Pengiraan Detik 56 Hari ke PRU13 – Mengubah tiga peristiwa memalukan Najib yang ditimpakan ke atas dirinya sendiri sewaktu pesta RM3.5 juta Psy dan Gangnam Style menjadi rahmat buat Malaysia


Kemunculan Psy dan Gangnam Style pada pesta Tahun Baru Cina Barisan Nasional di Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan rampasan kuasa politik di dalam sejarah negara sehingga membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional kepada kejayaan meyakinkan dalam Pilihan Raya Ke-13 dengan majoriti dua pertiga parlimen dan mendapatkan semula negeri-negeri Pakatan Rakyat termasuklah Pulau Pinang, telah bertukar menjadi kemusnahan besar politik dan perhubungan awam.

Tiga aib besar menimpa Najib dan perikatan UMNO/BN, tetapi lebih buruk lagi, ia turut memalukan negara. Tiga aib besar itu ialah:

  • Video satu minit “Tiga Ya untuk Psy dan Tiga Tidak untuk BN” yang pantas tersebar selepas kemeriahan di Sekolah Han Chiang ditonton hampir setengah juta di You Tube dari banyak laman sejak Isnin.
  • Video lima minit “Psy tiada, Najib/BN merah muka ketika acara menggaul yee sang”, video kedua tentang kemunculan Psy di pesta Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang yang pantas tersebar, memaparkan Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah dan Menteri Kabinet menunggu bintang Korea itu selama lima minit untuk menyertai mereka dan tersipu-sipu meninggalkan pentas tanpa menggaul yee sang apabila Psy menolak. Ini merupakan kejadian yang merosakkan maruah negara dan memalukan semua rakyat Malaysia tidak kira PR atau BN – yang mana Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri terpaksa mengorbankan maruah negara demi kehangatan K-pop Korea.
  • Psy menolak untuk mempersembahkan “Gangnam 1Malaysia Style”. Najib telah mengumumkan di atas pentas selepas kerosakkan “3 Ya untuk Psy dan 3 Tidak untuk BN” berkenaan “persembahan menarik” Psy, mengisytiharkan “(Psy) is ready for us and he will show you the proper Gangnam Style…and I am told he has a surprise for you – the Gangnam 1Malaysia Style” Tetapi Psy tidak mempersembahkan kejutan “Gangnam 1Malaysia Style” menghancurkan harapan Najib dan peluang pemimpin BN seperti Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen untuk menari “Gangnam 1Malaysia Style” dengan bintang pop Korea Selatan itu di Pulau Pinang.

Terdapat kemusnahan perhubungan awam lain seperti:

  • Setakat ini kegagalan untuk menjelaskan siapa penaja/penaja-penaja yang melangsaikan sekurang-kurangnya RM3.5 juta untuk kemunculan “Psy dan Gangnam Style” di Pulau Pinang – terus dari Brazil melalui penerbangan 20 jam – memandangkan tiada siapa percaya bahawa ia benar-benar percuma dan pembayar cukai Malaysia akhirnya tidak akan menanggung walau sesen;
  • Pada hari pertama Tahun Baru Cina, lebih 10,000 bendera 10,000 bendera 1Malaysia memenuhi jalan-jalan besar di Pulau Pinang yang digunakan Najib dalam lawatan dua hari Tahun Baru Cina, menunjukkan keangkuhan “penaja misteri” pesta Psy dan Gangnam Style – keangkuhan menunjuk-nunjuk dan menghina undang-undang, memandangkan bendera itu dinaikkan tanpa mengambil kira keselamatan dan undang-undang. Keseluruhan operasi mencetak dan menaikkan lebih 10,000 bendera 1Malaysia dalam tempoh beberapa jam pada awal-awal pagi hari pertama Tahun Baru Cina tentu menelan belanja sekitar RM100,000 – satu lagi peringatan bahawa tiada benda yang percuma.
  • Penafian sehingga kini oleh penganjur rasmi BN Pulau Pinang bahawa mereka bertanggung jawab atau tahu siapa yang menaikkan 10,000 bendera 1Malaysia, mendakwa mereka “tidak tahu” siapa yang menaikkan mereka. Betapa tidak bertanggungjawab dan/atau tidak cekap pemimpin BN Pulau Pinang? Apakah ini bukti bahawa ada kuasa yang lebih besar di sebalik pesta Psy dan Gangnam serta pemimpin BN Pulau Pinang hanyalah boneka yang dikawal pihak lain?

Tetapi semua ini adalah isu kedua dan soalan-soalan apa yang sepatutnya menjadi soalan penting – bagaimana untuk mengubah tiga aib Najib yang ditimpakan ke atas diri sendiri pada pesta RM3.5 juta Psy dan Gangnam Style menjadi rahmat buat Malaysia.

Najib berhak menerima ucapan terima kasih sekiranya kemelut Psy dan Gangnam Style mampu membuatkan rakyat Malaysia fokus kepada satu soalan – mengapa Korea Selatan telah membangun begitu hebat berbanding Malaysia sedangkan 56 tahun lalu, Malaysia dua kali lebih kaya dan membangun berbanding Korea Selatan akan tetapi hari ini Korea Selatan dua hingga tiga kali ganda lebih kaya dan maju berbanding Malaysia dan mengatasi Malaysia dalam semua bidang usaha?

Jawapannya kerana Korea Selatan 15 tahun jauh kedepan berbanding Malaysia dalam menjadi negara demokratik yang normal, telaksananya peralihan kuasa dengan aman melalui pilihan raya dengan calon Oposisi Kim Dae-Jung menang dan menjadi Presiden Korea Selatan pada pilihan raya presiden Korea Selatan 1998.

Mampukah Malaysia melalui peralihan kuasa yang aman dengan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan Malaysia yang baru di Putrajaya pada PRU13?

Sekiranya ini dapat dicapai dalam PRU13, maka itu akan mengubah aib Najib yang ditimpakan ke atas diri sendiri di dalam kemelut Psy dan Gangnam Style menjadi rahmat buat negara – membolehkan Malaysia membuka halaman baru untuk mencapai Merdeka Kedua yang mana rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bersaing bukannya hanya sesama sendiri tetapi juga dengan negara-negara lain dalam dunia.

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/WwnlK

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.