Guan Eng pohon ampun, Umno bila pula?


— by Aspan Alias
The Malaysian Insider
Sep 30, 2011

30 SEPT — Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana bertindak untuk memohon ampun kepada Sultan Johor kerana isu kenyataan beliau di Singapura baru-baru ini. Kenyataan beliau itu telah di isukan sebagai kenyataan yang memburuk-burukan negeri Johor serta Sultan yang menaungi negeri itu.

Guan Eng telah memohon ampun dan maaf kepada Raja yang menaungi rakyat dan negeri Johor. Beliau memohon ampun jika kenyataan yang belum tentu kesahihannya itu menyinggung perasaan kebawah Duli Tuanku Johor.

Tindakan Guan Eng ini melambangkan sifat gentleman beliau dan memahami yang negara kita mempunyai Raja-Raja Melayu yang rakyat patut menzahirkan ketaat setiaan kepada Raja-Raja Melayu sentiasa. Tindakan memohon ampun ini adalah satu sifat kepimpinan yang tinggi dan merendah diri yang ada kepada pemimpin muda ini.

Sekarang saya ingin pula menunggu bila pula Umno untuk memohon ampun dan maaf kepada Raja-Raja Melayu kerana menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis Perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Sehingga sekarang Umno belum lagi memohon ampun kepada Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kerana menelanjangkan kewibawaan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan itu.

Jika Umno benar-benar parti yang melindungi orang Melayu dan Raja-Rajanya maka parti itu tidak sepatutnya teragak-agak untuk memohon maaf di atas sikap kurang ajar serta merendah-rendahkan martabat Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu.

Perlakuan Umno terhadap Raja-Raja semasa itu amat memalukan kerana Umno menghina Institusi Raja yang menjadi teras kepada identiti dan maruah orang Melayu. Jika benar Umno sudah sedar yang Institusi Raja itu penting parti itu tidak sepatutnya teragak-agak untuk memohon ampun daripada Raja-Raja Melayu kerana keterlanjuran itu.

Umno sepatutnya mengikut langkah DAP dengan memohon ampun jika melakukan tindakan yang sangat mendhaifkan yang Umno lakukan semasa krisis perlembagaan itu. Guan Eng tidak menunggu lama untuk memohon ampun walau pun beliau belum mendapati rakaman ucapan beliau di Singapura dalam “private function” di Singapura itu. Yang penting bagi Guan Eng ialah beliau tidak mahu melihat Tuanku Sultan merasa tersinggung kerana pentingnya institusi itu dihormati dan disanjungi.

Umno sepatutnya memohon ampun di atas kerana besar parti itu kepada Institusi Raja-Raja itu. Umno patut mengadakan perhimpunan Agong Khas untuk memohon maaf kepada semua Raja-Raja Melayu.

Selagi Umno tidak memohon ampun selagi itulah Umno masih derhaka kepada Raja yang menaungi negara bertuah ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by pulau_sibu on Saturday, 1 October 2011 - 3:41 pm

    With the kind of crime rate in Johore, what do you want people to say? Do you want people to say that you are the safest state? I think you should just keep quiet and work toward to making Johore a much safer state. Instead of taking any comments as room for improvement, you acted like samseng. I never seen a country of this kind of mentality.

  2. #2 by Loh on Sunday, 2 October 2011 - 12:37 am

    I too would apologize had my conversation been publicized. I would apologize for disturbing the bliss of ignorance of the concerned persons. I think nobody needs to apologize for stating facts. This is a democracy, at least in form. So three is free speech, and whoever gets upset with the fact is regrettable!

  3. #3 by boh-liao on Sunday, 2 October 2011 - 9:04 am

    A PSLE question to Primary 6 students in d little red dot:
    In which of the following towns a Singaporean is more likely 2 b robbed, shot at, mugged, raped, kidnapped, or murdered?
    1. Johor Baru, Johor 2. Georgetown, Penang
    All Primary 6 students would choose Answer 1 bcos it is a well known fact and many of them or their relatives and friends have had bad experience/encounters in JB

    Do they hv 2 apologise 2 d sultan or MB or UmnoB/BN ostriches which buried their heads in d sand?
    Siao liao lah, of cos, no need lor as dis is a well known fact mah
    If sultan angry n not happy over dia, don’t get mad at n shoot d messengers; he shld b mad at n shoot d incompetent MB n UmnoB/BN kaki 4 failing 2 maintain proper law n order in Johor

  4. #4 by Jong on Sunday, 2 October 2011 - 6:03 pm

    LGE gave his honest personal opinion. Let’s not politicise things. Don’t we know too well Johor has been a crime infested state for far too long, decades infact and isn’t that the obvious truth? To deny and get angry over it won’t help solve things.

    PDRM should infact be hauled in for severe incompetence and dereliction of duty to clean up the state failing which, heads must roll nothing less!

    The truth hurts, badly huh, your Royal Highness?

  5. #5 by dagen on Monday, 3 October 2011 - 12:53 pm

    Umno is hyper sensitive. Umno screams and cries all the time. Now umno wants to infect the sultans with that hyper sensitive bug.

You must be logged in to post a comment.