– Prof Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi
The Malaysian Insider
October 19, 2013
Saya ingin berkongsi suatu perkara yang penting yang telah berlaku sejurus selepas kuliah saya di UTM baru-baru ini.
Dua orang mahasiswa Melayu datang ke pejabat saya untuk bertanyakan beberapa isu. Pada kebiasaannya mahasiswa atau mahasiswi yang datang ke pejabat saya akan bertanyakan tentang soalan berkaitan senibina dan juga tugasan yang diberikan.
Tetapi, pada hari itu, kedua-dua mahasiwa ini telah bertanyakan tiga soalan yang kini seluruh negara kita sedang berhadapan tetapi tidak terjawab. Saya perturunkan tiga soalan ini dengan jawapan saya tetapi sebahagian jawapan saya adalah soalan kepada pucuk pimpinan universiti awam dan pimpinan negara. Ketiga-tiga soalan itu berkisar terhadap isu ketamadunan, perkauman dan kemanusiaan.
Soalan pertama yang telah diajukan kepada saya oleh salah seorang dari dua orang mahasiswa yang hadir ke pejabat saya di UTM adalah:
“Dewasa ini kita sering dengar banyak sekali yang diperkatakan tentang Islam oleh ustaz-ustaz dan tokoh-tokoh ugama. Tetapi yang saya pelik adalah dalam melaut perbincangan tentang ugama Islam, kenapa tahap kemanusiaan kita makin hari makin rendah?”
Sebelum saya menjawab, saya meminta penjelasan tentang contoh “tahap kemanusiaan” yang dikatakan oleh mahasiswa tersebut. Adakah ia seperti laungan membakar injil, pemenjaraan Alvivi dan rakan atas isu Bak- Kut Teh, isu kalimah Allah, isu Bawani-Sharifah, isu penangkapan Adham Adhli, kematian dalam lokap, penahanan pendemonstrasi aman dan fitnah rasisme terhadap orang-orang Cina?
Kedua-duanya sekadar mengangguk. Sebelum saya menjawab, saya telah bersyukur terlebih dahulu bahawa setelah 26 tahun berkuliah baru kini, 3 tahun sebelum saya bersara, dapat soalan yang saya kira soalan matang negarawan masa depan.
Jawapan saya sedemikian: Dari sudut pendidikan ugama, sebagai masyarakat Melayu yang kurang membaca dan lemah pemikiran kritis, kita bergantung terus kepada apa-apa saja yang dikatakan oleh golongan-golongan ustaz yang berceramah di masjid, surau, televisyen, radio, padang dan kini di Youtube.
Dari analisis beratus-ratus pita video atau cd yang saya dengar dan ceramah “live” saya menyimpulkan golongan ustaz-ustaz ini kepada 4 kumpulan.
Kumpulan pertama adalah kumpulan yang paling ramai. Kumpulan ini saya namakan “yang tak cukup belajar”. Mereka ini bersama ustazah-ustazah hanya berpendidikan paling rendah di madrasah dan tidak pernah pun membaca buku atau memikirkan tentang isu ketamdunan manusia sejagat serta kepelbagaian ugama, budaya hidup dan kepercayaaan tetapi mereka-meraka ini seronok sangat memperkatakan tentang perihal ugama-ugama lain seperti ugama Hindu, Budha dan Kristian.
Saya selalu mengingatkan pelajar saya bahawa seorang yang cerdik pandai atau akademik akan bercakap tentang apa yang ia tahu sahaja dan tidak akan bercakap tentang apa yang ia tidak pernah pelajari secara serius. Tetapi para ustaz-ustaz kita dan ustazah seperti ustazah yang popular yang mengecam orang Keristian kerana menyambut Hari Valantine tidak tahu yang mereka tidak boleh cakap apa yang mereka tidak tahu. Bagi mereka ini semuanya mereka serba tahu maka itu lidah mereka tidak bertulang dan “main hentam sahaja”. Mentang-mentang yang berhadapan dengan mereka adalah kaca tv dan orang-orang kampung, berani sangat mereka bersuara.
Golongan yang kedua adalah para ustaz dan ustazah yang jelas sifat rasis mereka. Saya gelarkan mereka ini walaupun berpendidikan tinggi tapi “tak mahu belajar”. Sifat kemelayuan adalah terlalu tertera sehinggakan mereka cukup tidak senang melihat orang bukan Islam yang kaya dan senang dan mereka sengaja memperlekehkan ugama dan budaya orang bukan Islam.
Golongan yang ketiga adalah ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang perasan diri mereka pejuang-pejuang Islam yang sentiasa “berperang” dengan orang-orang bukan Islam. Meraka ini adalah “yang tak sabar nak ajar”. Bagi mereka, mereka seperti George Bush: “You are either with us or you are with them”. Tidak ada pilihan ketiga. Bagi mereka orang-orang bukan Islam adalah musuh-musuh Islam dari dulu, kini dan selamanya.
Golongan keempat adalah golongan kaki bodek. Ustaz-ustazah ini biasanya yang cuba membodek pimpinan-pimpinan negara dengan mengiakan isu-isu dengan bersungguh-sungguh. Saya gelar mereka ini “yang tak malu serta kurang ajar”. Mereka menjual ugama untuk mendapat kenaikan pangkat atau gelaran atau sambung kontrak berkerja dengan membentangkan hujah yang memenangkan golongan pemerintah walaupun hujah-hujah mereka amat cetek sekali.
Contohnya ada mufti yang sanggup mengkafirkan sesiapa Muslim yang membenarkan orang Sabah dan Sarawak Keristian menggunakan kalimah Allah. Mengikut penjelasan Dr. Asri Zainal Abidin, tokoh ugama terkenal ketegasan dan keikhlasannya, bahawa golongan ugama sedemikian telah terkeluar dari landasan etika agama. Mereka-mereka ini sanggup mempertaruhkan nyawa anak-anak bangsa Malaysia semata-mata nak sambung kontrak, nak dapat gelaran Tan Sri, nak bertanding jawatan parti politik dan nak jadi Wakil Rakyat Melayu.
Ringkasnya, terdapat empat golongan ini, yang tak cukup belajar, yang tak mahu belajar, yang tak sabar nak ajar dan yang tak malu serta kurang ajar, maka tidak hairanlah Malaysia berada dalam keadaan kucar kacir. Saya menasihatkan para mahasiswa mendekatkan diri dengan buku Bimbingan Mukminin dan hadis-hadis Rasulullah agar dapat mengenali keempat-empat golongan ini dan jangan terpedaya dari perbuatan mereka secara sedar atau tidak sedar.
Soalan yang kedua yang diajukan kepada saya adalah: “Prof, jika kita sesama tiga kaum ini tidak dapat hidup harmoni saling menghormati dan memahami sesama sendiri, apa nasib kita dalam era globalisasi di mana kita akan menerima pelbagai kaum lain yang menetap di Wilayah Iskandar dan di tempat lain dalam negara serta bagaimana daya juang mahasiswa yang menempah nasib di negara lain?”
Sekali lagi saya amat kagum dengan soalan yang cukup matang dari mahasiswa Tahun Tiga Senibina! Saya kata, “You know VC pun mungkin tak pernah tanya secara terbuka soalan ini selama 26 tahun saya di UTM!”
Saya memberi jawapan sedemikian. Sefaham saya, kita orang Islam tersilap tafsir Ayat yang mengatakan bahawa “Allah telah menyempurnakan Islam untuk kamu”. Bila kita dengar bahwa Islam itu “sempurna” maka kita dengan bongkak sekali mengatakan bahawa ugama-ugama lain adalah haprak dan tak boleh pakai satu sen pun.
Saya berkata, pertama sekali Islam dilahirkan dalam suasana sejarah pemikiran spiritualiti yang mempunyai tali salsilah yang panjang. Islam adalah penghabisan bab atau kitab dari buku ketamadunan manusia. Maka sebagai sebuah buku kita tidak seharusnya bongkak dengan “final chapter” tetapi harus menghormati dan mengecapi juga keseluruhan buku ketamadunan manusia tersebut.
Kalau seseorang pelajar PHD membentangkan isunya tanpa “literature review” yang sempurna bagi memberi “positioning” yang jelas untuk persoalannya, maka pelajar itu akan digagalkan serta merta. Sebatang pohon atau suatu ide akademik tidak boleh wujud tanpa ilmu pensejarahan akar tunjang dan akar umbinya.
Begitu juga Islam. Sebab itu Allah ingatkan kita untuk menghormati kitab-kitab sebelumnya sebagai mesej kesejagatan Islam sebagai khatam ad-din dan sebagai penutup bicara tetapi pembuka jiwa. Allah sendiri mengingatkan manusia bahawa mereka dicipta dalam pelbagai rupa, keadaan dan budaya supaya mereka saling bantu membantu bagi kejayaan bersama. Apa yang kita buat? Kita cemarkan hikmah Allah dengan menggunakan perbezaan budaya supaya kita bergaduh sesama sendiri.
Layakkah kita dipanggil waris Rasul Allah? Tetapi ada juga yang berhujah Ayat itu hanya bermakna orang-orang Islam yang dari pelbagai tempat dan budaya, tetapi saya tidak membaca tafsiran sedemikian. Saya tidak mahu “exclusivity of Islam” tetapi “inclusiveness in the human civilization”. Prof Tariq Ramadan dan Dr. Ismail Farouqi juga berhujah keserasian Islam dalam ketamadunan manusia dan bukan “exclusiveness”.
Soalan terakhir yang diucapkan oleh mahasiswa UTM adalah sedemikian: “Kalaulah apa yang Prof kata itu benar, bahawa Islam boleh hidup harmoni dan sempurna dengan ugama serta budaya lain kenapa kami tidak melihat para pensyarah memperjuangkan perkara ini di kampus UTM dan mendidik kami para pelajar untuk membina jatidiri yang kuat dan yakin bagi menempuh cabaran ketamadunan dan globalisasi?”
Saya terus berseloroh, “Alahai, sepatutnya awak yang baik jadi VC UTM!”
Saya pun terus memberi jawapan seperti berikut: Memang dalam hal ini, itu lah yang sepatutnya menjadi “raison deitre” atau “reason for being ” atau “jiwa pangkal kewujudan” universiti… membina ketamadunan melalui perkongsian ilmu dengan mahasiswa dan komuniti di luar kampus. Tetapi malangnya, UTM dan universiti-universiti awam sedang kemaruk Ranking dunia. Semua kerja terpacak, terarus dan terarah untuk menerbitkan kajian dalam jurnal impak tinggi dalam Bahasa Inggeris. Soal nak kongsi ilmu dengan mahasiswa dan komuniti luar dianggap “low priority”. Buat juga tapi tak payah banyak.
Saya berpegang kepada falsafah universiti yang mudah sahaja. Pensyarah adalah salah seorang agen pengubah masyarakat melalui kecendekiawanannya mengkaji, menulis dan menyebarkan ilmu dengan apa cara sekalipun supaya masyarakat seluruhnya bangun bersama.
Bukan tugas utama pensyarah berlumba-lumba mencari markah tinggi untuk membantu ranking universiti. Ranking patut datang kemudian. Kalau tak ada ranking pun lantak dialah. Kita harus tahu apa yang kita kurang dalam pembinaan ketamadunan dan hanya fokus kepada objektif itu sahaja. Kesemua cabang ilmu senibina, kejuruteraan, sains, kesenian, pendidikan dan apa saja ada elemen pembangunan masyarakat keseluruhan, dan di dalam negara demokrasi, rakyat jelata adalah penentu arah negara kerana mereka yang melantik wakil rakyat ke Parlimen bagi mengubah nasib bersama.
Wakil Parlimen dan Negeri bukan Wakil Parti tetapi wakil kepada wawasan kita rakyat semua yang inginkan kehidupan sihat, kaya, kuat, harmonis dan berdekatkan diri dengan Pencipta Maha Suci. Tak payah nak ranking ranking lagi dah…Maka itu universiti menjadi tempat berforum, berbahas, bertukar fikiran dan mengasuh mahasiswa sebagai pimpinan masa depan…bukan pekerja ofis masa depan.
Begitulah pertukaran fikiran dan perkongsian pengalaman di antara saya dan dua orang mahasiswa Tahun Tiga Senibina UTM. Mereka mengajukan tiga soalan. Saya dah berikan jawapan. Mungkin kini saudara-saudari VC-VC kita bagaimana pula? Sambil-sambil itu, pak menteri-menteri kita… apa bicara tuan-tuan hamba? – 19 Oktober, 2013.
#1 by cinaindiamelayubersatu on Saturday, 19 October 2013 - 8:27 pm
Alangkah bagusnya cebisan ini disiarkan muka depan utusan meloya. Aku tahu tidak mungkin kerana utusan hanya untuk menipu. Biarlah…
Alangkah bagusnya kalau usaha untuk mendalami ajaran dari merebut sebutan yang satu. Umpamanya kalau makan suap itu haram, haramkan ia, jangan usahakan. Itu baru asas hidup, belum ajaran mendalam…
Alangkah indahnya kalau kita hidup bersatu, kata 1malaysia, tapi….jadinya 2malaysia? Atau 3malaysia?
#2 by boh-liao on Sunday, 20 October 2013 - 6:43 am
At least there r some young students who failed 2 b brain washed by d agents/K9s of UmnoB
#3 by Bigjoe on Sunday, 20 October 2013 - 9:19 am
The simple answer to all question is simply : Money & Power. Next to govt, the other thing that is easiest to abuse, always for money and power, is religion. You let even just a small group of people have access to abuse power, someone will do it in the name of almost anything, most easiest religion.
And its not about greed or wantoness although it get there. Its simply that there is ALWAYS a lot of people whose real life, real challenges for their personal desires and need, their choices are MUCH, VERY MUCH harder. Instead of taking the tough challenges with their minds, body and human spirit, seeking refuge and then easy answers leading to abuse of it, in religion, is so so much easier..
#4 by sotong on Sunday, 20 October 2013 - 10:36 am
The ordinary Malays are not trained to think reasonably and fairly.
They are grossly misled to feel grateful to the self serving and corrupt politicians’ ‘ fighting ‘ for their benefits and entitlements, which in actual fact are the responsibility of any government to help the disadvantaged.
Now they have to ask themselves who is going to suffer from the increasing high national debt, unemployment, bad economic policies, corruption, abuse of power and etc..
The present selfish, immoral and greedy generation is living at the expense of future generations.
#5 by SENGLANG on Sunday, 20 October 2013 - 1:32 pm
HONESTLY i have been feeling very low recently for all those negative issues happen in Malaysia. The above show that Malays have been victims of the selfish politicians. The have been purposely taught the wrong things in University. But thank god, there is some light and Malaysia is no lost yet.
#6 by yysktan on Monday, 21 October 2013 - 1:25 am
It is very enlightening to know that there are very educated Malays who are against the UMNO brand of politic and religion. All like-minded malaysians should pile on the pressure on UMNO to change or be left behind.
#7 by lee tai king (previously dagen) on Monday, 21 October 2013 - 9:53 am
Ok. Now that would instantly make him an enemy of umno.
#8 by lee tai king (previously dagen) on Monday, 21 October 2013 - 9:55 am
Anyway, great for you to speak up prof. Not many ppl are bold like you.
Bravo and thank you.