Pengiraan Detik 83 Hari ke PRU13: Gesaan “Listen, Listen, Listen!” Mahathir dan persoalan – Apa yang perlu dilakukan apabila mantan PM telah melakukan pengkhianatan ketika berkuasa?


Mahathirisme yang asli, tulen dan sejati – putar belit yang tidak logik, gesaan yang diselubungi pembohongan dan ketidakjujuran tanpa malu.

Terbaru, klip video Sharifah-Bawani menjadikan ungkapan “Listen, listen, listen!” terkenal di serata dunia, akan tetapi mahaguru sebenar “Listen, listen, listen!” tidak lain tidak bukan ialah Mahathir, yang semalamnya memberikan rakyat Malaysia penjelasan klasik “Listen, listen, listen!”, satu dekad selepas 22 tahun beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri namun menunjukkan bahawa beliau masih tiada tandingan di dalam seni “Listen, listen, listen!” yang beliau dukung itu.

Mahathir menjawab pendedahan di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang Projek IC (juga dikenali sebagai Projek M) pendatang tanpa izin dan penipuan “resit KP-untuk-undi” serta “kewarganegaraan-untuk-undi” di Sabah pada tahun sembilan puluhan, tetapi beliau telah melampaui batas memandangkan buat pertama kalinya dalam tempoh 14 tahun beliau mengakui kewujudan Projek IC atau Projek M yang jahat dan khianat bukan sahaja untuk menumbangkan proses pengundian tetapi juga kedaulatan Sabah dan Malaysia.

Mahathir hanya ada sehingga semalam untuk menafikan kewujudan Projek IC atau Projek M sejak dakwaan berkenaannya mula muncul di dalam petisyen pilihan raya Likas pada tahun 1999, tetapi semalam, ketika ditekan oleh media sekiranya beliau mengatakan Projek IC mengikut undang-undang, Mahathir mengatakan: “Ya, ia mengikut undang-undang.”

Sekiranya Projek IC atau Projek M mengikut undang-undang, memberikan KP dan kewarganegaraan kepada orang asing adalah “dijamin undang-undang”, mengapa Mahathir perlu menafikannya dan menyembunyikannya dari rakyat Sabah dan Malaysia untuk berdekad lamanya?

Tambahan pula, apa perlunya Mahathir cuba untuk menfitnah Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman, dengan mendakwa Perdana Menteri pertama itu telah melakukan sesuatu yang lebih buruk lagi dengan memberikan kewarganegaraan kepada saty juta orang yang tidak layak di semenanjung Malaysia, bertaya: “Jadi kenapa apa yang dia buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?”

Itu sebenarnya pengakuan oleh Mahathir bahawa apa yang telah beliau lakukan dalam Projek IC atau Projek M yang mana penipuan “kewarganegaraan-untuk-undi” bagi mempertahankan kuasa politik UMNO adalah satu jenayah dan pengkhianatan, akan tetapi beliau cuba menyelamatkan diri dengan berlindung pada bayang-bayang Bapa Malaysia melalui pembohongan bahawa Tunku telah melakukan sesuatu yang lebih teruk berbanding dirinya.

Sedih dan tragis buat Malaysia apabila Perdana Menteri paling lama di Malaysia tidak faham bahawa “dua kesalahan tidak menjadikan satu betul”

Lebih sedih dan tragis lagi, tidak terdapat “dua kesalahan” di sini kerana adalah penakut, menjengkelkan dan hina apabila Mahathir menuduh Tunku telah melakukan jenayah dan pengkhianatan yang lebih teruk berbanding dirinya berkenaan Projek IC atau Projek M.

Tunku tidak pernah memberikan kewarganegaraan untuk menumbangkan proses pengundian tetapi untuk memastikan menjelang Kemerdekaan pada tahun 1957, bukan Melayu yang tinggal di Malaya mempunyai hak untuk kewarganegaraan, yang telah pun dipersetujui oleh semua termasuklah Majlis Raja-Raja – semua dilakukan di dalam keadaan yang terbuka dan telus.

Adakah Mahathir melakukan Projek IC atau Projek M dengan proses yang terbuka dan telus, dan telah mendapat mandat daripada Kabinetnya, Majlis Raja-Raja dan rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah?

Satu lagi petunjuk bahawa Mahathir sedar bahawa Projek IC atau Projek M kedua-duanya jenayah dan pengkhianatan dapat dilihat pada reaksi lunaknya semalam terhadap tuduhan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang Mahathir ialah “pengkhianat negara” kerana penipuan di Sabah, memandangkan Mahathir cuma menjawab dan beliau dilihat tidak begitu kisah dengan pertuduhan itu, seolah-olah itu perkara biasa ada yang menyanjungnya dan ada yang memarahinya.

Saya telah katakan Mahathir patut selamanya tutup mulut sekiranya beliau tidak bersedia untuk secara sukarela tampil di hadapan RCIII Sabah untuk membersihkan tuduhan bahawa beliau adalah pengkhianat dengan memberikan KP dan hak mengundi kepada pendatang asing demi mempertahankan kuasa politik UMNO dan bersuara untuk membersihkan nama Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid serta setiausaha politiknya Aziz Shamsuddin.

Mahathir mengatakan beliau belum lagi disepina untuk memberikan keterangan di RCI, tetapi bersedia melakukannya jika dipanggil.

Tidak diragui lagi bahawa terdapat satu saja saksi penting untuk RCI itu, dan orang itu tidak lain ialah Mahathir – kerana tanpanya, tiadalah Projek IC atau Projek M dan tidak perlu sebarang RCI berkenaan pendatang tanpa izin di Sabah.

Bolehkah Mahathir memberikan jaminan bahawa beliau tidak akan diserang penyakit hilang daya ingatan ketika memberikan keterangan di hadapan RCI di Sabah, seperti yang terjadi ketika beliau memberikan keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhap video Linggam pada Januari 2008?

Ketika itu Mahathir, yang terkenal dengan “memori hebat” sebelum dan selepas kemunculannya di hadapan RCI video Linggam, berkata “saya tidak ingat” yang sama juga dengan 14 kali ketika testimoni 90 minit pada Januari 2008.

Adakah Mahathir akan diserang satu lagi penyakit hilang daya ingatan malahan memecah rekod hilang daya ingatannya ketika dia muncul di hadapan RCI di Sabah?

Persoalan yang semua rakyat Malaysia perlu fikirkan adalah: Apa yang perlu dilakukan apabila mantan Perdana Menteri telah melakukan pengkhianatan ketika berkuasa?

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.