Konvensyen DAP Negeri dalam tempoh beberapa minggu akan datang perlu menyampaikan satu mesej jelas kepada semua rakyat Malaysia –bahawa pemimpin DAP di peringkat negeri bersama-sama pemimpin DAP kebangsaan dan parti-parti Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya dalam PRU14 bagi mencapai Impian Malaysia


Selepas Kongres Khas DAP yang diadakan pada 29 September 2013 untuk memilih semula barisan pimpinan DAP kebangsaan, pemilihan agung Umno pada bulan Oktober, dan Muktamar PAS ke-59 minggu lalu yang telah berjaya mengadakan pemilihan untuk barisan pimpinan PAS bagi tempoh dua tahun ke depan, perhatian kini beralih semula kepada DAP.

Bermula hujung minggu ini, Konvensyen DAP Negeri akan memilih barisan pimpinan baru untuk DAP di peringkat negeri – dan selari dengan itu para konspirator Umno/BN telah mula bekerja lebih masa untuk memburuk-burukkan para pemimpin DAP dan berusaha memecah-belahkan parti ini dan juga Pakatan Rakyat secara umum.

Para konspirator Umno/BN menerusi media bercetak dan Internet telah gagal untuk menghancurkan Pakatan Rakyat dan parti-parti komponennya, iaitu DAP, PAS, dan PKR, sebelum, semasa, dan sepanjang setengah tahun selepas PRU13. Kesempatan yang baik ini perlu diambil oleh para perwakilan Konvensyen DAP Negeri yang akan diadakan sepanjang beberapa minggu akan datang untuk bersatu padu di belakang barisan pimpinan DAP kebangsaan bagi menyampaikan satu mesej yang jelas kepada Umno/Barisan Nasional dan juga semua rakyat Malaysia.

Mesej jelas yang perlu disampaikan ialah bahawa DAP di semua peringkat dalam negara berdiri teguh di belakang pemimpin DAP kebangsaan dan dua lagi rakan kongsi Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan PKR, untuk menawan Putrajaya dalam PRU14 bagi mencapai Impian Malaysia – sebuah Malaysia untuk semua warga tanpa mengira latar kaum, agama, kelas, atau negeri; sebuah Malaysia yang di dalamnya demokrasi, tadbir urus, dan keadilan sosioekonomi berkembang dengan baik bagi membolehkan setiap warga Malaysia mencapai sepenuhnya potensi mereka demi kebaikan bersama semua rakyat dan demi keagungan negara.

Saya telah sebutkan kelmarin bahawa ketiga-tiga parti DAP, PAS, dan PKR telah mendapat faedah daripada kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

PAS, misalnya, telah berkembang dari sebuah parti yang berpengaruh umumnya hanya di negeri-negeri utara, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, menjadi sebuah “parti nasional” pada Pilihanraya Umum ke-13 dengan memenangi kerusi parlimen dan/atau negeri di setiap negeri di Semenanjung Malaysia, kecuali Negeri Sembilan.

Prestasi DAP (1999 hingga 2013)

DAP juga telah mendapat manfaat apabila menjadi anggota Pakatan Rakyat dan parti ini perlu terus bergerak dalam kerangka kerja Pakatan yang berasaskan kerjasama dan saling kebergantungan untuk memenangi lebih banyak kerusi.

Dari segi jumlah kerusi parlimen dan negeri yang dimenangi, DAP telah melangkah jauh sejak tahun 1999.

Dari hanya 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi negeri di Semenanjung Malaysia dalam pilihanraya umum tahun 1999 serta 11 kerusi parlimen dan 15 kerusi negeri dalam pilihanraya umum tahun 2004, DAP membuat lonjakan jauh dengan memenangi 26 kerusi parlimen dan 72 kerusi negeri di Semenanjung Malaysia dalam pilihanraya umum tahun 2008.

Jumlah kerusi yang dimenangi DAP terus meningkat dalam pilihanraya umum tahun 2013 dengan 31 kerusi parlimen dan 91 kerusi negeri di Semenanjung Malaysia. (Lihat jadual di bawah)

Jadual 1: Bilangan Kerusi Parlimen dan Negeri yang dimenangi DAP di Semenanjung Malaysia (termasuk kawasan yang pengundi Cina <60%)

DAP (Pmsia) 1999 2004 2008 2013
# Parlimen 10 11 26 31
# Parlimen <60% Cina 1 0 11 16
% Parlimen <60% Cina 10% 0% 42% 52%
# DUN 11 15 72 91
# DUN <60% Cina 1 1 24 45
% DUN <60% Cina 9% 7% 33% 48%

Peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi oleh DAP pada tahun 2008 dan 2013 berlaku di kawasan yang gagal dimenangi oleh DAP sebelum itu, iaitu di kawasan yang pengundi Cina kurang dari 60%.

Sebagai contoh, pada tahun 1999 hanya satu dari 10 kerusi parlimen yang telah dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang dari 60% (Nibong Tebal, Pulau Pinang, 47% pengundi Cina) dan hanya satu dari 11 kerusi negeri yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang dari 60% (Bachang, Melaka, 45% pengundi Cina).

Pada tahun 2004, tidak ada satu pun kerusi parlimen yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang dari 60% dan hanya satu dari 15 kerusi negeri yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang dari 60% (Sekinchan, Selangor, 57% pengundi Cina).

Keadaan berubah pada tahun 2008 apabila 11 dari 26 kerusi parlimen (42%) yang dimenangi DAP di Semenanjung Malaysia mempunyai kurang dari 60% pengundi Cina. Tiga dari 11 kerusi parlimen ini (Puchong, Seremban, Bakri) mempunyai lebih 40% pengundi Melayu.

Dari 72 kerusi negeri yang dimenangi DAP di Semenanjung Malaysia pada tahun 2008, sepertiga (24 kerusi) mempunyai kurang dari 60% pengundi Cina. Dua dari 24 kerusi ini mempunyai pengundi Melayu lebih dari 40% (Sekinchan dan Bachang).

Walaupun Pakatan Rakyat belum dibentuk menjelang pilihanraya umum 2008, DAP jelas telah mendapat manfaat daripada penyelarasan dengan PAS dan PKR bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, selain kerjasama menerusi beberapa gerakan, termasuk Bersih 1.0.

Kerjasama rasmi menerusi Pakatan Rakyat telah membantu DAP memenangi lebih banyak kerusi pada tahun 2013.

Dari 31 kerusi parlimen yang dimenangi DAP di Semenanjung Malaysia, 16 (52%) mempunyai kurang dari 60% pengundi Cina. Malah, 9 dari 15 kerusi berkenaan mempunyai kurang dari 50% pengundi Cina (lihat Jadual 2).

Banyak kerusi parlimen yang gagal dimenangi DAP pada tahun 2008 tetapi berjaya direbut pada tahun 2013 merupakan “kerusi campuran”, termasuk Kluang (49% Cina), Gelang Patah (52% Cina) dan Kulai (56% Cina).

DAP juga telah berjaya memenangi kerusi parlimen Raub yang majmuk (49.7% Melayu dan 40.3% Cina). Ini adalah pencapaian besar bagi DAP dari banyak segi.

Dari 91 kerusi negeri yang dimenangi oleh DAP, hampir separuh darinya – 44 kerusi (48.4%) – mempunyai pengundi Cina kurang dari 60%. 15 dari 45 kerusi berkenaan mempunyai kurang dari 50% pengundi Cina (lihat Jadual 3).

Lebih penting daripada itu, DAP telah memenangi tiga kerusi negeri yang merupakan kerusi majoriti Melayu, iaitu Derga, Kedah (56% Melayu), Mentakab, Pahang (52% Melayu) dan Duyong, Melaka (50.3% Melayu).

DAP tidak mungkin dapat meningkatkan bilangan kerusi yang dimenanginya tanpa peningkatan sokongan orang Melayu, hasil kerjasama dalam Pakatan Rakyat, khususnya bagi kerusi-kerusi yang jumlah pengundi Melayunya agak besar.

Kerjasama dan saling kebergantungan dalam Pakatan inilah yang akan terus mengukuhkan DAP dan memperbaiki pencapaiannya dalam pilihanraya umum ke-14.

Jadual 2: 16 kerusi parlimen DAP yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Cina dalam PRU tahun 2013

Negeri Kod Parlimen Kerusi Parlimen MELAYU% CINA% INDIA% Lain-lain%
PULAU PINANG P046 BATU KAWAN 20.5% 55.7% 23.2% 0.6%
PERAK P060 TAIPING* 37.1% 47.9% 13.3% 1.7%
PERAK P068 BERUAS 32.6% 52.3% 14.9% 0.2%
PERAK P076 TELOK INTAN* 38.2% 41.9% 19.0% 0.9%
PAHANG P080 RAUB* 49.7% 40.3% 6.4% 3.5%
SELANGOR P102 SERDANG* 39.4% 48.6% 11.0% 1.0%
SELANGOR P103 PUCHONG* 39.1% 43.5% 15.8% 1.6%
SELANGOR P110 KLANG* 32.2% 45.8% 19.8% 2.2%
W.P. KUALA LUMPUR P117 SEGAMBUT 33.1% 52.8% 12.0% 2.1%
NEGERI SEMBILAN P128 SEREMBAN* 43.6% 41.1% 13.5% 1.8%
NEGERI SEMBILAN P130 RASAH* 27.8% 48.3% 22.1% 1.8%
MELAKA P138 KOTA MELAKA 35.7% 59.1% 3.6% 1.6%
JOHOR P145 BAKRI 43.6% 53.2% 2.3% 0.9%
JOHOR P152 KLUANG* 39.1% 49.3% 9.7% 1.8%
JOHOR P162 GELANG PATAH 33.7% 52.4% 12.4% 1.5%
JOHOR P163 KULAI 32.5% 56.1% 10.2% 1.2%

(*) Kerusi yang mempunyai <50% pengundi Cina

Jadual 3: Kerusi negeri DAP yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Cina dalam PRU tahun 2013

NEGERI KOD PARLIMEN NAMA KERUSI PARLIMEN KOD DUN NAMA DUN MELAYU% CINA% INDIA% LAIN-LAIN%
KEDAH P008 POKOK SENA N11 DERGA* 55.9% 38.9% 4.4% 0.8%
PULAU PINANG P043 BAGAN N09 BAGAN DALAM 25.1% 50.6% 23.6% 0.7%
PULAU PINANG P046 BATU KAWAN N16 PERAI 11.2% 52.1% 35.7% 1.0%
PULAU PINANG P047 NIBONG TEBAL N19 JAWI 22.5% 53.5% 23.8% 0.2%
PULAU PINANG P050 JELUTONG N29 DATOK KERAMAT 28.9% 56.6% 13.8% 0.7%
PULAU PINANG P050 JELUTONG N30 SUNGAI PINANG 31.4% 54.1% 14.0% 0.5%
PERAK P060 TAIPING N18 AULONG 26.2% 56.8% 15.1% 1.9%
PERAK P062 SUNGAI SIPUT N22 JALONG 14.2% 56.1% 26.5% 3.2%
PERAK P065 IPOH BARAT N30 BUNTONG* 5.8% 44.0% 47.9% 2.3%
PERAK P077 TANJONG MALIM N57 SUNGKAI 23.3% 53.8% 18.6% 4.3%
PAHANG P078 CAMERON HIGHLANDS N01 TANAH RATA 12.7% 53.4% 20.2% 13.7%
PAHANG P088 TEMERLOH N30 MENTAKAB* 51.9% 40.1% 5.8% 2.2%
PAHANG P089 BENTONG N33 BILUT 32.5% 57.2% 9.3% 1.0%
PAHANG P089 BENTONG N34 KETARI* 44.7% 47.3% 4.7% 3.3%
PAHANG P089 BENTONG N35 SABAI* 36.4% 39.7% 19.9% 4.0%
SELANGOR P093 SUNGAI BESAR N04 SEKINCHAN 39.3% 57.3% 2.3% 1.1%
SELANGOR P094 HULU SELANGOR N06 KUALA KUBU BAHARU* 32.7% 42.7% 20.8% 3.8%
SELANGOR P100 PANDAN N22 TERATAI 34.7% 58.6% 5.8% 0.9%
SELANGOR P102 SERDANG N27 BALAKONG 33.4% 55.4% 10.3% 1.0%
SELANGOR P103 PUCHONG N30 KINRARA 24.9% 59.2% 14.6% 1.3%
SELANGOR P104 KELANA JAYA N31 SUBANG JAYA 29.1% 56.8% 11.8% 2.3%
SELANGOR P110 KLANG N47 PANDAMARAN 23.0% 59.0% 16.0% 2.0%
SELANGOR P110 KLANG N48 KOTA ALAM SHAH 15.4% 56.9% 25.4% 2.4%
SELANGOR P112 KUALA LANGAT N52 TELUK DATUK* 29.0% 44.8% 20.2% 6.0%
SELANGOR P113 SEPANG N56 SUNGAI PELEK* 45.4% 32.8% 20.6% 1.2%
NEGERI SEMBILAN P126 JELEBU N01 CHENNAH 42.6% 50.8% 2.2% 4.4%
NEGERI SEMBILAN P128 SEREMBAN N10 NILAI* 30.6% 45.5% 22.1% 1.9%
NEGERI SEMBILAN P128 SEREMBAN N12 TEMIANG 30.9% 56.4% 11.2% 1.4%
NEGERI SEMBILAN P130 RASAH N21 BUKIT KEPAYANG 17.0% 59.8% 21.6% 1.6%
NEGERI SEMBILAN P130 RASAH N22 RAHANG* 30.7% 45.8% 21.0% 2.5%
NEGERI SEMBILAN P130 RASAH N24 SENAWANG 22.4% 52.0% 24.7% 0.9%
NEGERI SEMBILAN P132 TELOK KEMANG N30 LUKUT 18.3% 57.6% 23.7% 0.4%
NEGERI SEMBILAN P133 TAMPIN N36 REPAH 36.7% 43.0% 19.4% 0.9%
MELAKA P137 BUKIT KATIL N15 BACHANG 48.4% 46.3% 4.5% 0.8%
MELAKA P137 BUKIT KATIL N16 AYER KEROH 35.5% 55.5% 8.0% 1.0%
MELAKA P138 KOTA MELAKA N21 DUYONG 50.3% 44.3% 4.8% 0.6%
JOHOR P140 SEGAMAT N02 JEMENTAH 36.3% 54.5% 8.7% 0.6%
JOHOR P142 LABIS N06 BEKOK 25.6% 53.6% 18.0% 2.7%
JOHOR P144 LEDANG N10 TANGKAK 37.7% 51.2% 9.7% 1.5%
JOHOR P152 KLUANG N28 MENGKIBOL 27.3% 58.3% 13.8% 0.6%
JOHOR P159 PASIR GUDANG N42 JOHOR JAYA 42.8% 47.1% 7.5% 2.7%
JOHOR P160 JOHOR BAHRU N45 STULANG 38.7% 55.1% 4.5% 1.7%
JOHOR P161 PULAI N46 PENGKALAN RINTING 42.5% 44.7% 10.6% 2.1%
JOHOR P165 TANJONG PIAI N55 PEKAN NENAS 39.3% 57.8% 1.2% 1.7%

(*)Kerusi yang mempunyai <50% pengundi Cina

Esok kita akan meneruskan perbincangan tentang kepentingan Pakatan Rakyat bagi DAP, PAS, dan PKR bukan saja di Semenanjung Malaysia, malah juga di Sabah dan Sarawak.

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.