10-Day Countdown to 13GE Polling Day: UMNO dan Barisan Nasional perlu menjelaskan secara terbuka sama ada mahu melaksanakan hudud atau tidak – DAP tidak ubah pendirian dan tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan


UMNO dan Barisan Nasional perlu menjelaskan dengan terbuka sama ada mahu melaksanakan hudud atau tidak. UMNO dan BN tidak perlu membuang masa untuk mengelirukan rakyat dengan menjadikan hudud sebagai isu politik.

Malah saya menyeru Datuk Seri Najib Razak supaya memartabatkan agama Islam dan menghormati umat Islam dengan menghentikan kempen yang mempergunakan agama kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat. Saya harap para pemimpin BN benar-benar menghormati kesucian Islam dan agama-agama lain kerana kepercayaan agama bukanlah alat permainan politik.

Dengan itu, saya ingin menjelaskan bahawa laporan dalam media massa hari ini tentang cabaran Datuk Seri Najib supaya Pakatan Rakyat menyatakan pendirian secara jelas mengenai isu hudud, hanyalah satu gimik politik semata-mata. Saya kesal kerana beliau terus mempergunakan agama dalam PRU kali ini.

Saya juga ingin menjelaskan bahawa DAP tidak ubah pendirian dan tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan. Pakatan Rakyat telah pun menyatakan bahawa hudud tidak terkandung dalam Manifesto Rakyat, pendirian bersama dan apa-apa prinsip bersama.

Dalam pada itu, DAP tetap menghormati PAS dan ideologinya, sama seperti PAS dan PKR menghormati DAP dengan ideologi DAP. Prinsip perjuangan kami adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat atas dasar demokrasi.

Oleh itu, tidak timbul soal hukum hudud dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Malah, PAS telah pun menjelaskan pendiriannya dalam konteks Negara Berkebajikan yang amat penting dan berfaedah kepada umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS. Ini memang DAP hormati.

Dengan itu, Datuk Seri Najib, Datuk Seri Chua Soi Lek (MCA), Tan Sri Koh Tsu Koon (Gerakan), Datuk Seri G. Palanivel (MIC), Tan Sri Pairin Kitingan (PBS), Tan Sri Taib Mahmud (PBB) dan lain-lain pemimpin BN yang sepatutnya menjelaskan secara terbuka pendirian mereka tentang hudud.

Pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, berhak untuk tahu sama ada UMNO dan BN mahu melaksanakan hudud atau tidak. Jika UMNO dan BN tidak berminat untuk melaksanakan hudud atau sudah menolak hudud, janganlah cuba bermain kotor dengan menuduh Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu hudud.

Saya juga berharap media massa berani mengemukakan soalan yang sama mengenai hudud kepada semua pemimpin BN, terutamanya pemimpin UMNO, sama ada mereka mahu melaksanakan hudud atau tidak. Jangan hanya berani bertanya soalan kepada Pakatan Rakyat sahaja.

Ubah! Ini kalilah!

  1. #1 by Bigjoe on Thursday, 25 April 2013 - 4:31 pm

    Actually THIS is a very good question..

    For Four Years, Najib told every everyone that Perkasa is not part of UMNO/BN and tried to distance UMNO/BN from Perkasa. He spent HUGE amount to woo the Indian votes only to keep losing it. He went to considerable trouble and likely EXPENSIVE to strike a deal with Waytha which can’t be cheap. THEN he had Zukiflee Nordin and Ibrahim Ali contesting for seat and washed it all down the drain..

    If Najib is willing to FLUSH AWAY huge and long investments in un-extremist vote that he made for the RIGHT WING, the question of HUDUD is SIMPLY NOT OUT OF THE QUESTION.. Najib clearly, by his track record, willing to literally GIVE WAY TO POTENTIALLY ANYTHING RIGHT-WING NO MATTER HOW FAR and that means Hudud and Taliban-type state if he has no choice in the matter.. Remember, UMNO RIGHT-WING position on Hudud is simply that its just not the right-time yet..

You must be logged in to post a comment.