Pengiraan Detik 53 Hari ke PRU13: Penahanan dan pengusiran 15 jam Xenophon – pengesahan antarabangsa terhadap “autoritarian” kerajaan BN dan Najib seorang “demokrat palsu”


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, rakyat Malaysia melihat sesuatu yang seperti sebuah ungkapan Yunani yang menyebut, “Sesiapa yang tuhan mahu hancurkan mereka akan dijadikan gila terlebih dahulu”.

Bulan lepas, mantan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat, Tun Dr. Mahathir menunjukkan perbuatan khianatnya dalam penipuan “kewarganegaraan untuk undi” di Sabah dalam Projek M dan Projek IC di awal tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan, menyebabkan rakyat Sabah sebenar menjadi minoriti di tanah mereka sendiri – dan turut memburukkan lagi keadaan dengan menuduh Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman sebelum Merdeka telah memberikan satu juta kewarganegaraan kepada bukan Melayu yang “tidak layak”.

Seolah-olah tidak cukup kerosakan yang telah dilakukan, Mahathir memburukkan lagi dengan meminta diberikan majoriti dua pertiga kepada Barisan Nasional supaya mampu melucutkan kewarganegaraan pengerusi bersama Bersih S. Ambiga disebabkan kempen patriotik beliau untuk pilihan raya bebas, bersih dan adil.

Minggu lepas, sekiranya tiga laungan “Ya untuk Psy, Tidak untuk BN” di pesta Tahun Baru Cina Pulau Pinang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menampilkan bintang K-Pop Korea dan penghinaan terhadap Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet menunggu dengan sia-sia kemunculan Psy menyertai mereka “menggaul yee sang” tidak cukup memalukan, empat hari selepas acara itu tanpa satu bukti pun, pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang putar kisah itu kononnya terdapat cubaan membahayakan nyawa Psy dan Perdana Menteri. Sekurang-kurangnya, Najib masih waras untuk mendiamkan diri terhadap semua kisah bohong itu.

Bukti terbaru yang menggambarkan ungkapan Yunani, “Sesiapa yang tuhan mahu hancurkan mereka akan dijadikan gila terlebih dahulu” adalah penahanan dan pengusiran 15 jam Senator Australia, melengkapkan pengesahan dalam negara dan antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia yang diperintah Barisan Nasional adalah “autoritarian” dan Najib seorang “demokrat palsu”.

Dakwaan oleh ketua pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad bahawa Xenophon berada di dalam “senarai hitam” imigresen kerana beliau telah mencemarkan imej negara, dengan menggelar kerajaan Malaysia “autoritarian” dalam menguruskan perhimpunan untuk pilihan raya bebas dan adil Bersih 3.0 April lalu, adalah amat kebudak-budakan, kerana jika atas alasan itu, rakyat Malaysia tentu menjadi persona non grata di banyak negara yang telah mereka kritik dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir berada di senarai teratas rakyat Malaysia yang tidak boleh melawat kebanyakkan negara Barat!

Tetapi apa yang paling melampau adalah sokongan yang boleh dipersoalkan dan amat dikesali berkenaan penahanan dan pengusiran Xenophon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, apabila timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata adalah tidak adil untuk menghakimi keadilan PRU13 berdasarkan pengusiran Xenophon.

Selain menonjolkan kurangnya kebebasan dan tidak berat sebelah, Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mungkin lebih salah daripada itu.

Pengusiran Xenophon yang tidak demokratik dan bersifat “autoritarian” kini telah meletakkan persoalan intergriti proses pilihan raya, sama ada PRU13 akan bebas, adil dan bersih di bawah perhatian antarabangsa.

Seluruh dunia sekarang bertanya – apa yang mahu disembunyikan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan UMNO/BN begitu takut kepada pemerhati bebas PRU13 dari luar negara sehingga perlu menimbulkan ketegangan hubungan luar dan kutukan antarabangsa serta kecaman berkenaan penahanan dan pengusiran Xenophon?

Dunia juga menanti dan melihat sama ada Najib benar-benar “demokrat palsu” seperti mana yang digambarkan oleh Mark Mackinnon, wartawan Canadian The Globe dan Mail di dalam artikelnya bertarikh 8 Jun, 2012, terutamanya merujuk kepada takrifan “demokrat palsu” beliau adalah seseorang yang “mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk melepaskan kuasa” dan seseorang yang “musuh politiknya dipenjara dan parti mereka diharamkan melalui hal-hal teknikal perundangan”.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam mengatakan DAP belum menghantar keputusan pilihan raya parti dalam tempoh 60 hari seperti yang diminta undang-undang dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan boleh mula menyiasat DAP.

Semalam, saya telah twit dan bertanya: “Apa yang akan Hishamuddin lakukan sebagai Menteri Dalam Negeri sekiranya DAP telah buktikan bahawa DAP telah menghantar keputusan pilihan raya parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sebelum Tahun Baru Cina?

Mungkin Hishammuddin dan Najib benar-benar mahu mengharamkan DAP kerana mereka terdesak mengenangkan peluang UMNO/BN dalam PRU13, meskipun cakap besar bahawa mereka mampu menang besar di dalam pilihan raya yang bebas dan adil, malah mendapatkan semula majoriti dua pertiga parlimen dan merampas kembali negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang, Selangor, dan Kelantan.

Biar mereka renungkan ungkapan Yunani: “Sesiapa yang tuhan mahu hancurkan mereka akan dijadikan gila terlebih dahulu”.

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.