Kenapa Kit Siang bangkit mencelah pembentangan usul Haji Hadi


oleh Izmil Amri
Roketkini
Pada 6 April 2017

Bertubi-tubi orang memarahi Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang dilihat cuba menghalang Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada membentangkan usul persendiriannya yang penuh kontroversi di Parlimen hari ini.

Hadi sudah beberapa kali sebelum ini diberi ruang oleh pihak kerajaan untuk membentangkan usul yang lebih dikenali sebagai RUU355 itu, namun beberapa kali itu juga memohon untuk menangguhkan pembentangannya.

Usul Hadi itu mendapat keistimewaan hari ini apabila pihak kerajaan semalam menangguhkan lima rang undang-undang yang sebelum ini disenaraikan mendahului usul Hadi, setelah Dewan Rakyat terus bersidang sehingga hampir subuh.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin menjelaskan bahawa kerajaan telah meminta supaya usul Hadi diberikan keutamaan.

Proses tersebut kecoh seketika, apabila beberapa wakil rakyat pembangkang bangkit mempersoalkan kenapa hal tersebut berlaku; sedangkan baru sahaja minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih usul Hadi, dengan alasan ia adalah konsensus Barisan Nasional.

Lalu apa ertinya kerajaan meminta supaya Speaker memberi keutamaan kepada usul Hadi sedangkan parti kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak berbuat demikian? Adakah keputusan konsensus Barisan Nasional itu tidak membawa sebarang erti, dan hanya lakonan semata-mata bagi menunjukkan kepada penyokong MCA, Gerakan dan MIC serta parti-parti Sabah dan Sarawak bahawa BN tidak akan bersekongkol dengan usaha Islamisasi ala-Hadi?

Dan lagi, tiada seorang pun wakil rakyat dari komponen Barisan Nasional yang bangkit membela keputusan konsensus apabila Hadi akhirnya diberikan satu hari suntuk hari ini untuk membentang dan membahas usul penuh kontroversi itu.

Kit Siang bangkit tanpa langsung menyentuh usul Hadi, bahkan menyerang pimpinan Barisan Nasional, terutamanya MCA dan Gerakan yang tempoh hari meloncat sakan apabila keputusan dibuat untuk BN tidak mengambil alih usul terbabit.

Setelah beriya-iya mendabik dada bahawa mereka berjaya menghalang usul ‘hudud’ itu, wakil-wakil rakyat UMNO akhirnya hari ini kelihatan beriya-iya pula menepuk meja dan menyatakan sokongan kepada ucapan Presiden PAS tersebut.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula bangkit mempersoalkan isu sub judis memandangkan terdapat tindakan mahkamah terhadap Speaker bagi menghalang beliau mengizinkan usul Hadi itu dibentangkan.

Sub judis itu ertinya perkara tersebut masih dalam pertimbangan mahkamah dan tidak wajar dibahaskan supaya ia tidak memberi sebarang pengaruh kepada keputusan mahkamah.

Namun Tan Sri Speaker berhujah bahawa mahkamah tidak boleh masuk campur dalam prosiding parlimen.

Padahal Speaker yang sama juga sebelum ini membuat keputusan menghalang sebarang perbahasan dan soalan tentang skandal 1MDB dengan alasan bahawa terdapat tindakan mahkamah dalam soal itu dan tidak mahu perbahasan di Parlimen mempengaruhi keputusan mahkamah. Sub judis kata Speaker.

Semua hujah-hujah yang dibangkitkan berasaskan Peraturan Mesyuarat, termasuk soal kenapa usul-usul Pembangkang sebelum ini langsung tidak pernah dilayani oleh pihak Kerajaan, adalah hujah-hujah yang wajar dinyatakan.

Belum pernah lagi pihak Kerajaan mengesampingkan urusan-urusan usul kerajaan, bagi memberi ruang kepada usul pembangkang. Kecuali lah kalau ada udang di sebalik batu.

Ahli-ahli Parlimen punya tugas dan tanggungjawab besar untuk menggubal undang-undang dengan teliti. Dewan Rakyat bukannya kilang pembuatan undang-undang, dan hanya berfungsi sebagai ‘rubber stamp’ untuk mengabsahkan kehendak pihak-pihak tertentu demi dan untuk kepentingan politik masing-masing sahaja.

Kalau bangkit mempersoal perkara yang sah pun tak boleh, tak payah lah masuk Parlimen. Kit Siang boleh duduk di rumah, jaga cucu. Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang lain pula boleh buka gerai di sepanjang Jalan Parlimen, menjual nasi lemak, baju bundle dan sebagainya sebagai duit tepi.

Pun begitu, usul Hadi telah dibentang. Sesuai proses demokrasi yang matang, ia perlu dibahaskan.

Jangan nanti bila dibahas pun kena kritik juga. Cara begitu Korea Utara suka lah. – Roketkini.com

  1. #1 by Bigjoe on Friday, 7 April 2017 - 7:42 am

    What Sarawakians, Sabahan and even PAS supporters must understand, what this really means.

    1) It means UMNO is willing to share power with PAS. Putting aside its agenda after using it for so often to thwart PAS, show partnership of UMNO and PAS is real. BN is dead.

    2) UMNO is WILLING TO BE PAS. Its more than willing to do everything PAS wants to do..SO LONG AS UMNO IS IN CHARGE. In other words, UMNO do not want to defeat PAS, it wants PAS to join it. It want a religo-racist CORRUPT regime it controls.

    The joining of UMNO-PAS, actually the subjugation and corruption of Nik Aziz’s PAS, means there is only one direction they can head for after, the subjugation of Sarawak and Sabah to hold on to power. AND THERE IS NOTHING THEY CAN DO ABOUT IT except to replace UMNO/BN in Putrajaya now or never.

    All the talk of defending Sarawak and Sabah is nonsense. They are after ideological subjugation. Can they stop recruiting of Sarawakians and Sabahan into their religo-views? Abang Johari can allow Najib to do this, probably excused that Najib need to split the opposition, then Sarawak BN is defenseless against their spread and recruitment to their views and members, directly or indirectly, leading to Sarawak and Sabah subjugation.

    Make no mistake, GE 14 – the top issue is whether UMNO-PAS Islamic statism – a racist, religo discriminating AND CORRUPT regime over everyone else. EVERYTHING ELSE, FOR EVERYONE, EVERY MALAYSIAN is far far secondary..

You must be logged in to post a comment.