Hishammuddin’s reply to me on Mat Zain’s allegation on fabrication of evidence on Anwar Ibrahim “black-eye” case


Penjelasan dan Jawapan secara bertulis oleh Menteri Dalam Negeri kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sesi penggulungan perbahasan bajet 2011:

PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH Y.B. TUAN LIM KIT SIANG:

Merujuk kepada surat terbuka bekas pegawai polis kanan, bekas Ketua CID Kuala Lumpur, Dato’ Mat Zain Ismail yang bertarikh 8 Oktober 2010 yang merupakan bukti kuat bahawa sistem keadilan negara kita terus merosot setelah pembentangan laporan Suruhanjaya Polis Diraja Dzaidin.

Meminta supaya mengkaji semula siasatan kes atas bukti-bukti palsu yang dikemukakan terhadap Dato’ Seri Anwar dalam kes serangan mata lebamnya dalam tahun 1998 demi melindungi kredibiliti kebebasan dan imej PDRM yang telah terjejas serius sejak 2006. Mat Zain telah membuat dakwaan yang serius bahawa bekas Ketua Polls Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail telah mencipta bukti yang palsu dalam serangan mata lebam Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mestilah bertanggungjawab terhadap sistem keadilan jenayah yang kucar-kacir ini.

Menyeru supaya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri memberikan satu penjelasan yang menyeluruh dan memuaskan mengenai perkara ini di Parlimen.

JAWAPAN DAN PENJELASAN OLEH KDN

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak PDRM telah membuat semakan ke atas penyiasatan yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata lebamnya pada tahun 1998. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut. Pendakwaan yang dibuat ke atas Tan Sri Rahim Noor kerana mendatangkan kecederaan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada bukti-bukti yang ditemui dalam penyiasatan kes tersebut. Tan Sri Rahim Noor telah didakwa di Mahkamah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan beliau telah mengaku salah di atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman 2 bulan penjara dan denda RM2,000.00 ke atas Tan Sri Rahim Noor di atas pengakuan bersalah beliau terhadap pertuduhan tersebut. Hukuman penjara tersebut telah selesai dijalankan dan kemudian beliau telah dibebaskan. PDRM berpandangan bahawa pertuduhan yang telah di buat ke atas Tan Sri Rahim Noor tersebut adalah selaras dengan keterangan yang dikumpulkan oleh pihak polis.

Justeru, ingin saya nyatakan bahawa tidak berlaku apa-apa kucar-kacir di dalam sistem keadilan jenayah di negara ini ekoran daripada kejadian tersebut sebagaimana dakwaan Yang Berhormat. Prinsip pengasingan kuasa (separation of power) memperuntukkan polis yang ditugaskan untuk menjalankan tugas siasatan jenayah manakala Jabatan Peguam Negara adalah bertanggungjawab menjalankan pendakwaan jenayah sebagaimana Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Mahkamah pula berfungsi sebagi tempat untuk mendengar dan membicarakan kes adalah masih utuh.

Oleh kerana itu, ketiga-tiga badan ini masih memainkan peranan yang ditetapkan agar tidak ada campur tangan dalam perkara-perkara yang melibatkan sistem keadilan jenayah di negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, setakat ini tidak ada sebarang laporan polis yang telah dibuat ke atas surat terbuka bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur seperti yang telah tersebar di dalam internet sebelum ini. Selain itu, kandungan surat tersebut juga tiada mempunyai sebarang unsur hasutan, fitnah, ugutan jenayah mahupun lucah bagi membolehkan PDRM untuk menjalankan siasatan.

  1. #1 by dagen on Monday, 6 December 2010 - 4:47 pm

    There. The umno carpet. Large and thick; and ever ready and able to hold dirt and scums and skeletons or any kind or shape or size.

    So pakatan, you lose. Again.

    … jib talking in his dream!

  2. #2 by undertaker888 on Monday, 6 December 2010 - 5:02 pm

    every high crime in this country has a fall guy. maybe two. what a joker.

  3. #3 by waterfrontcoolie on Monday, 6 December 2010 - 7:40 pm

    It is obvious to the man in the street, the signal of desperation has been lighted and fired! Toyol after so many incidents is finally hauled up when election rumour is flying in the air. Everyone in the kopitiam has the same conclusion and the reason and timely for that annoucement! OMG! they still think Malaysians are still lazing under the coconut trees. well, Malaysians are still too dumb to realize how intelligent they take them to be; then Malaysians indeed deserve the treatment they are getting from the current Gomen! Over the last half a century, many of these tricks have had been performanced so many times, ‘malaysians’ never seem to be tired of them!

  4. #4 by tak tahan on Monday, 6 December 2010 - 9:05 pm

    IN love storey,one couple will tell the other partner “Oh my love,don’t leave me,things will never be the same.”I hope this phrase doesn’t apply to malaysians.So get rid of BN as soon as posible before before we go into banana region.Yat chiu lah(eat banana) all the time is what mata sepets and kaki botois are being told of.Wost still is malays also been told that they are not competitive to nons.By getting rid of BN we are gitting rid of lousy and rotten input into our brain.

  5. #5 by chrisyong on Tuesday, 7 December 2010 - 1:19 am

    If all the political leaders are put on a parade, we will never find anyone in BN, Gerakan, MIC, UMNO fit to be a leader. They do not have a Tony Pua, Nizar, Khalid, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Kapar Singh, Nik Aziz and many many more whose name I cannot remember!! Hishamuddin is a clown, people only know him by his KERIS!! So sad to be led by ppl with zero leadership quality!

  6. #6 by ktteokt on Tuesday, 7 December 2010 - 9:24 am

    For me, I recognize his MUTT face only with his CRYING EXPRESSION when he LAUGHS! So no one knows if he is LAUGHING OR CRYING!

  7. #7 by good coolie on Friday, 10 December 2010 - 12:11 am

    No Body, Baby, and Bible snatching, Every one is now a Bumi (Bumi-putras or Bumi -non-putras). Everyone is “one”, none is “two wan”. By Jove, I am going to vote for Barisan. They seem to have become good guys, now that the elections are round the corner. The image of a rapacious wolf just flashed through my mind!

You must be logged in to post a comment.