Merakyatkan Ekonomi Malaysia – Penstrukturan dan pengagihan semula (Bahagian 3)


Ucapan Belanjawan Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Dewan Rakyat Pada 26.10.2009 (Bahagian 3)

Teras II: Penstrukturan dan pengagihan semula

Amalan dasar yang lemah dan hilang hala tuju serta salah guna kuasa oleh kerajaan semasa telah menyebabkan berlakunya agihan tidak betul dalam sumber negara yang terhad dengan menumpukan kepada pemberian manfaat kepada mereka yang mempunyai hubungan serta kaitan politik, sementara kebanyakan rakyat yang lebih memerlukan terus diketepikan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berdekad lamanya diamalkan dengan tumpuan pengagihan ekonomi berdasarkan kaum sambil megenepikan aspek keperluan dan merit, telah menyebabkan kelemahan struktur utama dalam sistem ekonomi negara sehingga menghukum kebajikan rakyat dan kecekapan sistem ekonomi. Di sebalik itu, agihan tidak betul ini telah menjana kekayaan beberapa individu yang berjaya mengeksploitasi DEB. Justeru, suatu usaha perlu dilakukan untuk menstruktur dan mengagih semula ekonomi bagi memastikan pembangunan lebih seimbang antara golongan miskin dan kaya, selain menambah kecekapan dan keberkesanan ekonomi dan daya saing.

Dalam sebahagian daripada teras penstrukturan dan agihan semula, kami mahu usaha dilakukan ke arah pelaksanaan sistem kebajikan yang berkesan untuk memastikan rakyat yang lahir dalam keadaan miskin tidak terus terperangkap dalam kitaran tersebut. Kebajikan harus diberikan mengikut keperluan dan bukannya berdasarkan kaum seperti yang dizahirkan dalam DEB. Rakyat yang mempunyai kekuatan ekonomi yang lemah sepatutnya mendapat bantuan daripada kerajaan. Dalam pada itu, mereka yang telah mewarisi kekayaan dan menjana ekonomi yang produktif tidak layak untuk mendapatkan bantuan, tidak mengira kaum. Strategi DAP dan Pakatan Rakyat antaranya termasuklah pengagihan semula – bantuan secara langsung kepada miskin tegar dan warga emas – pembinaan kapasiti menerusi peningkatan tahap pendidikan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan bagi membantu individu bekerja untuk memajukan dirinya.

Dalam pengagihan pendapatan, Malaysia telah mencapai salah satu kedudukan yang paling teruk di Asia. Koefisien Gini Negara pada 0.441 berkedudukan nombor 99 daripada 126 tempat (lebih tingginya indeks Gini, maknanya lebihnya ketidaksamaan.) Ketidaksamaan pendapatan negara kita boleh dibandingkan dengan Negara-negara Afrika sub-Sahara seperti Cameroon (0.446) dan Nigeria (0.437). Negara-negara jiran kita, iaitu Thailand dan Indonesia, lebih berprestasi berbanding dengan Negara kita dari segi ini, walaupun mempunyai Indeks Pembangunan Insan yang lebih rendah.

Laporan UNHDP juga menunjukkan bahawa 10% rakyat Malaysia yang terkaya mengawal 38.4% pendapatan ekonomi berbanding dengan 10 peratus termiskin yang mengawal 1.7%. Ini cuma menunjukkan hakikat bahawa kekayaan negara semakin tertumpu di tangan golongan yang kaya. Malaysia mempunyai pusat pameran Ferrari yang terbesar di luar Italy sedangkan 45,000 keluarga miskin tegar masih hidup dengan pendapatan yang kurang daripada RM 500 sebulan.

Tambahan pula, kami berpendappat bahawa kita mestilah menaikkan Garis Kemiskinan Pendapatan untuk mencerminkan kesulitan sebenar rakyat supaya kami dapat membuat dasar yang betul. Lebih-lebih lagi, kita tidak harus terlampau asyik dengan mengendalikan perbezaan pendapatan antara kaum, tetapi harus memberi lebih perhatian dan membuat strategi untuk menangani perbezaan pendapatan antara kawasan dan perbezaan pendapatan sebenar. Dengan mengurangkan perbezaan pendapatan tanpa mengira kaum, isu perbezaan pendapatan antara kaum akan diselesaikan dengan sendirinya secara otomatik.

Isu ketidaksamaan ini tidak akan diselesai melalui pendekatan perkauman seperti Dasar Ekonomi Baru. Koefisien Gini kita yang tinggi secara konsisten sejak dua dekad yang lalu menunjukkan bahawa dasar ini telah memperuncingkan isu ketidaksamaan kerana ia mengalihkan perhatian dan tenaga kita daripada masalah pokok isu ini. Pembincangan yang lazim tentang isu kemiskinan kini yang dipenuhi oleh retorik perkauman telah menggagalkan semua perbahasan dan penyiasatan yang rasional bagi mencari penyelesaian yang berkesan dan berlanjutan untuk membasmi kemiskinan.

Pendapatan garis kemiskinan, atau (PLI), dengan izin, didefinasikan sebagai “pendapatan yang cukup untuk membeli seperaga makanan minimum untuk mengekalkan ahli-ahli sekeluarga dalam keadaan sihat dan mendapatkan keperluan dasar seperti pakaian, sewa, bahanapi dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, perubatan, pendidikan dan rekreasi”. Definisi ini telah dirobah pada 2004 hanya dengan perubahn minimal, untuk mengambil kira perbezaan harga antara kehidupan Bandar-luar Bandar, antara negeri dan dalam ahrka makanan dan lain-lain.

Purata PLI untuk tahun 2007 adalah RM720 di Semenanjung Malaysia , RM960 di Sabah dan RM830 di Sarawak. PLI tegar adalah RM430, RM540 dan RM520, mengikut rentetan. Set PLI yang berbeza digunakan untuk kawasan Bandar dan luar Bandar.
Pertama, banyak ketidakpastian timbul bahawa RM720, iaitu PLI,adalah perbezaan antara kelestarian dan kemiskinan untuk sebuah keluarga dengan 5 ahli. Tambahan pula, amat sukar membayangkan bahawa sekeluarga 5 orang boleh hidup danmakan cukup dengan hanya RM430 sebulan.

Kedua, tidak wujud perbezaan sebenar antara Bandar dan luar Bandar dari segi PLI ini. Sebagai contoh, untuk semenanjung Malaysia dalam tahun 2007, garis kemiskinan Bandar adalah RM740 dan luar Bandar RM700. Perebzaan RM40 adlah tidak mungkin dan tidak benar. Kelurga miskin di kawasan Bandar menghadapi kesukaran yang lebih kerana kos hidup tidak nampk di Bandar seperti tol, tambang bas, harga makanan yang lebih tinggi dan lain-lain yang tidak diambil kira dalam pengiraan PLI.

PLI yang rendah dan tidak realistik ini bermakna ramai keluarga miskin sedang menghadapi kesushan yang teruk untuk hidup sempurna dan secara teknikal, mereka tidak layak mendapat bantuan kerana tidak didefinisi sebagai ‘miskin’, contohnya, dengan pendapatan serendah RM800 sebulan untuk sekeluarga 6 orang. Ini memberikan ahli politik dan perangka polisi gambaran yang salah tentang masalah sebenar kemiskinn yang melanda rakyat Malaysia.

Berdasarkan pengiraan kami yang konservatif, nilai PLI dan PLI tegar harus dinaikkan sehingga RM1200 dan RM750 untuk Bandar, dan untuk luar Bandar pula, harus dinaikkan kepada RM800 dan RM550, secara berperingkat.

Sebagai tambahan, penggunaan elektrik luar Bandar di sabah dan Sarawak hanya 74.7% dan 84.1% dalam tahun 2007, manakala penggunaan air luar Bandar pula hanya 65% di Sabah dan 92% di Sarawak. Pada masa yang sama, Sabah dan Sarawak adalah Negara mempunyai kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia. Adlah sngat memeranjatkan bahawa rakyat maalysia di Situ tidak langsung mendapat kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Maka dengan itu, memperbaiki infrastruktur, selain daripada pembinaan dan pembaikpulih rumah di kawsan luar Bandar di Sabah dan Sarawak, bukan hanya patut dilakukan sejak lampau, malah adalah langkah yang sangat perlu untuk merendahkan jurang pendpatan antara Malaysia timur dan barat. Usaha kerajaan persekutuan kini serta kebertanggungjawaban politik untuk mengatur masalah ini adalah sangat diperlukan. Kami meminta dan memanggil kerajaan persekutuan untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya RM9 bilion untuk projek yang disebut selama 3 tahun.

Kami juga ingin menerapkan unsur-unsur kebertanggungjawaban dalam pengagihan kekayaan minyak negara.

Malaysia diberkati dengan kekayaan sumber asli. Kita terutamanya syukur kerana negara ini kaya dengan minyak dan gas yang telah melahirkan wakil tunggal Malaysia di dalam senarai Fortune 500, Petroliam Nasional Berhas (PETRONAS). Semenjak pensyarikatan kumpulan PETRONAS 35 tahun yang lalu, kumpulan tersebut telah menyumbangkan sebanyak RM471 bilion kepada Kerajaan di samping menanggung subsidi gas kumulatif sebanyak RM 97 bilion.

Malaysia telah menikmati sumber petroleum yang banyak dan menjana pendapatan kepada kerajaan Malaysia menerusi kutipan cukai pendapatan, royalti, dividen dan jenis cukai dan yuran selainnya. Walau bagaimanapun, di sebalik pulangan menguntungkan daripada industri minyak dan gas, rakyat masih tidak dapat menikmatinya dan negara pula menanggung hutang yang kian bertambah. Dalam jangka masa 12 tahun, di sebalik lonjakan harga minyak global, Malaysia tidak mempunyai rizab atau lebihan untuk dipamerkan sebagai hasil kekayaan minyak negara.

Kami mahu menstruktur dan mengagihkan semula kekayaan minyak negara bagi memastikan ia akan dilaburkan untuk mengekang masalah yang bakal timbul apabila simpanan minyak telah kering menerusi pelaburan strategik dalam pembangunan keupayaan baru seperti tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau serta pembangunan modal insan.

Tambahan lagi, sewaktu ditemuduga oleh Bernama dalam bulan Jun 2008, Tan Sri Hassan Marican, selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PETRONAS telah berkata “ kami akan meneruskan penghasilan selama lebih kurang 20 tahun yang akan datang”. Dalam erti kata yang lebih jelas, “ Malaysia akan menjadi Negara pengimpot ‘net’ apabila keperluan domestik, yang pertumbuhan kini adalah enam peratus setahun, akan melebihi penghasilan Negara dalam tahun 2011.”

Seterusnya, globalisasi yang semakin meningkat telah menambahkan daya saing di kalangan PETRONAS, pengeluar minyak mentah dan syarikat-syarikat minyak Negara. Ini telah mendatangkan impak yang ketara kerana operasi antarabangsa merupakan penjana pendapatan utama kumpulan (PETRONAS) serta segmen yang paling tinggi pertumbuhannya dalam dua tahun kebelakangan. 42.1% hasil pendapatannya pada tahun fiscal 2009 adalah daripada operasi antarabangsa, berbanding kepada 35.4% dalam tahun fiscal 2005. Untuk mengekalkan daya saingnya sebagai pemain global di pasaran minyak, adalah sangat penting untuk kumpulan PETRONAS ini menyalurkan keuntungan dan pelaburan supaya jumlah simpanan minyak dan gas dikekalkan, menyerlahkan kadar pemulihan dan memperbaiki kebergantungan dan produktiviti infrastruktur.

Namun, kebolehan pelaburan kumpulan ini dan lestari jangka masa panjang mungkin berkurangan disebabkan penyusutan keuntungan untuk pelaburan semula dan pembayaran balik kepada kerajaan. Secara khusus, keuntungan sedia ada untuk pelaburan semula oleh PETRONAS jatuh dari 42.5% dalam tahun fiskal 2005 kepada hanya 21.1% dalam tahun fiskal 2009. Dalam kata nilai mutlak, agihan keuntungan kumpulan PETRONAS yang diperuntukkan untuk kerajaan persekutuan telah meningkat dari 44.1% ke 65.4% pada jangka masa yang sama.

Untuk mengolah kebergantungan kepada pendapatan hasil minyak dan gas, kami sarankan agar kumpulan PETRONAS meletakkan suatu target supaya bayaran tidak lebih 50% dari keuntungan sebelum cukai, serta duti dan royalty dibuat kepada kerajaan persekutuan bermula tahun 2012 dan seterusnya. Dengan pengekangan atas jumlah bayaran dari keuntungan kumpulan kepada kerajaan persekutuan, Negara kita akan dapat mengekalkan peratusan ekkayaan minyak untuk pendapatan kerajaan persekutuan dalam lingkungan 35%, yang berkadar dan sejajar dengan tujuan strategic Negara kita untuk mempelbagaikan ekonomi dan sumber pendapatan.

Pengekangan ini tidak akan menjejaskan kekuatan fiskal untuk merangsang ekonomi Negara. Fakta menunjukkan bahawa Negara Norway meraih lebih kurang 30% dripada pendapatan Negara dari hasil industry minyaknya walaupun ia merupakan Negara pengeluar minyak ketiga besar di dunia memberikan gambaran jelas suatu contoh model yang boleh Negara kita ikuti.

Pengekangan ini juga bukan hanya akan merubah trend kebergantungan melampau Negara atas sumber tenaga minyak dan gas yang tidak boleh diperbaharui dan menjadi pemangkin pertumbuhan sector produktif Negara yang lain, malah akan membolehkan PETRONAS memperluaskan kadar pelaburan semula. Keuntungan disimpan oleh PETRONAS akan memberikan lebih fleksibiliti dan kapasiti untuknya meningkatkan keuntungan dari pelaburansemula sehingga 40%. Ini akan mengurangkan jurang pelaburan semula antara PETRONAS yang melabur semula 57.1% dari keuntungan purata tahun fiskal 2009, dan syarikat minyak yang lain yang menyalurkan purata 72.9% dari keuntungan purata mereka untuk tahun fiskal yang sama.

Bagi sumbangan hasil yang diterima daripada sektor minyak dan gas, kami menyeru supaya kerajaan memaktubkan penggunaan lebihan pendapatan minyak dan gas dengan

  1. sekurang-kurangnya 20 peratus daripada lebihan bayaran disalurkan kepada Khazanah Nasional Berhad untuk tujuan kapasiti baru dan pembinaan keupayaan dalam sektor utama antaranya Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (RE&EE) dan Teknologi Hijau;

  2. sekurang-kurangnya 20 peratus lebihan bayaran akan dimasukkan ke dalam Dana Stimulus Nasional yang bertujuan melonjakkan perbelanjaan fiscal dan menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat semasa kegawatan ekonomi di bawah skim baru, Malaysia Reversed Bonus dan Special Risk-sharing Initiative (SRI). [Dalam tahun-tahun perkembangan ekonomi pesat dan pendapatan yang diperolehi secara ‘durian runtuh’, bayaran terlebih PETRONAS sepatutnya disimpan dalam Dana Rangsangan Negara, atang akan memfokuskan pelaburan risiko rendah yang mendatangkan kadar hasil yang mantap. Lngkah ini bukan sahaja akan menyediakan Negara kita sekiranya berlaku apa-apa keberangkalian yang tidak diingini dan ketidakpastian akan dating, tetapi juga mengelak dari senario inflasi melampau dan ‘over-heating’ sewaktu ekonomi berada dalam keadaan baik. Kami percaya pendpatan minyak ‘durian runtuh’ sepatutnya dikongsi bersama oleh semua rakyat untuk menanam sikap setia dan menghargai titik peluh semua rakyat. Perkongsian pendapatan ini dapat paling dirasakan dengan member bantuasn kewangan kepada rakyat terbanyak ketika berlaku krisis ekonomi malap yakni sewaktu rakyat paling memerlukan.

  3. dan sekurang-kurangnya 20% daripada lebihan bayaran akan dilaburkan dalam pembangunan sumber manusia, terutama dalam Pendidikan dan Latihan.

Pada masa yang sama, DAP mahu mensturktur semula semua konsesi yang tercetus dari dasar Malaysia Inc di bawah pemerintahan Dr. Mahathir semasa era 90an yang menyebabkan hanya beberapa kerat orang menjadi kaya-raya, melemahkan kewangan negara dan mengurangkan daya tahan serta daya saing untuk Malaysia bersaing di peringkat global. Kontrak seperti ini, terutama Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), lebuhraya bertol dan konsesi air tidak sepatutnya jatuh ke tangan pemegang konsesi yang mengaut kekayaan melampau hasil kerja dan usaha rakyat biasa.

Kami mencadangkan agar suatu Akta Perjanjian Awam Tidak Adil digubal dan suatu badan suruhanjaya bebas dikenali sebagai Suruhanjaya perjanjian Awam ditubuhkan untuk mengkaji konsesi yang berat sebelah yang dilihat sebagai bercnggah dengan hak kepentingan awam.
Akta seperti ini sepatutunya termaktub dalam rangka persekutuan seperti Akta Pengambilan Semula Tanah 1960 (Land Acquisition Act 1960) yang membenarkan kerajaan mengambil alih sebarang tanah persendirian untuk tujuan awam, dengan syarat pampas an yang cukup diberi.

Akta sedemikian tidaklah asing, di mana kita lihat domain yang setara (Amerika Syarikat), pembelian wajib (UK, NZ, Ireland) penerusan dan pengambilan semula wajib (Australia) dan rampasan (system common law Afrika Selatan dan Kanada) adalah contoh jelas kuasa segenap negeri untuk mengambil tanah persendirian dengan syarat pampas an cukup dibayar. Adalah nyata bahawa pemilikan persendirian tidaklah mutlak dan tidak boleh dicabar, seperti juga konsesi lebuhraya dan utiliti.

Dengan itu, kami menyerukan kerajaan supaya memperuntukan sebanyak RM25 bilion secara “off-budget”, iaitu tanpa mengenakan tanggungan tambahan kepada kerajaan bagi membeli semula PLUS Expressways dan pemegang konsesi lebuhraya bertol yang mengaut keuntungan melampau dan tidak berpadanan dengan risiko dan modal yang dilaburkan. Pembelian semula itu akan dilakukan menerusi penggubalan Akta Kontrak Tidak Adil untuk memastikan ketelusan proses, di samping menilai semula konsesi lain seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) , konsesi air, perkhidmatan pengurusan hospital, penswastaan stor perubatan kerajaan dan ujian perubatan pekerja asing.

  1. #1 by limkamput on Monday, 26 October 2009 - 11:06 pm

    //Laporan UNHDP juga menunjukkan bahawa 10% rakyat Malaysia yang terkaya mengawal 38.4% pendapatan ekonomi berbanding dengan 10 peratus termiskin yang mengawal 1.7%.//

    Saya rasa statistic ini tidak begitu betul. Tak mungkin 10% yang terkaya hanya mengawal 38.4% pendapatan ekonomi. Just ask ourselves how many times the income of top 10% earn when compared with average Malaysians. It is easily 20 to 30 times.

  2. #2 by king cobra on Tuesday, 27 October 2009 - 12:05 am

    i still remember when i was working in KK in yr 2002 my starting pay was just a miseable RM600 per month.

    how to survive ? after EPF & SOCSO deduction left RM530++………

    everyday afternoon lunch already RM5 per day (RM5x26days)=RM130

    Monthly installment for insurance RM123

    Weekly petrol RM25-30 = RM100-120per mth

    weekend outing see movie or go yam cha with friend at least another RM20 fly away
    one mth can amt to RM80-100 per mth

    monthly savings roughly RM100 per mth

    if got girlfriend lagi worse no savings at all , may be going to become negative………….

  3. #3 by k1980 on Tuesday, 27 October 2009 - 12:13 pm

You must be logged in to post a comment.