PAS sudah sedia mengambil alih tempat UMNO


Oleh Sakmongkol AK47

PAS sekarang ada pasukan yang boleh menggantikan UMNO. Inilah yang sangat digeruni oleh UMNO dan sekutu2 media nya. berapa banyak akhbar arus perdana yang berkempen untuk golongan ulama? Termasuk yang saya sebut jezebel seorang pemberita dari akhbar STAR?

Utusan Malaysia apatah lagi- berkempen seolah olah mereka sukakan golongan ulama. Sejak bila UMNO yang tidak ada roh agama sukakan ulama? Mereka tidak suka tapi jika kumpulan ini menang dan mendominasi PAS mereka yakin dapat menundukkan PAS. Senanglah puak UMNO mengampungkan PAS dan menggambarkan para ustaz sebagai golongan kuno. UMNO dan sekutu mereka tidak mahukan barisan pimpinan yang streetsmart dan boleh membaca gerak geri UMNO.

Saya mengucapkan tahniah kepada jemaah pimpinan PAS yang semua nya disatukan oleh agenda politik PAS. Tidak ada belahan dalam misi perjuangan. Tidak ada ulama dan bukan ulama dan tidak syiah, sunni atau sebagainya.

Akhbar2 arus perdana milik BN semua nya menggambarkan pertandingan didalam PAS sekarang sebagai seolah2 pertandingan dan pertembungan antara golongan yang mahukan Islam dan golongan yang tidak mahukan Islam. Sepanjang masa penulis dari Star, Bernama, Utusan Malaysia. bahkan mereka yang sudah keluar dari Jemaah PAS sendiri menyokong puak ulama. Hassan Ali bukan seorang ulamak tapi menyokong golongan ulamak semata mata mahu membalas dendam keatas golongan bukan ulamak dalam PAS yang dia gagal menjadi ahli yang baik. Hassan Ali hanya seorang pakar motivasi yang boleh menangis semasa berceramah. Itu sahaja.

Pada muktamar yang baru2 ini, saya ada di stadium melawati shah alam. Ini muktamar yang bersederhana- tidak ada pertunjukan kehebatan dan kekayaan seperti persidangan agung UMNO. Kerusi dan meja untuk perwakilan adalah dari yang selalu disediakan untuk pelajar tapi dialas dengan kain. Perwakilan ada seribu lebih tapi ahli pas yang hadir sebagai permerhati dan menjadi perangsang kepada pimpinan PAS berjumalh 2-3 ribu. PAS ada lebih penyokong dari UMNO. Tenaga yang terpancar dari kesungguhan penyokong PAS membakar semangat pimpinan PAS.

Adakah saya ada kesangsian mereka yang hadir disini mempertikaikan agenda politik Islam parti PAS? Jika saya ada kesangsian, ianya dinyahkan sama sekali bila berdepan dengan lautan warga PAS. Bahkan saya merasakan kehadiran yang begitu ramai mengukuhkan lagi iltizam menegakkan politik Islam. Tidak syak lagi, tenaga dari ribuan yang hadir berpindah kepada perwakilan yang berjumlah seribu lebih itu yakni, mereka mahukan pasukan yang kuat berkerja dan ligat mengejar agenda politik Islam. Mereka mahukan PAS mempunyai ketrampilan moden , dinamik dan inklusif. Ianya bukan pasukan yang terbahagi kepada golongan ulamak dam bukan ulamak. Ia nya satu pasukan yang disatukan oleh agenda politik Islam. Perbezaan ketrampilan dan pendekatan adalah biasa tapi tidaklah sampai untuk menghancurkan agenda politik Islam.

Ramai dari pimpinan yang dahulu dikekalkan. Ramai antara nya dari golongan professional dan bukan ulamak. Saya kenal mereka dari dekat dan saya tidak ada syak langsung mengenai komitmen mereka kepada agenda politik Islam. Saya juga kenal beberapa tokoh ulamak yang menjadi pimpinan tertinggi PAS kali ini. Ustaz Idris Ahmad ahli parlimen Bukit Gantang misalnya adalah golongan ulamak yang juga ligat dan cergas mendepankan agenda politik PAS. Ustaz Nasrudin, Nik Abduh, Nik Zawawi, Ridhuan Mohd Nor, Dr Mahfudz adalah tokok2 ulamak yang akan mengukuhkan lagi agenda politik PAS. Kita jangan lupa bahawa golongan ulamak PAS ramai yang jadi MP kali ini.

Barisan pimpinan PAS ini akan bergerak sebagai satu pasukan yang komited kepada agenda perjuangan PAS. Para perwakilan menghantar isyarat yang bijaksana, sementera semua mahukan agenda politik Islam didepankan, mereka mahukan pendekatan yang pragmatik dan praktikal.

Apa maknanya pemlihan PAS ini kepada UMNO? Ianya menandakan PAS mempunyai pasukan pimpinan yang boleh menggantikan UMNO. Menjelang PRU14, 75% dari pengundi adalah pengundi yang sudah dibandarkan atau separuh bandarkan. Jeneasi baru ini terdedah kepada pendekatan media dan cara berinteraksi yang baru. kita telah lihat anak2 muda enggan menerima indoktrinasi yang dilakukan melalui cara berpesta pestaan ala UMNO. Mereka tidak mahu penghinaan keatas intelijens mereka. Jika PAS berkerja sama dengan parti PR yang lain, PRU14 ialah kita yang punya.


Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato’ Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He is now the elected MP for Raub Pahang.

  1. #1 by Bigjoe on Tuesday, 26 November 2013 - 11:22 am

    The truth is ANY of the PR opposition party is ready to take over from UMNO/BN – even PKR with its less mature organisation and people. The truth is UMNO/BN is just doing very very mediocre – ALL OF THEM ARE DISPENSABLE, replaceable and it won’t affect MOST of us – just the very dependent cronies and politicians.

    There is no argument to be made that UMNO/BN manages this country better for most of Malaysia. They do better for their cronies and themselves only. What stops them from being replaced is merely the insecurities – racial and those exploiting religion. The racial insecurities are unjustified for the most part, in practical terms for most people.

You must be logged in to post a comment.