DAP parti pelbagai kaum, sentiasa membuka pintu dan peluang kepada orang Melayu


Oleh kerana masih ada pemimpin politik UMNO dan BN serta cybertroopers upahan mereka yang masih menyebarkan fitnah tentang DAP, saya ingin menjelaskan bahawa DAP adalah sebuah parti politik yang sah yang terbuka kepada semua bangsa dan kaum. Jika DAP bertindak di luar undang-undang atau melanggar Perlembagaan Persekutuan, tentu DAP sudah lama diharamkan.

DAP adalah parti pelbagai kaum, sentiasa membuka pintu dan peluang adil kepada orang Melayu. Yang menjadi masalah kepada DAP ialah UMNO dan BN telah lama menggunakan media dan alat-alat kerajaan untuk menyebarkan fitnah kononnya DAP adalah parti cauvinis Cina dan bersifat perkauman.

Fitnah ini diulang-ulang sehingga ada orang keliru dan tidak sedar bahawa UMNO lah yang menutup pintu kepada orang bukan Melayu menyertainya, MCA pula tidak membenarkan orang bukan Cina menyertai dan MIC tidak membuka pintu kepada orang Melayu atau Cina. Jadi BN yang mengamalkan politik berasaskan kaum.

Namun, saya lega sekarang kerana semakin ramai orang Melayu sudah sedar tentang fitnah UMNO dan BN yang disiarkan melalui media. Semakin ramai orang Melayu tidak percayakan laporan oleh Utusan Malaysia, TV3, Berita Harian dan lain-lain media yang dikawal ketat oleh UMNO dan BN.

Malah, semakin ramai orang Melayu, yang hadir ceramah Pakatan Rakyat, yang melawat laman-laman web parti-parti komponen Pakatan Rakyat serta portal berita internet yang lebih adil dan objektif telah sedar bahawa DAP tidak berjuang kerana kaum atau agama.

DAP berjuang demi rakyat, demokrasi, keadilan sosial, kebebasan dan peluang saksama tanpa mengira kaum atau agama. Malah DAP terus berusaha lebih kuat untuk membantu semua rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu, India, Kadazandusun, Iban, Bidayuh dan kaum-kaum Bumiputera lain.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1966, DAP mempunyai ramai pemimpin dan calon daripada pelbagai kaum, termasuk Melayu. Malah, DAP telah meletakkan calon-calon Melayu dalam setiap pilihanraya umum yang telah ditandinginya sejak tahun 1969.

Sebanyak 6 wakil rakyat Melayu daripada DAP telah memenangi kerusi dewan undangan negeri serta parlimen, termasuk Ibrahim Singgeh dan Ahmad Nor. Berbanding dengan parti-parti komponen BN, jelas bahawa DAP yang paling banyak meletakkan calon-calon Melayu sejak lebih 40 tahun lalu.

Malah, sehingga sebelum Parlimen dibubarkan pada 20 April lalu, DAP adalah satu-satunya parti yang mempunyai wakil rakyat berketurunan India yang terbanyak di kalangan semua parti di Malaysia. Kini DAP mempunyai ramai calon Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Inilah bukti DAP parti pelbagai kaum yang berjuang untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

  1. #1 by worldpress on Saturday, 27 April 2013 - 6:12 pm

    Hari ini UMNO bukan asal

    Hari ini UMNO ialah UMNO Baru, Mamak

  2. #2 by Bigjoe on Saturday, 27 April 2013 - 8:15 pm

    Budak kecil di Terengganu pun berucap Inikalilah.

    Di Sabah, kereta kerata yang melalui tanda Inikailah Ubah hon berkali-kali and mengucap Inikalilah..

You must be logged in to post a comment.