Masanya sudah tiba untuk rakyat Malaysia menamatkan riwayat politik perkauman yang selama ini telah menyebabkan kita hidup dengan penuh rasa takut, gelisah dan cemas.
Perubahan akan bermula apabila rakyat Malaysia menolak politik benci dan politik suka menakutkan rakyat yang dibawa oleh UMNO-BN. Perubahan akan bermula apabila pengundi Malaysia menerima politik bersih, amanah dan bebas rasuah yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Perubahan akan bermula apabila kita semua menolak politik perkauman.
Saya menyeru pengundi Malaysia supaya menamatkan riwayat politik perkauman yang menjadi amalan UMNO-BN kerana ia bukan sahaja bahaya untuk perpaduan kaum, ia juga telah digunakan untuk melindungi kezaliman dan salahguna kuasa.
- Isu lembu dan kondo NFC bukanlah isu ekonomi Bumiputera; ia sebenarnya isu salah guna kuasa dan penyelewengan pemimpin BN dan keluarga mereka;
- Isu penswastaan dan kerugian syarikat penerbangan MAS bukanlah isu ekuiti saham Bumiputera; ia soal salah guna kuasa kerajaan dan kegagalan pentadbiran kroni;
- Isu PKFZ bukanlah isu perkauman; ia soal penyelewengan para pemimpin kerajaan BN;
- Isu konsesi tol dan lebuh raya bukanlah isu kemudahan asas rakyat; ia adalah soal mengkayakan kroni dan memiskinkan rakyat;
- Isu Lynas bukanlah isu untuk pelaburan; ia adalah soal keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat serta pencemaran alam sekitar.
Saya menyeru pengundi Malaysia untuk bersatu memilih Pakatan Rakyat atas dasar-dasar bersama menegakkan keadilan, mengutamakan kebenaran, menjamin kebebasan, melaksanakan kebajikan, memulihkan demokrasi dan membantu mereka yang memerlukan.
Mari kita jadikan tahun 2013 sebagai detik bersejarah untuk menamatkan politik perkauman dan amalan-amalan yang mencacatkan demokrasi kita bagi membawa era perubahan dan transformasi yang sebenar.
Ubah! Ini kalilah!
#1 by burn on Monday, 29 April 2013 - 4:08 pm
uncle kit… what’s wrong with “norman fernandez”? many are not happy with his so call personal remark! serious action need to be taken against him. are we for all, or just for the fun of it? di harap, those chosen wakil rakyat to not be to cocky of themselves! prefer to be colorblind as always! salam…
#2 by Bigjoe on Monday, 29 April 2013 - 4:48 pm
How about politik Pengkhianatan Negara.
1) Flying in Sabahan migrants to vote
2) Foreigners in the army?
3) Myanmarese with IC?
They are spreading out the fraudulent votes from various places to avoid a concentrated detection..
#3 by kg on Monday, 29 April 2013 - 6:13 pm
Malaysia Maju Jaya Ini Kali Lah :-)
http://www.youtube.com/watch?v=M2OMv7ezhqM
#4 by Bigjoe on Tuesday, 30 April 2013 - 8:38 am
I have to take my hats off Hadi Awang for having the courage to stand up on the truth of May 13, 1969 in Perak last night.. It was such a blast, he got Zambry all scattered brain replying a string of worthless nonsense.
Pakatan especially DAP has been dancing around the issue and trying to avoid a confrontation of such an established lie because its so tied up to so much of UMNO and really admittedly what Malays thinking has been.
Its very telling that Hadi can say the truth and gotten away with it tells you how far things have changed..If only this had been done earlier and DAP able to campaign with it as a given, it would no be just 6 states, but all 13 states..
But one thing at a time.. I guess..
#5 by lee tai king (previously dagen) on Tuesday, 30 April 2013 - 9:33 am
Hoi ppl. Lets start a nationwide mexican wave.
Penangnites started it last night. 80,000 of them in great roaring style.
Perak, you be next and then selangor and then johore and finally, sabah+sarawak (joint grand finale).
#6 by worldpress on Tuesday, 30 April 2013 - 12:15 pm
Hari ini UMNO bukan asal Tunku Abdul Rahman UMNO
Hari ini UMNO ialah UMNO Baru(Mamak)
#7 by cinaindiamelayubersatu on Wednesday, 1 May 2013 - 4:49 pm
undi pakatan harapan baru rakyat. laknatkan BarisanNajis