Sejak berita keahlian saya dalam DAP telah diumumkan oleh media massa selepas ucapan perbahasan saya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas tempoh hari, soalan yang paling kerap diajukan kepada saya adalah: kenapa DAP?
Pada saya jawapannya amat mudah. Secara ikhtisar, saya telah memilih untuk menjulang perjuangan rakyat dalam kancah politik negara kita melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai satu kesinambungan pewarisan dan jasa arwah ayahanda saya kepada negara tercinta. Ada yang mungkin mengatakan bahawa tindakan sedemikian adalah satu percanggahan, sedangkan ayah saya dahulu bukan sekadar ahli biasa UMNO, malah seorang pengasas parti itu sejak tahun 1946 dan merupakan seorang pemimpin kanan yang pernah memegang jawatan Naib Presiden dan Setiausaha Agung. Malah, ada yang sudahpun mengecam perwatakan saya sebagai seorang pengkhianat bangsa atau ‘Melayu lupa diri’, kononnya saya ini ibarat kacang yang telah melupakan kulit dengan tindakan membelakangi sebuah parti yang sudah kian lama dianggap sebagai pembela bangsa.
Saya memang akur bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang masyhur dan bersejarah, dan atas usaha dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulunya telahpun berjaya meraih kemerdekaan tanah air kita daripada penjajah British. Namun sejak kebelakangan ini, niat asal penubuhannya, atau raison d’être, untuk membebaskan negara dan memartabatkan bangsa sudahpun ternoda.
Tidak perlu saya mengulangi hujah-hujah saya tempoh hari tentang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah rakyat yang kini sudah menjadi amalan harian sebuah kerajaan yang rakus kuasa. Akan tetapi, saya ingin menarik perhatian kepada hakikat bahawa dua orang bekas Perdana Menteri, iaitu Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn, telahpun mempertikaikan UMNO sewaktu krisis dalaman yang telah memecah-belahkan parti tersebut lebih kurang 20 tahun dahulu. Jelas sekali bahawa kedua-dua tokoh itu tidak sanggup lagi melihat kehancuran dan keranapan jiwa sebuah parti yang sepatutnya menjadi tunjang pembangunan negara. UMNO yang dahulu sudahpun lesap, yang tinggal hanyalah jasad kosong yang kini diperalatkan untuk kepentingan peribadi golongan pemerintah.
Maka dengan kesedaran ini, terpaksalah seorang anak muda yang menghajatkan kemajuan bangsa dan negara mencari ikhtiar yang sesuai dengan aspirasinya. Hatta dalam penjelajahan batin, tersualah saya dengan satu semarak yang kian tampak. Merenung ke dalamnya saya menyedari bahawa semangat perjuangan ayah saya serta rakan-rakan seperjuangannya masih lagi membara, walaupun jasad yang didiaminya sudah bertukar. Sungguhpun begitu, dasar perjuangan tetap sama: iaitu untuk membebaskan rakyat daripada penindasan dan kepincangan sebuah kerajaan yang zalim. Cuma kini, seruan perjuangan telah disahut dan didukung dengan teguhnya oleh parti DAP bersama dengan parti-parti komponen lain dalam gagasan Pakatan Rakyat.
Jika dahulu satu politik baru telah berjaya dicetuskan melalui usahasama UMNO, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan, pada hari ini saya percaya kita boleh memperbaharui dinamik politik negara kita melalui penggemblengan kesemua kelompok rakyat Malaysia dengan tidak mengira kaum atau agama, demi menerbitkan budaya politik masa depan yang berlandaskan persaudaraan rakyat dan bukan sekadar toleransi antara kaum. Inilah antara sebab-sebab utama yang telah menarik hati saya kepada perjuangan parti DAP.
Saya juga tertarik dengan keikhlasan kepimpinan parti untuk mengembalikan sistem urus tadbir negara kita kepada satu sistem yang berlandaskan ketelusan, amanah dan yang menjunjung rakyat. Komitmen ini jelas termakbul dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng. Iltizamnya tidak goyah dan sungguh mengkagumkan meskipun diserang dengan gegak gempita pada setiap masa oleh jentera Barisan Nasional yang bersifat perkauman.
Dalam keadaan negara yang makin pincang dan ketandusan modal yang bernas, adalah jelas bahawa kepimpinan kerajaan pusat sudah tidak lagi mengenali dan memahami nadi rakyat. Setiap tahun makin ramai warga Malaysia yang meninggalkan tanah air untuk mencari rezeki dan kehidupan baru di negara lain. Antara sebab utama yang memangkin penghijrahaan mereka adalah kehilangan kepercayaan kepada kemampuan kerajaan untuk menyediakan kestabilan dan kemantapan yang dikehendaki, bukan sekadar dalam penyediaan peluang pekerjaan tetapi juga dalam institusi-institusi negara yang makin dicurigai kebebasannya. Masalah ini akan menjadi parah apabila negara kita kehausan bakat muda dalam pelbagai-bagai bidang. Di sini saya melihat bahawa satu kelebihan parti DAP dan juga parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah keupayaannya untuk menarik minat golongan cediakawan muda kepada arus perjuangan politik. Ini amat penting kerana masa depan negara bergantung terus kepada kebijakan generasi muda.
Dalam pada itu, saya melihat kewujudan pemimpin-pemimpin muda yang menampilkan kecerdikan dan kesungguhan yang cukup subur dan cekap, bukan sahaja dalam DAP malah juga dalam parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, sebagai satu tanda yang sihat untuk masa depan negara. Dengan itu saya tidak gentar, malah berbangga sekali, untuk menyertai barisan yang amat cekal ini.
Selain daripada yang sudah dicatat, saya juga tertarik kepada pendirian parti DAP yang tegap dan kukuh mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Artikel 152 dan 153, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dalam ucapan penggulungannya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat tempoh hari. Komitmen terhadap pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan ini adalah satu dasar yang amat penting sekali, kerana ia membuktikan keikhlasan parti dalam usaha menegakkan lambang-lambang utama negara seperti status Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan juga hak agama-agama lain untuk diamalkan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, dan juga pengunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Lunas sekali bahawa parti DAP adalah sebuah parti yang berteraskan prinsip-prinsip kenegaraan yang sewajarnya.
Kini kita berada di ambang perubahan. Rakyat mencari-carikan budaya politik yang baru. Budaya politik yang tidak menindas tetapi menjunjung rakyat. Budaya politik yang tidak berunsurkan isu-isu sempit seperti perkauman tetapi berlandaskan keperluan jati rakyat sejagat. Saya percaya bahawa parti DAP mampu dan akan terus mara dalam perjuangan untuk merubah kemelut yang sedia ada demi membina satu wawasan Malaysia yang adil dan saksama.
Dan itulah dasar kenapa saya memilih roket.
#1 by manusia ada akal on Wednesday, 5 January 2011 - 11:29 am
Hujah yang logiknya masuk akal. Perjuangan kebaikan adalah untuk semua…. kerana kita adalah manusia sejagat.
#2 by cintanegara on Wednesday, 5 January 2011 - 11:31 am
//Selain daripada yang sudah dicatat, saya juga tertarik kepada pendirian parti DAP yang tegap dan kukuh mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Artikel 152 dan 153, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dalam ucapan penggulungannya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat tempoh hari. Komitmen terhadap pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan ini adalah satu dasar yang amat penting sekali, kerana ia membuktikan keikhlasan parti dalam usaha menegakkan lambang-lambang utama negara seperti status Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan juga hak agama-agama lain untuk diamalkan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, dan juga pengunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Lunas sekali bahawa parti DAP adalah sebuah parti yang berteraskan prinsip-prinsip kenegaraan yang sewajarnya.//
On the other hand. DAP’s policy stated in its official website (www.dapmalaysia.org)
Abolition of the division of “bumiputra” and “non-bumiputra” and the implementation of ethnic equality
Very contradicting indeed……
#3 by Godfather on Wednesday, 5 January 2011 - 11:36 am
Zairil is now banned from sitting under the shade of cintanegara’s rambutan tree….
#4 by cintanegara on Wednesday, 5 January 2011 - 12:08 pm
Interesting facts – Wikipedia
Article 153 of the Constitution of Malaysia grants the Yang di-Pertuan Agong (King of Malaysia) responsibility for “safeguard[ing] the special position of the ‘Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities” and goes on to specify ways to do this, such as establishing quotas for entry into the civil service, public scholarships and public education. – source wikipedia
The phrase “Malaysian Malaysia” was originally used in the early 1960s as the rallying motto of the Malaysian Solidarity Council, a confederation of political parties formed to oppose Article 153 of the Constitution of Malaysia. This article specifically provides special quotas for the Malay and other indigenous peoples of Malaysia in admission to the public service, awarding of public scholarships, admission to public education institutions and the awarding of trade licences. It also authorises the government to create Malay monopolies in particular trades – Source Wikipedia
According to Zairil….”Pendirian parti DAP yang tegap dan kukuh mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Artikel 152 dan 153, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh”
Now, which one is true and which isn’t?????
#5 by ChinNA on Wednesday, 5 January 2011 - 1:16 pm
Hmmm – interesting that Wikipedia is quoted. By what account, can you say that Wikipedia is authoritative in its explanation of Article 153?
If only it was a simple as Wikipedia puts it, there would NOT be a debate about this Article 153.
Another point, you seem to imply a contradiction exists but I have yet to see you provide the details of this contradiction in an understandable fashion. Can you enlighten us?
Thank you.
#6 by Bigjoe on Wednesday, 5 January 2011 - 12:09 pm
Its now just revealed that the ‘zealous’ aide in so-called ‘Christmas Blunder’ is actually a non-Muslim girl. NOW UMNO is getting non-Muslim to give instruction on Islamic sensitivities to non-Muslim?? Its one thing to hire agents that are better suited to do battle for you but its quite another to hire agents that are not qualified to do your battle for it. They are now too lazy and cowardly to do their own battles they are better trained at?
How is it possible the aide does not know she is the wrong person to do the work? It reeks of desperation of the girl that she has to do a job she knows nothing about and no one wants to do..It reeks of our national malaise how the responsibilties of work, economy, social has totally being perverted to cause injustice EVERYDAY to the most innocent and most defenseless.
#7 by waterfrontcoolie on Wednesday, 5 January 2011 - 10:12 pm
Is she from MCA or MIC or Gerakan?
#8 by burn on Wednesday, 5 January 2011 - 12:18 pm
syabas zairil!
we should be color blind and move forward as one.
salam…
#9 by monsterball on Wednesday, 5 January 2011 - 12:46 pm
cintanegara…you can go to hell with your loyer burok stupid comment.
The fact is…one more Muslim chose to join DAP…and tell all why he did so.
Now you tell me…is DAP a racist party with all races accepted as members?
I thought you are a duffer…but it seems you are not.
It seems you are worst than that…a robot with a computerized brain .
You are not human.
You are made out of chips and crabs.
Come on smart ass..prove DAP is a racist party….like UMNO B.
#10 by RocketKit on Wednesday, 5 January 2011 - 12:49 pm
Cintanegara.
You as well as many people out there have been fooled.
division between bumi and non-bumi is not the same as respecting bumi rights in constitution
bumi rights is things like malay reserve land
not 10% discount on houses.
The constitution says the special position of the Malays and other Bumiputras are protected and that’s different than 30% bumi equity, which is NOT in the constitution
The problem is you, sir like a lot of other people, are confused about that.
BN has brainwashed people into thinking ketuanan melayu is part of the constitution, whereas it’s NOT. KETUANAN MELAYU is an UMNO invention.
And you’re comparing the slogans and words of the DAP of the 1960s to today. While we’re at it, we might as well quote Gerakan’s “non-sectarian politics” which it adopted and subsequently abandoned. Gerakan today is nothing but second-rate MCA (which is nothing but an NGO)
It is time we rise as a United Malaysia. All races have their good and bad points. We can learn from each other for improvements of our lives. We are not fighting for the supremacy of any race, but the supremacy of our beloved nation.
You can be Malay, Chinese or Indian, but as long as we are not united, we will never go forward. Only when we have the pride to be Malaysians first, then we be a great nation.
I have known saudara Zairil since we were in Primary school and it was through fate that we became adults with the same focus and dream. To see a United Malaysia succeeding beyond our wildest dreams.
If you want to go pick on petty petty issues like what this fella said in the 1960s or what some people interprets the constitution to be, then go ahead. We will all bicker ourselves into the gutter.
I suggest we focus on the practicality of the situation and save our beloved nation before it is too late.
When it is too late, let us blame no one but ourselves.
Stand United as a United Malaysia.
#11 by dagen on Wednesday, 5 January 2011 - 1:04 pm
Cintanegara, nah eat a banana. It will relieve your constipation problem.
#12 by sotong on Wednesday, 5 January 2011 - 2:37 pm
Wikipedia as a source of reference???
No, they are unreliable and inaccurate…..refer to Utusan Malaysia or Perkasa!
#13 by undertaker888 on Wednesday, 5 January 2011 - 3:11 pm
///Interesting facts – Wikipedia///
is he referring to wikipedia or wikimamakdia?
stupid angmortan tree-hugger.
we will give you the rambutan tree, but at least make sure you know how to pick the fruit la. not we need to spoon feed you some more. tak malukah.
#14 by anorak on Wednesday, 5 January 2011 - 3:28 pm
Pilihan saudara sebenarnya tidak bercanggah dengan perjuangan ayahanda saudara kerana UMNO yang arwah asaskan telah berkubur pada tahun 1988. UMNO (Baru) yang ada hari ini jauh panggang dari api. Kalau ada yang tetap menuduh saudara derhaka sebab menyimpang dari perjuangan ayahanda, maka Tunku dan Tun Hussein pun menyimpanglah juga nampaknya.
#15 by tak tahan on Wednesday, 5 January 2011 - 4:04 pm
The problem with cintanegara is he holds too much zealousy,hatred,insecure in himself due to nep effect.As the cause of it,he is not willing to accept what is good and bad for our beloved nation to move forward progressively.He still prefer to squat under the rambutan tree forgetting rambutan fruit itself isn’t enough sufficient for his diet.The result,the lack of nutrients in his brain fail him to think out of the shallow box.
#16 by DAP man on Wednesday, 5 January 2011 - 4:19 pm
Zairil is one Malay, whose thinking is ahead of the times unlike those half naked cave-men in UMNO, Utusan and Perkasa who are still waving their stone made clubs and living in the Dark Ages.
I think this man is Khir Johari’s son. I remember his father was a very fine Malay gentleman, who had never made a racist speech anytime, anywhere.
I remember too, Khir even encouraged inter-racial marriages.
Maybe his son, moulded by his father, can confirm that.
#17 by dagen on Thursday, 6 January 2011 - 9:03 am
Kepada pilih rocket? Oooh. Sebab ia boleh take-off. Ia boleh lancar serta terbang.
Dacing? Alamak. Dah lima puluh tahun benda ini bergoyang goyang. Kiri kanan lepas tu kanan kiri pula. Tak habis habis rupanya. Dan sejak waktu dr mamak yg kiri kanan ni dijadikan poket kiri poket kanan. Tada harapan langsung.
#18 by ctzen on Thursday, 6 January 2011 - 11:40 am
Kerajaan Malaysia bawah BN tidur aje. Rasuah banyak, sangat rakus, kena belengu!
Pilih mana-mana parti PR. Pilih DAP! BN tidur. Kerajaan Malaysia tidur! Rock it ! Pilih Rokect!
#19 by undertaker888 on Thursday, 6 January 2011 - 12:37 pm
kenapa saya pilih rocking rocket…sebab rocket boleh bom punggung umno dan bn. dacing berkecai…
#20 by Loh on Friday, 7 January 2011 - 2:14 am
Malays were placed (considered by the Constitution) in the special position of being weak and inferior to other races in terms of competitive living, and thus the King was authorised to help tham so that they get out of the special position, and be ablt to face the world as equals to others.
UMNO thought that they have to safeguard Malays in that special position. In other words UMNO works hard to make Malays to remain in the special position of being weak.
The constitution would have insulted the King if it asks the King to safeguard Malays in special position.
#21 by tak tahan on Friday, 7 January 2011 - 10:48 pm
Aiyah,cintanegara seems smart but yet so..stupid 1.Luckily he is tought in this blog about the relevant articles otherwise he knows nothing other than rambutan species.