Pengiraan Detik 41 Hari ke PRU13 – Cabaran buat Najib untuk memastikan PRU13 adalah pertandingan antara perikatan mana yang mampu berkhidmat untuk Melayu, Cina, India, Orang Asli, Kadazan dan Iban bukannya pertandingan siapa lebih hebat menipu atau menghasut kebencian atau beralih kepadan politik ketakutan


Febuari 2013 telah tiba dan berlalu –bulan yang berkemungkinan tercatat di dalam sejarah sebagai bulan paling kritikal dan penting dalam empat tahun sebagai Perdana Menteri dan 37 tahun kerjaya politik Datuk Seri Najib Razak kerana ini merupakan bulan beliau membatalkan “keputusan muktamad” terbaru beliau untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 pada bulan Mac.

Pada awal Januari, Perdana Menteri keenam Malaysia yang bakal berusia 60 tahun lagi enam bulan pada 23 Julai, telah dipujuk oleh strategis politiknya untuk tetapkan fikiran supaya mengakhiri dolak-dalik selama dua tahun dan membubarkan Parlimen pada minggu terakhir Febuari untuk akhirnya mendapatkan mandat daripada 13.3 juta pengundi dalam Pilihan Raya ke-13, diyakinkan bahawa beliau mempunyai “senjata rahsia” untuk memikat dan menakut-nakutkan pengundi, termasuklah:

  • RM3.5 juta jemputan kepada bintang K-Pop Korea Selatan Psy bukan sahaja untuk mempersembahkan Gangnam Style tetapi juga untuk mempopularkan Gangnam 1Malaysia Style yang dipersembahkan Psy bersama Najib, Rosmah dan Ng Yen Yen di Pulau Pinang pada hari kedua Tahun Baru Cina;
  • Filem 13 Mei yang boleh menimbulkan perbahalahan dan perpecahan, “Tanda Putera”, memberikan gambaran serong, memecah-belah dan kisah tidak benar punca rusuhan 13 Mei pada tahun 1969 untuk mengapi-apikan sentiment pengundi Melayu dan menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu;
  • Janji BR1M 3.0 sekiranya UMNO/BN dipilih semula;
  • Perdana Menteri menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International bagi menggambarkan Najib sebagai wira baru memerangi rasuah dan salahguna kuasa;
  • Lanjutan Projek IC ke Semenanjung Malaysia bagi penipuan “warganegara untuk undi” di Sabah yang terbukti begitu berjaya dalam mengukuhkan kuasa politik UMNO di “Negeri Bawah Bayu”; dan
  • 10,000 tentera cybertrooper UMNO/BN untuk mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau di media sosial dengan penipuan, pembohongan dan hasutan kebencian terhadap isu kaum dan agama.

Akan tetapi itu semua tidak terjadi kerana menjelang pertengahan Febuari, selepas inisiatif Psy dan Gangnam Style telah bertukar menjadi bencana politik dan perhubungan awam besar buat Perdana Menteri dan UMNO/BN, dengan laungan “No, No, No” untuk Najib dan BN bergema setiap hari di seluruh negara, Najib dan ahli strategi politiknya membatalkan keputusan sebelumnya untuk membubarkan Parlimen pada hujung Febuari dan mengheret penggal Parlimen selama mana dibenarkan Perlembagaan sebelum mendapatkan mandat baru pilihan raya – iaitu sehingga 28 April, 2013!

Tidak dapat rotan akar pun berguna, Najib mengumumkan di Seremban pada hari Ahad bahawa PRU13 tidak diumumkan lagi kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan bahawa rakyat mendapat manfaat sepenuhnya.

Beliau berkata, idea kreatif, perancangan rapi dan perlaksanaan efektif amat penting dalam usaha kerajaan untuk memperjuangkan rakyat dan membawa pembangunan kepada negara.

Bercakap di pelancaran Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA ) Seremban Sentral, Najib berkata: “Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya.”

Najib tidak sepatutnya memandang rendah kebijaksanaan rakyat dengan merasakan mereka akan termakan dengan helahnya, kerana semua orang tahu apa yang menghantui Najib adalah ketakutan bahawa PRU13 akan menentukan nasibnya sebagai Perdana Menteri UMNO keenam sama ada UMNO/BN menang atau kalah di dalam PRU13.

Tiada siapa percaya bahawa Najib boleh membuktikan bahawa empat tahun Program Transformasi Nasionalnya merupakan kejayaan dalam 50 hari yang akan diperolehinya dengan menggunakan peruntukan perlembagaan bahawa lima penggal parlimen ke-12 mula dikira daripada tarikh pertama persidangan yang berakhir secara automatic pada 27 April dan bukannya 8 mac, ulangtahun kelima “tsunami politik” pilihan raya umum 2008.

Sebenarnya, Najib mahu menunggu sehingga beliau dapat membuktikan kejayaan Program Transformasi Negaranya, barulah PRU13 akan diadakan, dan beliau mungkin terpaksa tunggu sehingga tahun 2020 untuk membuktikan dasar transformasinya berjaya.

Ahli strategi politik Najib sekarang mula melakukan “helah kotor” baru untuk menyelamatkannya, terdapat tanda bahawa antara “helah kotor” itu adalah strategi jahat untuk mengisytiharkan DAP sebagai pertubuhan haram walaupun ini merupakan penyalahgunaan kuasa tertinggi memandangkan tiada sebab sama ada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk mengambil tindakan.

Najib sepatutnya sedar bahawa “senjata rahsia” dan “helah kotor” yang tidak beretika dan tidak berprinsip seperti menyalahgunakan kuasa untuk mengisytiharkan DAP sebagai pertubuhan haram, benar-benar menghina kedaulatan undang-undang dan menggunakan kuasa berdasarkan niat yg buruk oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Menteri Dalam Negeri mampu melantun kembali dan menyebabkan kerosakan lebih besar terhadap penjahat berbanding mangsa.

Ketika Najib berada di Seremban pada hari Ahad, beliau mengisytiharkan bahawa sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan menjanjikan sesuatu yang beliau tidak mampu tunaikan dan berikrar bahawa beliau tidak akan menggadaikan masa depan rakyat atau negara semata-mata kerana undi.

Malangnya, janji Najib bahawa beliau tidak akan menjanjikan perkara yang beliau tidak mampu tunaikan telah diperhatikan oleh semua, dan lebih mudah untuk sesiapa menghasilkan satu senarai janji yang Najib tidak dapat tunaikan tetapi beliau berani janjikan.

Contoh paling ketara janji yang beliau tidak dapat tunaikan adalah dasar 1Malaysia, yang bukan sahaja dipertikaikan secara terbuka oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi telah diingkari oleh Najib sendiri apabila beliau semakin terdesak akan peluang PRU13nya.

Contohnya, di Kuala Terengganu Sabtu lalu, Najib mengkhianati prinsip 1Malaysia apabila beliau menggunakan hasutan agama dengan mengisytiharkan pembohongan dan penipuan bahawa “Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam”.

Apakah Najib bersedia untuk menarik balik dakwaan paling tidak jujur, tidak berprinsip dan hipokrit terhadap DAP, yang amat bercanggahan dengan dasar 1Malaysianya?

Najib bercakap di Seremban: “Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan, dalam hidup kita mesti ada prinsip sebab itulah pilihan raya umum bukanlah tentang siapa akan menang tapi nasib negara kita…masa depan penentuannya akan kita tentukan tak lama lagi.”

Biar saya tanya Najib: “Adakah kamu bersedia untuk benar-benar menjadikan PRU13 sebagai pertandingan antara perikatan mana yang mampu berkhidmat untuk Melayu, Cina, India, Orang Asli, Kadazan dan Iban bukannya pertandingan siapa lebih hebat menipu atau menghasut kebencian atau beralih kepada politik ketakutan dan menakut-nakutkan?”

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/vuMlU

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.