Tak payah guna kepala, sekarang guna punggung pula


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
May 16, 2012

16 MEI — Saya berasa geli hati dengan gelagat Umno yang kian hari kian memalukan. Pagi semalam sekumpulan penyokong parti itu telah berbaris dihadapan kediaman Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih, dengan menonggeng dan menunjukkan bontot kepada rumah Ambiga.

Umno sudah menjadi parti lawak dan telah benar-benar jatuh martabatnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong tegarnya itu.

Kemasukkan saya kedalam DAP dahulu disambut oleh seorang dua sebagai tindakan politik bangkrap. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku semalam itu merupakan betul-betul politik bangkrap yang tidak ada tolok bandingnya.

Nampaknya politik Umno ini tidak lagi boleh lari dari bontot dan punggung, sejak 14 tahun yang lalu. Sudah tidak terlarat untuk membesarkan isu bontot dan punggung Saiful Bukhari, sekarang mereka memanjangkan lagi perjuangan berlandaskan kepada bontot dan punggung.

Dalam kesemua 213 negara yang berkerajaan di dunia ini, Malaysialah yang parti pemerintahnya mempertahankan kuasa dengan menggunakan bontot dan punggung dan ini amat memalukan. Saya tidak tahu bagaimana kah perasaan mereka-mereka ini semasa melakukan kerja keji ini.

Malah nampaknya mereka berbangga melakukannya. Masa demi masa Umno melakukan kerja-kerja yang tidak menunjukkan tamaddun yang asas sebagai rakyat sebuah negara yang mengaku sebagai negara sedang membangun yang termasyor didunia ini.

Melakukan kerja menonggeng terhadap rumah Ambiga itu merupakan kerja sia-sia dan ianya amat mengerikan untuk memberikan mandat kepada parti yang sudah bangkrap politiknya.

Tidak beberapa lama dahulu Umno telah mengejutkan rakyat dengan tindakan penyokongnya menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Apabila politik Barisan Nasional sudah sampai ketahap ini, bagaimana setengah pemimpin Umno masih mengaku yang parti itu boleh mempertahankan maruah Melayu dan menjaga agama Islam, agama anutan kesemua orang Melayu itu.

Mengapa Umno sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak semenggah ini, tetapi begitu marah apabila parti itu dikritik dan tidak mendapat sokongan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu? Apa Islamnya dengan tindakan sekumpulan manusia yang hidup dizaman ini melakukan “exercise punggung” di hadapan rumah Ambiga itu?

Inikah mentaliti yang berjanji untuk membawa transformasi kepada negara dalam segala bidang sedangkan penyokong kepada kepimpinan yang ada pada hari semalam telah menunjukkan sikap kuno dan menjijikan itu.

Berapakah upah yang mereka terima untuk melakukan itu tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti Umno sudah bangkrap dan saya jangka masih ada yang mempertahankan kerja itu sebagai kerja mulia dan perlu untuk menyambung kuasa politik Umno dan BN itu.

Tidak dapat dibayangkan bagaimanalah masyarakat antarabangsa memandang terhadap kita semua. Sekolot-kolot negara-negara Afrika tidak ada kejadian seburuk dan sehina ini berlaku dalam politik mereka.

Umno memang sah sebagai sebuah parti yang sudah hilang hidayah kerana mereka berbangga dengan melakukan kerja-kerja yang memalukan ini. Tidak pernah terfikir yang Umno sudah jatuh sedemikian rendah darjat dan martabatnya.

Sesungguhnya kelemahan yang sedang dihadapi oleh Umno ini berpunca dari kelemahan Umno itu sendiri. Umno sudah menjadi parti yang penuh dengan kekalutan dan marilah kita bertindak dan berdoa agar selepas pilihanraya ini nanti tidak akan ada lagi kejadian-kejadian sehina ini lagi berlaku dalam politik negara kita lagi.

Ianya amat memalukan kita semua. Kadang-kadang kesian juga melihat Umno ini. Tapi sudah tidak dapat lagi berbuat apa-apa kerana ia sudah terlalu jauh tersasar dari sasaran perjuangan. Hilang agama, hilang budaya dan hilang adab serta adat Melayunya.

Melayu telah hilang segala identitinya. Itulah sumbangan terbesar Umno terhadap bangsanya. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by SENGLANG on Wednesday, 16 May 2012 - 3:47 pm

    Jika mereka bangga tidak minum 100Plus tapi hanya air bersih, mengapa pula sanggup goyang goyang punggong di depan rumah orang? Tidak faham betul pemikiran si veteran tentera itu

  2. #2 by dagen wanna "ABU" on Wednesday, 16 May 2012 - 4:03 pm

    Pokoknya, kepala dah habis akal. Bankrup langsung idea. Jadi takde pilihan yg lain. Guna je punggong. Ini kisah umno yg benar.

  3. #3 by sotong on Wednesday, 16 May 2012 - 5:21 pm

    Aspan, kepala mereka di bontot.

  4. #4 by mauriyaII on Wednesday, 16 May 2012 - 5:46 pm

    Mentaliti menggunakan bontot untuk memperjuangkan UMNO bermula dengan ‘apa nama’ Tun yang sering sekali kehilangan memorinya.

    Main bontot dan menunjuk bontot adalah idea-idea yang diperkenalkan oleh ‘apa nama’ Tun untuk mengembalikan maruah, martabat dan tata susila orang Melayu UMNO. ‘Apa nama’ Tun sudah nyanuk. Adakah orang-orang veteran parajurit itupun hampir nyanyuk untuk berkelakuan seperti budak-budak kecil yang belum matang fikiran.

    Tingkah-laku mereka ini amat keji dan tidak melambangkan orang Melayu yang bertamadun. Malah tidakan menunjukkan bontot kepada seorang perempuan yang hanya memperjuangkan untuk pilihan raya yang BERSIH untuk semua di negara ini termasuk si-bontot-bontot itu amat memalukan. Perbuatan yang menjijik sekali.

  5. #5 by good coolie on Wednesday, 16 May 2012 - 10:27 pm

    Here’s is something said in a quintessentially Malay way: “tak manislah!”

  6. #6 by boh-liao on Thursday, 17 May 2012 - 4:35 am

    Imagaine if there were another KONFRONTASI, no need M16 or C4 lor, just bend over n tembak —– FLATULENCE would fill d air 2 choke our enemies 1, banyak power man

  7. #7 by Taxidriver on Thursday, 17 May 2012 - 11:28 pm

    Sudah tentu mereka yang telah bersara bukan orang muda tapi orang berumur kurang-kurang 55 tahun keatas. Ramai pun dah jadi atuk, ada cucu. Jadi mereka itu tahu perbuatan apa sepatutnya tidak boleh dibuat seperti pertunjukkan bontot oleh persara-persara tentera. Bukan sahaja perbuatan tersebut itu memalukan diri dan keluarga, bahkan memburukkan lagi bangsa dan agama dimata orang awam. Bagaimana orang Melayu nak percayakan UMNO B sedangkan parti tidak henti-henti buat malu bangsa sendiri dengan tingkahlakunya?

You must be logged in to post a comment.