Kafir Harbi atau Warganegara?: Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan.


Prof Dato Dr Siddiq Fadzil
Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE)
27.6.2016

Pembinaan bangsa dalam konteks Malaysia harus berasaskan formula kepelbagaian dalam kesatuan. Kita harus dapat bersikap positif, melihat dan menerima kepelbagaian kaum, agama dan budaya bukan sebagai sumber konflik, sebaliknya sebagai aset kekuatan, kekayaan, kreativiti dan dinamika kemajuan. Bangsa tidak dapat dibina menerusi formula melting pot atau kawah besar peleburan. Tidak ada golongan yang rela jati dirinya dilebur. Kebinekaan atau keragaman budaya tidak menjadi masalah, andainya ia diletakkan dalam bingkai keekaan atau kesatuan.

Formula kepelbagaian dalam kesatuan adalah selaras dan serasi dengan fitrah dan sunnatu’Lah. Tema inilah yang dihuraikan dengan cukup menarik oleh Dr.Muhammad `Imarah dalam bukunya, al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-Tanawwu` fi Itar al-Wihdah (Islam dan Pluralisme: Perbezaan danKepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan).

Segala kewujudan yang kita saksikan pada alam dan kehidupan semuanya memancarkan hakikat kepelbagaian dalam kesatuan–keesaan Pencipta dengan kepelbagaian makhluk ciptaan-Nya; kesatuan keinsanan dengan kepelbagaian bangsa, warna dan bahasanya; kesatuan agama Allah dengankepelbagaian syari`atnya; kesatuan syari`at dengan kepelbagaian fiqh, mazhab dan ijtihadnya.

Fitrah sunnatu ‘Llah berupa kepelbagaian dalam bingkai kesatuan itulah yang diaplikasikan oleh Rasulullah s.`a.w. dalam pembinaan ummah negara Madinah sebagaimana yang tercermin dalam perlembagaan ulung Sahifah Madinah, sebuah perlembagaan yang dilatari kepelbagaian kabilah, agama dan budaya warganya.Lewat Sahifah tersebut Rasulullah s.`a.w. telah membentuk ummah: ummahdiniyyah (umat keagamaan) dan ummah siyasiyyah (umat politik).

Ummah diniyyah bersifat eksklusif dan terbatas hanya untuk kaum Muslimin (annahum ummatun wahidatun min duni ‘n-nas), sementara ummah siyasiyyah bersifat inklusif meliputi kaum Muslimin dan orang Yahudi (wa anna Yahuda Bani `Awf ummatun ma`a ‘l-Mu’minin). Kata kunci dalam ungkapan pembentukan ummah politik ini ialah kata ma`a (bersama) iaitu orang Yahudi bersama kaum Muslimin membentuk satu umat(um at Madinah). Ungkapan ma`a al-Muslimin (bersama kaum Muslimin), bukan minal-Muslimin (sebahagian daripada kaum Muslimin), bererti bahawa masyarakat Yahudi tidak menjadi bahagian daripada umat (keagamaan) Islam, tetapi menjadi bahagian daripada umat (politik) Madinah bersama dengan umat Islam.

Peruntukan dalam Sahifah tersebut jelas memberikan status kewarganegaraan penuh (al-muwatanah al-kamilah) kepada masyarakat Yahudi.Se bagai warga umat dan negara Madinah status, hak dan tanggungjawab mereka sama dengan umat Islam.Mereka bukan warganegara kelas dua. Persamaan hak dan tanggungjawab tersebut dicatat dengan ungkapan li al-Yahud dinuhum wa li al-Muslimin dinuhum (Yahud idengan agama mereka, dan kaum Mukminin dengan agama mereka). Ertinyanya perlembagaan ini memberikan hak kebebasan beragama dan membenarkan para penganut pelabagai agama mengamalkan agama masing-masing dan mengekalkan jatidiri keagamaan masing-masing.

Persamaan tanggungjawab pula dicatat dengan ungkapan wa anna al-Yahuda yunfiquna ma`a al-Mu’minin madamu muharibin (masyarakat Yahudi dan kaum Mukminin sama-sama membiayai peperangan apabila negara Madinah diserang). Hak dan tanggungjawab yang sama juga diberikan kepada kabilah-kabilah Arab yang ikut menjadi warga Sahifah Madinah.

Persamaan hak dan tanggungjawab kewarganegaraan antara Muslim dan bukan-Muslim itulah yangkemudiannya terumus dalam prinsip lahum ma lana, wa `alayhim ma `alayna (mereka berhak mendapat apa yang kita dapat, dan memikul tanggungjawab yang sama kita pikul). Demikianlah antara yang tercermin dalam Sahifah Madinah, sebuah perlembagaan Islami yang disemangati kepelbagaian dalam bingkai kesatuan (al-tanawwu` fi itar al-wihdah).

Terdapat anggapan bahawa Sahifah Madinah tidak dapat dijadikan model sebuah negara yang moden, lengkap dan terperinci. Memang perlembagaan nabawi tersebuttidak digubal untuk tujuan itu. Bagaimanapun ia tetap relevan sebagai contoh penterjemahan prinsip dan nilai kenegaraan al-Qur’an ke dalam bentuk sebuah perlembagaan sesuai dengan realiti zaman dan lingkungan. Yang perlu dilihat bukan rinciannya, tetapi prinsip-prinsip dan nilai-nilai dasarnya.

Dengan demikian Sahifah Madinah tetap relevan sebagai acuan menangani masalah pluralisme masyarakat,termasuk isu persamaan status, hak dan tanggungjawab kewarganeraan antara Muslim dan buka Muslim.

Perlembagaan nabawi itulah yang menjadi rujukan Dr.Fathi Osman ketika membahaskan isu tanggungjawab warga bukan-Muslim dalam pertahanan negara.
Katanya,

“The military service may have some religious character for Muslims, but it meanwhile signifies national defense for non Muslims. Non Muslims were allowed to share with Muslims the responsibility of defending Medina in the Prophet’s Constitutional document which he drew up just after his migration there. This did not particularly work, but it cannot affect the validity of the principle.” (Fathi Osman, 2002:153).

Tentunya dari semangat Sahifah Madinah jugalah beliau mendapat keberanian mendukung prinsip persamaan penuh (full equality) Muslim dengan bukan-Muslim dari segi hak dan tanggungjawab,

I do not think Muslims have any legal problem with regards to full equality with non-Muslims in rights and obligations. What emerged as the status of “dhimmis” (non-Muslims within the Muslim state) was historically developed rather than built in the permanent laws of the Qur’an and Sunnah. Many scholars, including the Westerners, admit that the status of non-Muslims in the Muslim world during the Middle Ages,was better than what the Jews or other religious minorities received in the Christian countries in those ages. The important question is: Are Muslims now ready to go further to secure and sanction full equality for the non-Muslim withthem in a contemporary Islamic state? When reservations and “ifs” and “buts” are raised, how can Muslims expect that non-Muslims would be convinced of, or be loyal to, the concept of Islamic state, while they are offered full equality without reservations in a secular democracy? (Fathi Osman,2002:152).

Perbincangan tentang kewarganegaraan orang bukan-Islam selalu dikaitkan dengan status kafir harbi dan dhimmiy yang terkesan tidak disenangi oleh masyarakat bukan-Islam.Sebenarnya telah ramai ulama dan sarjana Muslim yang menganggap pengkategorian tersebut sudah tidak relevan lagi.

Status kafir harbi dan dhimmiy pada hakikatnya tidak membawa pengertian negatif warganegara kelas dua. Ia lebih membawa makna jaminan umatIslam untuk melindungi warga bukan-Islam dari sebarang bentuk penindasan.Bagaimanapun dari segi hukum fiqh tidak ada halangan menggugurkan istilah dhimmiyyun untuk digantikan dengan istilah muwatinun.

Dr. Yusuf al-Qaradawiy mengatakan bahawa para fuqaha’ silam umumnya menganggap kaum dhimmiy sebagai ahl al-dar (warga negara Islam) yang bererti mereka bukan orang asing.

Jikademikian mereka sebenarnya adalah ahl al-watan dan seharusnya disebut muwatinun sama seperti warga Muslim. Seterusnya al-Qaradawiy menyarankan agar istilah-istilah tertentu dalam sejarah masa lalu seperti dhimmah dan ahl dhimmah dipadam sahaja dari kamus masa kini kerana tidak lagi dapat diterima oleh masyarakat bukanIslam. Beliau berhujah bahawa Khalifah `Umar ibn al-Khattab r.`a. telah bersetuju memadam istilah yang lebih penting iaitu jizyah apabila kaum Nasrani Bani Taghlib meminta agar ia digantikan dengan istilah sadaqah. (Al-Qaradawiy, Yusuf, 2010:40-42).

Dari segi realitinya status dhimmiy sudah tidak ada sejak abad 19 (zaman Turki`Uthmani). Mengenai fakta ini Al-Ghunaimi menyebut,

“When sultan Abdel Majid issued the Khatti-Sherif of Gulhane, in 1839, proclaiming the principal of equalitybetween the Muslims and the Christians, the classical legal status of the dhimmis, presumably, was to disappear.” (Al-Ghunaimi, Mohammad Talaat, 1968:213).

Bagi rantau ini kepelbagaian dan kemajmukan sudah menjadi bahagian daripadasejarah dan kebudayaannya. Hampir semua agama dan tamadun besar dunia -Islam, Kristian, Hinduisme, Buddhisme, Konfusianisme – telah hadir dan hidup berdampingan dengan harmonis selama berabad-abad. Keunikan rantau ini sebagai daerah terkaya dengan pengalaman dialog ketamadunan memberikan harapan dan optimisme kemampunan membina kesatuan bangsa berlandaskan kalimatin sawa’ dalam pengertian perkongsian suatu set nilai yang disepakati.

Sebagai sesama warganegara, hak dan tanggungjawab – Muslim dan bukan Muslim — pada asasnya adalah sama. Demikianlah ketetapan yang berasaskan prinsip: lahum malana, wa `alayhim ma `alayna (mereka berhak mendapat apa yang kita dapat, dan mereka memikul tanggungjawab yang sama kita pikul). Agama memang tidak menghalang memberikan pelayanan yang baik dan adil kepada warga bukan Muslim,andainya mereka tidak memperlihatkan sikap permusuhan dan penentangan terhadap kaum Muslimin.

Demikianlah yang difirmankan oleh Allah:

Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah Mencintai orang-orang yang berlaku adil.

al-Mumtahanah:8.

Merujuk ayat tersebut al-Shaykh Yusuf al-Qaradawiy menyebut bahawa berbuat baik dan berlaku adil terhadap warga bukan Islam sedemikian itu termasuklah pemberian ruang untuk mereka menganggotai majlis-majlis perwakilan. (Al-Qaradawiy, Yusuf,1999: 195). Dengan semangat ayat tersebut juga kita boleh membuat rumusan bahawa berbuat baik dan berlaku adil terhadap warga bukan Muslim termasuk juga menepati janji untuk saling mendukung dalam kerjasama politik, khususnya dalam pilihanraya.Justeru, menepati janji adalah bahagian daripada tuntutan syara’.

Dalam konteks Malaysia, rakyat bukan Muslim selayaknya dilayani sebagai saudara setanahair. Mereka bukan lagi kaum kafir harbi dan dhimmiy, suatu pengkategorian yang sudah kehilangan justifikasi kesejarahannya. Perubahan sejarah dan realiti politik telah menjadikan istilah tersebut tidak relevan lagi. Realiti inilah yang diserlahkan oleh Fahmiy Huwaydiy, lalu diungkapkan dengan tegas lewat judul bukunya Muwatinun la Dhimmiyyun (Warganegara, bukan Zimmiy). Kesimpulan Huwaydiy tersebut mendapat dukungan penuh dari al-Qaradawiy yang menyarankan agar istilah tersebut dipadam sahaja kerana tidak lagi dapat diterima oleh kaum bukan Muslim.

Lebih jauh al-Qaradawiy menyebut warga bukan Muslim sebagai saudara ketika merujuk kaum Koptik dengan sebutan ikhwanuna al-Aqbat.Rupa-rupanya ada yang keberatan dengan sebutan saudara untuk orang bukan Muslim (Kristian). Dalam penjelasannya al-Qaradawiy menegaskan bahawa memang mereka adalah saudara kita setanahair.

Dalam penghujahannya al-Qaradawiy merujuk sejumlah ayat dari surah al-Shu`ara’ tentang hubungan persaudaraan (ukhuwwah) di antara para rasul (Nuh, Hud, Salih dan Lut `a.s.) dengan kaum masing-masing (Qawmu Nuh, kaum `Ad, kaum Thamud dan Qawmu Lut) yang semuanya kufur dan mendustakan para rasul itu.Namun demikian al-Qur’an menyebut hubungan antara rasul-rasul tersebut dengan mereka sebagai hubungan persaudaraan:

Dari ayat-ayat tersebut al-Qaradawiy merumuskan bahawa selain persaudaraan keagamaan (ukhuwwat al-din) masih ada lagi bentuk-bentuk persaudaraan yang lain: persaudaraan setanahair (al-ukhuwwat al-wataniyyah), persaudaraan sebangsa (al-ukhuwwat al-qawmiyyah), persaudaraan seikhtisas (al-ukhuwwat al-mihaniyyah), persaudaraan seinsaniah (al-ukhuwwat al-insaniyyah) dan seterusnya.

Sebagai saudara setanahair, warga bukan Muslim dapat menjadi komponen pembentukan satu ummah bersama kaum Muslimin. Demikianlah petunjuk nabawi dalam pembentukan negara berbilang kaum sebagaimana yang didokumentasikan dalam Piagam Madani (Sahifah Madinah). Kaum Muslimin adalah satu ummah, sementara Yahudi juga adalah satu ummah.Tetapi dalam konteks kenegaraan, kedua-duanya dapat bergabung membentuk ummah Madaniyyah, tanpa melebur jati diri keumatan masing-masing.

Berasaskan pertimbangan al-siyasat al-shar`iyyah, tidak ada halangan bagi kaum Muslimin mengadakan pakatan politik dengan parti-parti bukan Islam. Asas pertimbangannya adalah maslahah.Tidak ada nass yang menghalang sekiranya pakatan seumpama itu mengandungi masalahah bagi umat. Atas pertimbangan yang sama, juga tidak ada halangan bagi kaum Muslimin berkongsi kuasa dengan warga bukan Muslim. Pada zaman kerajaan `Abbasiyyah, ketika warga bukan Muslim masih dikategorikan sebagai kaum dhimmiy, al-Mawardiy (yang hidup pada zaman tersebut) dalam kitabnya al-Ahkam al-Siltaniyyah membolehkan mereka menjawat wazir al-tanfidh (menteri pelaksana). Dalam konteks realiti kita hari ini tentunya ruang penyertaan warga bukan Muslim lebih luas lagi.

Keharmonian antara golongan yang beragam dan pelbagai diasaskan di atas suatu set nilai: kemanusiaan, persamaan, keadilan dan seterusnya. Tidak ada golongan yang diunggulkan semata-mata kerana darah keturunan. Keunggulan bukan hak eksklusif golongan tertentu, tetapi ditawarkan kepada semua yang sanggup memenuhi syarat.

Dalam Islam tidak ada ketuanan warisan, yang ada ialah keunggulan bersyarat (khayriyyatun mashrutah). Keunggulan seperti itulah yang tersirat dalam ayat Ali `Imran: Keunggulan (khayriyyah) yang disebut dalam ayat tersebut terkait dengan tiga syarat:

1. Komitmen penegakan nilai-nilai kemakrufan.

2. Kesanggupan berjuang melawan gejala kemunkaran.

3. Beriman dengan Allah dalam erti yang seluas dan semurninya.

Ternyata tidak ada ketuanan yang dipusakai, kerana memang keunggulan tidak diwarisi. Keunggulan harus diraih dengan usaha gigih membina kekuatan watak berasaskan iman dan nilai-nilai murni.

Demikianlah, yang ada hanya keunggulan yang bersyaratkan usaha yang serius (khayriyyatun mashrutatun muktasabah). Al-Qur’an tidak menyebut keunggulan yang berasaskan hak warisan perkauman (al-`unsuriyyat al-mawruthah). Justeru, keunggugulan bukan monopoli sesuatu kaum. Ia ditawarkan terbuka kepada semua yang sanggup memenuhi syarat, termasuk golongan ahl al-kitab.

Siddiq Fadzil.

  1. #1 by Bigjoe on Tuesday, 28 June 2016 - 7:38 am

    Truth is this discussion is a distraction from the bigger immediate picture. Its clear from new cabinet line-up the opposition need a new narative for what is very soon GE-14.

    1) The appointment of poor performing and very mediocre talent Noh to full minister shows Najib has put a Bulls-eye on Selangor state govt. In Selangor, the narative must not be about PH Vs. UMNO/BN – It must be Rakyat Vs UMNO-PAS or even Najib-Hadi. It literally cannot be about the opposition but about the Rakyat Vs the irresponsible elites of UMNO-PAS. No other narrative will avoid UMNO/BN taking over.

    2) Statistically, if Najib and Hadi does not have a deal, then Kelantan should fall to UMNO. Anything else means its a confirmation of deal between UMNO-Hadi. What Amanah really need is a by-election in Kelantan to confirm the deal. Amanah need to change the narrative that PAS as most grassroot knows it is already finished because they only way old PAS still exist if they loses Kelantan.

    3) Its very probably now, Penang will be the only opposition state remaining in the next GE. It means the nation will have fallen into an abyss that UMNO-PAS can never turn around on their own and a one way track to the nightmare of an Ultra Malay like Mahathir..Everything the ultra-Malays argued against Tunku would not happen to Malaysia is happening and will happen.

You must be logged in to post a comment.