Merakyatkan Ekonomi Malaysia – Pembinaan kapasiti (Bahagian 4)


Ucapan Belanjawan Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Dewan Rakyat Pada 26.10.2009 (Bahagian 4)

Teras III: Pembinaan kapasiti

Akhir sekali, DAP sangat menitik-beratkan pembangunan dan usaha menggalakkan bakat-bakat tempatan untuk membantu negara mencapai status negara maju. Sebagai tambahan, bagi meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan global, beberapa rangkaian pendekatan akan diambil dalam sektor pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkuran, kewangan, teknologi, keselamatan, tenaga dan alam sekitar untuk meningkatkan daya saing di peringkat serantau dan global.

Kelemahan daya saing negara kini sangat ketara. Sikap kerajaan yang terus mendabik dada dengan kejayaan lalu akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada ekonomi dan daya saing negara. Walau bagaimanapun, jika kita menerapkan unsur-unsur ketahanan dan peningkatan daya tahan, kerja keras dan inovasi, Malaysia akan mendapat kedudukan lebih baik untuk merebut peluang pertumbuhan ekonomi dunia. DAP mahu membangkitkan semula semangat daya saing kepada ekonomi negara menerusi penerapan daya juang lebih tinggi, lebih bertanggungjawab dan peningkatan tahap ketelusan.

Oleh itu kita harapkan Belanjawan boleh bantu hapuskan miskin tegar samada yang dilakukan di Pulau Pinang yang telah menjaminkan sekurang-kurangnya RM500 setiap keluarga sebulan. Bantulah juga mereka yang perlukan kredit kad untuk “roll over” lebih baik daripada pinjam daripada Along. Sekiranya ingin kenakan caj, RM 50 terlalu tinggi ia harus dikurangkan kepada RM10. Cukai keuntungan hartanah atau RPGT sebanyak 5 peratus yang dicadangkan juga harus dibatalkan.

Tuan Yang di Pertua,

Saya ingin bertanyakan bahagian Pulau Pinang dalam Bajet 2010 Kerajaan Persekutuan berjumlah RM191.5 bilion yang merangkumi RM138.3 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM53.2 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Saya harap pecahan terperinci ikut Kementerian dan sektor boleh diberikan. Adalah diharapkan unjuran ekonomi GDP mengikut sektor, kadar inflasi dan pendapatan isirumah boleh diberikan.

Negeri Pulau Pinang adalah di antara negeri yang paling pesat membangun dan penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia. Kadar purata pertumbuhan tahunan KDNK sebenar yang dicatakan dalam tempoh 1990-2000 ialah 8.2%. Adalah dijangkakan dalam tempoh 2001-2010 akan mencatatkan pertumbuhan KDNK melebihi 6.5%. Bagaimanapun ekoran daripada kemelesetan ekonomi global telah memberi kesan ketara ke atas kadar pertumbuhan ekonomi negeri Pulau Pinang di mana anggaran KDNK bagi tahun 2009 menyusut sehingga -3 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2008.

Sebagai negeri yang bergantung kepada sumber manusia, kita perlu membangunkan insan kreatif, inovatif dan pintar. It has been said small minds discuss people, average minds discuss events and great minds discuss ideas. We want to grow great minds with new ideas that makes your dreams come true.

Pulau Pinang berhasrat untuk menjadi sebuah negeri bertaraf antarabangsa yang menjadi pilihan utama para pelabur, pelancong dan mempunyai kehidupan yang mapan (sustainable living). Kita perlu pengiktirafan antarabangsa dan urus tadbir CAT – Competency, Acountability and Transparency. Cekap, Akauntable dan Telus telah berjaya memerangi rasuah dan penyelewengan serta menjimatkan wang sehingga mendapat pujian Transparency International dan Laporan Ketua Audit Negara. UNESCO pun telah memberikan pengiktirafan kepada George Town sebagai Tapak Warisan Dunia yang menjadikan Pulau Pinang suatu pilihan pelancongan utama.

Di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di mana Pulau Pinang dikenalpasti sebagai hub logistik. Oleh itu perlu peruntukan sebanyak RM800 juta bagi mewujudkan Integrated Cargo Terminal (Terminal Kargo Bersepadu) di Pulau Pinang bagi mengendalikan perkhidmatan kargo di bawah satu pengurusan kargo yang berkesan, pembinaan 2nd runway kedua dan LCCT di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri amat berharap agar siling peruntukan asal RMKe-9 sepertimana yang telah diluluskan untuk Projek Menaik Taraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada Pulau Pinang berjumlah RM128.0 juta dapat dipenuhi semula oleh Kerajaan Persekutuan. Sehingga kini, jumlah keseluruhan peruntukan yang diterima ialah RM71,797,000. Tambahan peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM56.2 juta bagi menampung keperluan pelaksanaan projek di Kawasan Perusahaan Perai I, II, III, IV dan Zon Perindustrian Bebas Perai serta Kawasan Perindustrian Bayan Lepas. Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan projek infrastruktur asas seperti perparitan dan jalan ban bagi mengatasi masalah banjir di kawasan ini. Sekiranya dibiarkan berlarutan akan menjejaskan imej negeri Pulau Pinang terutamanya dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan asing ke negeri ini.

Penyenaraian George Town dan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008 merupakan suatu yang yang amat membanggakan rakyat dan negara Malaysia. Pengumuman pemberian peruntukan sebanyak RM25 juta oleh Kerajaan Persekutuan masing-masing kepada George Town dan Melaka bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan sehingga kini masih belum disalurkan kepada Negeri Pulau Pinang. Adalah tidak adil Melaka disalurkan RM30 juta sedangkan tidak ada sesen pun diperuntukkan kepada George Town bila ia mengharumkan bukan sahaja Pulau Pinang tetapi juga Malaysia di pentas antarabangsa.

Kerajaan Negeri sentiasa memberi komitmen dalam pembangunan perumahan terutamanya perumahan kos rendah dan sederhana rendah untuk golongan berpendapatan rendah. Usaha dan komitmen kerajaan ini telah membolehkan seramai 30,829 pemohon ditawarkan rumah manakala 14,139 pemohon lagi masih dalam senarai menunggu untuk ditawarkan rumah. Sehubungan itu, kerajaan Negeri amat berharap agar 3 buah tapak cadangan bagi pembangunan PPR Dimiliki yang telahpun dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan diberi pertimbangan sewajarnya.

Di dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai pula, Kerajaan Negeri harap peruntukan daripada dana RM 200 juta boleh diberikan kepada 8 buah projek terbengkalai rumah awam di Pulau Pinang bagi menjamin kepentingan pembeli-pembeli perumahan tersebut.

Di bawah Rancangan Bandar Selamat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membuat janji pada tahun 2007 untuk membekalkan 48 CCTV untuk di pasang di kawasan-kawasan hitam yang telah dikenalpasti oleh pihak Polis. Tetapi sehingga kini pemasangan CCTV tersebut masih belum dilaksanakan. Memandangkan Kerajaan Negeri amat peka dengan isu keselamatan dan sebagai langkah untuk mencegah dan membenteras jenayah, pihak MPPP telah memasang 31 unit CCTV dengan peruntukan sendiri untuk memastikan rakyat Pulau Pinang bukan sahaja selamat tetapi merasi selamat juga.

Dalam membantu usahawan kecil dan sederhana mempromosikan hasil keluaran mereka, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) ketika itu telah meluluskan peruntukan berjumlah RM9.0 juta. Peruntukan ini bertujuan menaik taraf Tapak Ekspo di Seberang Jaya yang telah berusia melebihi 10 tahun sebagai sebuah Pusat Pameran Perdagangan dan Pertanian di Pulau Pinang. Namun begitu projek ini juga mengalami nasib yang sama kerana ditangguhkan pelaksanaannya oleh MECD.

Melalui Kempen “Malaysia Cergas’, rakyat di negeri ini digalakkan agar bergiat cergas di dalam bidang sukan dan rekreasi bagi mewujudkan komuniti masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdisplin. Kerajaan Negeri ingin merayu agar projek-projek yang telah ditarik balik kelulusannya dan ditangguhkan pelaksanaannya oleh Kementerian Belia dan Sukan diaktifkan semula. Ini merangkumi Projek Pembinaan Dry Gym di Pusat Arena Sukan Antarbangsa Pulau Pinang (PISA) dan Projek Menaik Taraf Kompleks Sukan Bertam masing-masing diluluskan peruntukan berjumlah RM3.5 juta dan RM3.6 juta.

Penempatan semula pendudukan terlibat bertujuan memastikan Projek Menaik Taraf Sungai Pinang beratus juta di bawah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang dapat dilaksanakan dengan segera memandangkan masalah banjir kilat merupakan suatu fenomena yang tidak dapat dielakkan setiap kali hujan lebat, RM2.4 juta untuk tujuan pembaikan dan pembinaan rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin, RM 3 juta untuk menaik taraf persimpangan Jalan Jarak-Padang Menora di kawasan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri..

Sebuah kerajaan berjiwa rakyat adalah berlandaskan prinsip 3P:-

  • Perkasakan Rakyat dengan ilmu pengetahuan, pendidikan dan kepakaran yang memberikan peluang yang sama untuk mewujudkan kemakmuran;

  • Perkuasakan Rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban yang membela martabat insane; dan

  • Perkayakan Rakyat dengan berkongsikan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi

Adalah diharapkan tema Kemakmuran Bersama dalam Belanjawan ini boleh dilaksanakan dengan memastikan semua rakyat diberikan layanan yang sama sebagai warganegara yang bermaruah. Jangan hanya sebut RM20 juta untuk skim Tekun bagi kaum India bila yang diharapkan ialah layanan yang adil kepada semua. Apa itu RM20 juta berbanding dengan keseluruhan Belanjawan RM191.5 bilion? Sepatutnya disebutkan berdasarkan keperluan bukanlah warna kulit.

Sekiranya 1 Malaysia yang didokong, mengapa cukai untuk knowledge workers di Iskandar dikurangkan kepada 15% bila di Malaysia masih dikekalkan 26%. Macam mana ini boleh selaras dengan semangat satu hati untuk satu Malaysia bila ada diskriminasi terhadap negeri selain daripada Johor. Saya harap semua negeri boleh menikmati insentif cukai 15% untuk mengelakkan gambaran Satu Negara, Dua Sistem!

Saya ingin akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun :

Malaysia Tercinta Negara Kita
Adil Ditegak Rakyat Dijaga
Anak Malaysia Harapan Bersinar
Amar Maaruf Nahi Mungkar

  1. #1 by Onlooker Politics on Monday, 26 October 2009 - 8:02 pm

    Langkah diskriminasi yang diambil oleh Najib seperti memberikan insentif kepada knowledge workers yang berdaftar di kawasan projek perkembangan Iskandar di Johor dengan mengurangkan kadar cukai pendapatan daripada 26% kepada 15% memanglah satu langkah yang baik untuk Negeri Johor. Namun langkah ini adalah kurang baik kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Ada kemungkinan besar Najib hanya berhasrat nak menjadikan Kawasan Iskandar sebuah Bandar Shenzhen di Malaysia dan Najib tidak pedulikan lagi samada negeri-negeri lain boleh maju atau tidak asalkan Najib sanggup mempertahankan Johor daripada ditewas oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

    Walau bagaimanapun, Selangor dan Pulau Pinang boleh juga menikmati kebaikan daripada kemakmuran Kawasan Iskandar. Ini kerana kebanyakan tempat pusat pelancongan di Negeri Johor masih mundur lagi dan jumlah bilik-bilik hotel adalah kekurangan di Johor dan tidak cukup untuk menampung permintaan pada musim laris pelancongan. Kalau para pelancong tidak dapat menyewa hotel di Johor pada musim laris, para pelancong boleh digalakkan dengan papan tanda iklan sebelah lebuhraya (kalau YAB Lim Guan Eng sanggup melabur dalam pengiklanan) untuk meneruskan perjalanan ke Negeri Selangor ataupun ke Negeri Pulau Pinang dengan menaikkan kapalterbang dari Lapangan Terbang Senai, Johor. Apa yang paling penting sekali adalah kerajaan negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat haruslah memastikan bahawa hotel-hotel dan kedai-kedai runcit cenderamata di negeri masing-masing boleh membekalkan barangan dan servis yang mencukupi dan taraf servis yang memuaskan hati.

    Walaupun Najib adalah tidak adil kerana dia lebih mementingkan Negeri Johor daripada negeri-negeri lain (termasuk Negeri Bonda kepada Najib, iaitu Pahang yang juga dicuaikan oleh Najib dalam Bajet 2010), YAB Lim Guan Eng tidak harusnya merasa kecewa. Sebenarnya YAB Guan Eng patutlah bercuba untuk membina satu network perniagaan yang berasas di Johor Bahru untuk industri pelancongan di Pulau Pinang kerana ramai pelancong-pelancong yang memasuki ke Semenanjung Malaysia sudah menggunakan saluran Tambak Woodlands-Johor Bahru. Kebanyakan pelancong-pelancong ini tidak tahu apa boleh dibuat dan apa boleh ditonton di Malaysia sehingga mereka sudah mengupah seseorang Tour Leader berlesen yang bermastautin di Johor Bahru. Nampaknya tour leaders adalah satu kumpulan manusia yang betul-betul bermanfaat kepada industri pelancongan dan YAB Guan Eng patutlah menubuhkan hubungan rapat antara kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan pemimpin-pemimpin pelancongan di seluruh Malaysia demi kepentingan dan kemakmuran Pulau Pinang.

  2. #2 by undertaker888 on Monday, 26 October 2009 - 8:41 pm

    Apa yang sungguh tidak masuk akal, najib hanya memberi pembangunan kepada negeri-negeri yang ditakluki BN. Kalau bukan kawasan BN, pembangunan akan diabaikan atau sengaja dilambatkan.

    Inilah politik kanak-kanak. Bukankah kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum? Jika BN kalah disesebuah kawasan, itu bukan masalah rakyat tetapi kerajaan. Rakyat sudah muak dengan kebiadapan dan rasuah bukan sahaja di Wilayah Persekutuan tetapi juga disemua badan-badan kerajaan.

    Selama lebih daripada 20 tahun politik kanak-kanak dibawah pentadbiran mahathir, apakah manfaat-manfaat yang dilaksanakan melainkan politik kaum?

    Bangunan tertinggi didunia? F1? Cyberjaya? Semuanya tidak bermakna jika rakyat masih ditindas. Kita ditindas bukannya kita ini pembelot atau pengganas, tetapi curiga-curiga pemimpin yang tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab walaupun sudah berabad-abad kita memanggil tanah ini sebagai tanahair.

    Bilakah negara ini akan menghala ke politik orang dewasa? Rasanya tidak, semasa BN ditangga kuasa.

  3. #3 by limkamput on Monday, 26 October 2009 - 10:41 pm

    //UNESCO pun telah memberikan pengiktirafan kepada George Town sebagai Tapak Warisan Dunia yang menjadikan Pulau Pinang suatu pilihan pelancongan utama. //

    Kalau betul betul nak jadikan Pulau Pinang tempat pelancongan utama, saya mintalah Pulau Pinang menjaga kebershihan alam sekitarnya, dari pantai hingga lah jalan, longkang, and tempat tempat penjaja. Juga, kalua boleh susun semula sistem trafik supaya lebih teratur. Suruhlah tuan punya bagunan to “perk up” kedai mereka. Terlalu banyak bagungan di pulau Pinang tidak disenggara dengan standard yang minima.

  4. #4 by vsp on Monday, 26 October 2009 - 11:50 pm

    What the right hand giveth the left hand taketh away. This is the epitome of a classic pirate. The banks has been gorging on its customer with all types of charges which formerly were given gratis and yet Najib is so generous to his banker brother’s request to increase the banks’ profit.

    Banks are leeches because they get involved in all types of risky activities that they have to cover themselves by fleecing their own customers with all types of unreasonable charges. Worse still, they are not interested in providing good services but to get their customers indebted with credit cards and all types of toxic products. In other words, banks are the new Ah Longs of cut-throat financial traps.

    Never in my life have I applied to any bank for a credit card and I have not fallen into their trap by accepting their cheque of RM1000 to spend on their credit card. My policy is: if you don’t have the money, don’t buy on credit. In the US millions are now under bondage to the banks because they couldn’t keep up with their credit card borrowing and other types of mortgages. Beware of the banks and don’t receive any so-called “free gifts” from these modern-day leeches and parasites.

  5. #5 by Hugos on Tuesday, 27 October 2009 - 1:46 am

    #36 by limkamput

    Apek, kalau tidak erti bahasa malaysia, jangan bising sangat. Diam diam duduk, tutup mulut, jangan kalut.

  6. #6 by Bigjoe on Tuesday, 27 October 2009 - 10:37 am

    I do structured finance and the Iskandar tax rate is a gold mine for likes of CIMB and Singapore banks to cheat taxes.

  7. #7 by k1980 on Tuesday, 27 October 2009 - 11:34 am

    Bolehland boleh! Newly completed bridge collapsed after only 2 weeks. One dead, two missing. Performance Now? People First? 1 s.o.b.!

    http://www.reuters.com/article/worldNews/idUSTRE59Q08M20091027

  8. #8 by Godfather on Tuesday, 27 October 2009 - 12:03 pm

    Is Najib really putting all his eggs (assuming he’s got any) in Iskandar by allowing the preferential tax rate of 15 pct ? Yes, he may be trying to pull FDI from the Opposition-held states to Johor, but then the differential in tax rates is simply not enough for industry to move operations to a greenfield environment. The more plausible explanation is that he is trying to attract new FDI to Iskandar because it is dying a high-profile death – and UMNO will be blamed for the bad execution.

    Remember that any industry that is export-oriented (or foreign-sourced income) already has preferential tax treatment so I don’t really understand how this 15 pct income tax rate for Iskandar is really going to excite anyone.

  9. #9 by Onlooker Politics on Tuesday, 27 October 2009 - 1:39 pm

    Godfather,
    The first one who stands to gain from the ceiling 15% personal income tax rate for knowledge workers is Najib’s younger brother, Nasir Razak, who falls in the high income bracket working as the CEO of CIMB Group. However, I wonder whether CIMB will move its HQ to Iskandar Region. If CIMB is not going to move HQ, how is Nasir Razak going to claim income tax rebate because of hitting the ceiling tax rate of 15%?

    Anyway, a seminar called “National Seminar On Taxation 2009” is going to be jointly organised by Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) and Inland Revenue Officers’ Union (IROU) very soon. The fee is RM250 per head. Perhaps the seminar will provide us useful information on how to evade income tax without moving the office to Iskandar Region.

  10. #10 by baochingtian on Tuesday, 27 October 2009 - 1:51 pm

    Penang authority should look into proper sewage system for hawker stalls in kopitiam. Most hawkers in the kopitiam will wash the dishes and dispose whatever wastes into the longkang right in front of the shops. It stinks and the odour affects many shop houses in the vicinity as the longkang runs thru’ these shop houses.
    Pg may also come up with some educational tour package for school children in the various states and singapore schools. Get them to the many heritage sites and fruit farms and visiting of electronics/semiconductors factories, etc.
    Penang has lots to offer ….

  11. #11 by Onlooker Politics on Tuesday, 27 October 2009 - 2:17 pm

    The Ministry of Education provides subsidy of RM1,000 per primary school for those schools which take part in the 1Malaysia camp. Why did the school administrators or the 1Malaysia camp organiser choose such a remote and underdeveloped area of Kampar River as a camp site? Why didn’t they allow the students to eat in a decent local restaurant which has proper road access? Why did they have to risk the lives of the students to make the students cross a suspension bridge without much supervision from the school teachers? Why did the state government and the district council allow the use of the suspension bridge without getting a consultant engineer to verify its usability first? Is this “1 drowned, 2 missing event” the first “Performance Now” result which Zambry could give us in his report card?

  12. #12 by undertaker888 on Tuesday, 27 October 2009 - 4:33 pm

    The bridge represents the strength of BN. It looks nice on the outside, but inside, it is hideuos with all kinds of maggots.

    The rakyat that still want to depend on this bridge will end up in trajedy sooner or later like this one.

    Do we want our sons and daughters to stand or cross on this bridge? Better think more than twice.

  13. #13 by k1980 on Tuesday, 27 October 2009 - 5:29 pm

    The entire 1malaysia fiasco is a Potemkin circus set up to prolong umno’s gasp on power

  14. #14 by taiking on Tuesday, 27 October 2009 - 6:15 pm

    I bet some umnoputras are now rubbing their palms nicely and smugging away at the same time. Yeah. Collapsed bridge means new bridge. If construction costs of new bridge is 50m then apply umno’s usual multiplier and negotiate directly for 1b. How wonderful. Ha Ha Ha Haa. Yes! Vrooom …..

  15. #15 by jbozz on Wednesday, 28 October 2009 - 9:29 am

    The government give excuse when they said the cost of building a government project is higher because it have to meet stringent rules and regulation. But this is all bull shyt! we all know the following:-

    Build Parliament House – Bocor
    Build Highway Pillar – Cracked
    Build Stadium – Collapse
    Build Bridge – Runtuh

    Who are these contractors boss who spent every night flirting at Karaoke Bar, and massage parlors with millionth of money collected? How many mistress they got? the big house and luxury car they drive.

    The young and innocent youth are sacrifices and these people got away and enjoying their life shaking their legs.

  16. #16 by Voter on Wednesday, 28 October 2009 - 10:28 am

    najib bridge is falling down..falling down

  17. #17 by Voter on Wednesday, 28 October 2009 - 10:32 am

    all these kid is victim. who make these kid suffering ? Not BN. BUT Is the people who vote BN.

  18. #18 by k1980 on Wednesday, 28 October 2009 - 12:48 pm

    So many teachers at that camp, but none of them made use of their knowledge of SPM Physics that the pupils’ jumping and swaying directly caused the effect of resonance leading to the collapse of bridge. They should be sued by the parents for criminal negligence

  19. #19 by undertaker888 on Wednesday, 28 October 2009 - 9:08 pm

    it wasn’t due to the resonant effect we learnt from school. this is more hideous. It is the resonant effect of corruption from putrajaya down to the district officer.

    From the beginning of their existence to present, their generations will pay for the blood they had spilt to this day.

    what goes around comes around.

You must be logged in to post a comment.