina sebuah Malaysia Baharu yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, malah semua masyarakat dan kumpulan di Malaysia.

Jika dalam tempoh empat tahun akan datang, Pakatan Harapan menggunakan formula yang telah membawa kemenangan bersejarah dan keputusan 9 Mei 2018 bagi membina sebuah Malaysia Baharu dan tidak terkeluar daripada landasannya akibat daripada serangan bertali arus dalam bentuk pembohongan tidak berasas, kebencian dan ketakutan yang dimainkan UMNO dan PAS, sokongan popular untuk Malaysia Baharu akan meningkat.

Dengan kekuatan, ketekunan, dan komitmen untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah sepanjang proses pembinaan sebuah Malaysia Baharu, tidak ada sebab mengapa Pakatan Harapan tidak mampu mendapat sokongan yang lebih besar daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, termasuk meningkatkan lagi sokongan pengundi Melayu ke tahap majoriti.

======================================

Pakatan Harapan must adopt the formula which succeeded in toppling a seemingly invincible Barisan Nasional in the 14th General Election to vanquish the new UMNO-PAS offensive in the politics of lies, hate, fear, race and religion.

If Pakatan Harapan can defeat the politics of lies, hate, fear, race and religion of Barisan Nasional and PAS, albeit carried out separately, in the 14th General Election, there is no reason why it cannot counter the joint UMNO-PAS campaign of lies, hate, fear, race and religion.

Before the 14th General Election, UMNO was confident of victory because it was confident that its campaign of lies, fake news, hate and fear revolving around the following theme, viz:

– that the DAP was the dominant political party in Pakatan Harapan, and that the other three parties in Pakatan Harapan, viz PKR, Amanah and Bersatu were just stooges at the beck and call of DAP;

– that the Malay leaders in Pakatan Harapan viz Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali and Mohamad Sabu were mere puppets of the of the Chinese leaders of DAP;

– that I would become Prime Minister if Pakatan Harapan won the 14th General Election;

– that Malays will lose political power and will perish, becoming strangers in their own land in a Pakatan Harapan government;

– that I was the arch-enemy of the Malays and Islam, even accused of leading anti-Malay street demonstrations in Kuala Lumpur that sparked the May 13, 1969 riots in the federal capital when I was never in Kuala Lumpur during the period; and

– at various times, I was accused of being a communist (even the lie that I was a relative to MCP Secretary-General Chin Peng), that I wanted a Christian Malaysia when I am not a Christian and multiple agents of foreign powers!

But these lies, falsehoods and fake news could not prevent Pakatan Harapan from getting the support of one-third of the Malay electorate to achieve the political decision to oust Barisan Nasional from Putrajaya and an opportunity to reset nation building policies in 60 years.

It is this hope of a New Malaysia as contained in the election manifesto which propelled Pakatan Harapan to Putrajaya, to transform Malaysia from a global kleptocracy into a leading nation of integrity; restore the rule of law; entrench democracy; reform the educational system to make Malaysia a top world-class nation; close the gap between the rich and the poor and to unite Malaysians of diverse races, religions and cultures and leverage on the assets of the diverse races, religions, cultures and civilisations which meet in confluence in Malaysia to build a new global civilization.

In the past 10 months, Malaysians have begun to wonder whether they have placed false hopes on Pakatan Harapan in the building of a New Malaysia which will be beneficial to all Malaysians as well as to all communities and groups in Malaysia.

If in the next four years, Pakatan Harapan adopt the formula which led to the historic victory and decision of May 9, 2018 to build a New Malaysia and not diverted from its course of action by the baseless lies, hate and fear engendered by UMNO and PAS, popular support for a New Malaysia will increase.

With stamina, perseverance and commitment to be fair and just to all Malaysians regardless of race, religion or region in the building of a New Malaysia, there is no reason why Pakatan Harapan cannot secure even greater electoral support in the 15th General Election, including the increase of the support of the Malay electorate to the majority level.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 7th March 2019)

  1. #1 by Bigjoe on Thursday, 7 March 2019 - 9:38 pm

    Sdr. Lim still misses one big fundamental point.

    The fact is for decades until the dissolution of Pakatan Rakyat, PAS never really paid much attention to DAP, in fact other than UMNO, MCA-Gerakan got much more attention than DAP.

    Suddenly, when Pakatan Rakyat dissolved suddently DAP is Enemy No. 1. Not only that, where previously they said little, suddenly the language of PAS against DAP sounds oddly the same as from UMNO!!

    How can it be for many decades DAP was not paid any attention and all of a sudden their language became the same as UMNO, their great enemy for decades before?

    THIS is our version of the Brexiteer and Trumpism. Its actually worst because its based on religion. We have seen what happened/happening to Brexit and Trumpism, its literally the patriotic duty of all NOT to fall into the idiotic trap.

    The big advantage is that there is no Fox News here. THIS is very much doable but it takes real attack on the franchise of hate and fear. It must start with demanding Anwar and Mahathir, the two politician most responsible for the state of religo politics in this country – alive or dead, to face it head on with a new narrative on religo politics – that leads a viewpoint for the world, not the usual partisanship of the past.

  2. #2 by tmc on Friday, 8 March 2019 - 12:28 am

    Some things must happen first.
    Stop the internal PH bickering in the public
    Present a united front even though you may argue in private
    Stop all stupid ministers from opening their mouths and giving knee jerk reactions or stupid comments
    Better still stop all ministers from commenting even when egged on
    The PAS/UMNO marriage of convenience will fail, no need for LGE to add on
    Any new promises, make sure PH keeps
    Wanna win by elections and GE15, do all of the above

  3. #3 by good coolie on Sunday, 10 March 2019 - 6:52 pm

    Yah! Stop loud mouths who talk first, and only then think about what they said. Pasumno will latch on to any straw for the purposes of anti PH propaganda.

You must be logged in to post a comment.