Pengiraan Detik 62 Hari ke PRU13 – Memenuhi impian Bapa Malaysia dalam pilihan raya 1990 untuk memperkenalkan sistem dua perikatan dan meletakkan asas kepada Malaysia untuk merapatkan jurang dengan Korea Selatan


Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran ke-110 Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman – dua hari sebelum Tahun Baru Cina 2013 dan dua atau tiga minggu sebelum pembubaran Parlimen bagi diadakan Pilihan Raya Umum ke-13.

Pada hari kedua Tahun Baru Cina yakni pada 11 Feb, bintang pop Korea Selatan Psy yang video “Gangnam Style-nya” telah ditonton lebih daripada 1 bilion kali (rekod terkini: 1.27 bilion) di Youtube, telah dijemput ke Pulau Pinang untuk menjadikan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebuah acara yang julung-julung kalinya dan bersejarah.

Secara terbuka saya katakan bahawa rakyat Malaysia sepatutnya bergembira dengan persembahan Psy, tetapi sebelum dan selepas keriangan dan hiburan, rakyat Malaysia perlu melakukan pencarian diri terhadap persoalan mengapa nasib negara terbalik sepanjang setengah abad lalu, dengan Korea Selatan kini dua hingga tiga kali ganda lebih kaya berbanding Malaysia dan jauh kedepan dalam semua usaha yang dilakukan sedangkan negara kita pernah tiga kali ganda lebih kaya dan membangun berbanding Korea Selatan ketika kita mencapai Kemerdekaan pada 1957.

Saya percaya sekiranya Tunku masih hidup lagi hari ini, itu akan menjadi perkara yang paling diberi perhatian dalam urusan beliau, tentu beliau akan menjadi lebih sedih berbanding orang lain melihat kemunduran Malaysia bukannya kemajuan apabila membandingkan Malaysia dengan Korea Selatan.

Bukan sahaja dalam demokrasi dan tadbir urus yang baik, perkembangan ekonomi, kemajuan teknologi, pembangunan modan insan, seni dan budaya, tetapi juga dalam bidang sukan, Korea Selatan telah jauh mendahului Malaysia dalam setengah abad lalu.

Selaku Perdana Menteri, Tunku melancarkan pertandingan Merdeka Cup untuk bola sepak sempena Hari Kebangsaan dan pada tahun 60-an dan 70-an, dengan bintang bola sepak seperti Soh Chin Aun, R.Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, pasukan kebangsaan kita tidak mempunyai kesukaran untuk menewaskan South Korea dengan mudah.

Malaysia memenangi pingat gangsa di dalam Sukan Asia 1974 dan layak untuk Olimpik Moskow pada 1980. Hari ini, kedudukan FIFA kita adalah di tempat ke-158 daripada 207 negara, jauh berbeza dengan kehebatan Korea Selatan sebagai negara bola sepak – tempat ke-34 FIFA dan pemenang pingat gangsa untuk bola sepak di Olimpik London 2012.

Namun kekecewaan paling besar Tunku berkenaan ketinggalannya Malaysia di belakang Korea Selatan tentu sekali kegagalan negara dalam dekad lalu untuk melakukan kemajuan kritikal dalam dua perkara iaitu perkembangan ekonomi dan pendemokrasian untuk menamatkan hagemoni politik UMNO lalu mewujudkan sistem dua perikatan yang mana akan membawa keamanan dan kuasa politik bergilir-gilir mengambil tempat melalui peti undi.

Korea mencatatkan kenaikan luar biasa daripada kemiskinan pada 50-an dan 60-an kepada kemakmuran pada tahun lapan puluhan dan pertumbuhan besar dalam dekad berikutnya.

Daripada data International Monetary Fund, 1980 adalah tahun terakhir Malaysia memperoleh KDNK per kapita lebih tinggi daripada Korea Selatan, iaitu US$1,769 untuk Malaysia dan US$1,689 untuk Korea Selatan.

Sejak itu, Korea Selatan telah jauh meninggalkan Malaysia di belakang namun itu selepas berlakunya proses pendemokrasian di Korea Selatan pada 1987 yang mana ekonomi Korea Selatan mencapai satu tahap baru dalam inovasi dengan anjakan terakhir, sukar ke dalam ruang ekonomi yang maju, terkeluar daripada “perangkap pendapatan pertengahan” yang mana Malaysia masih bergelut untuk melepaskan diri.

Magnitud perubahan nasib antara Malaysia dan Korea Selatan boleh dilihat daripada data KDNK per kapita untuk kedua-dua negara bagi setengah abad lalu daripada data Bank Dunia dan International Monetary Fund, iaitu:

KDNK Per Kapita (dalam US dollar)

Tahun Malaysia South Korea
1960 299 155
1970 392 279
1980 1,769 1,689
1990 2,374 6,308
2000 3,992 11,347
2010 8,737 20,540
2012 10,578 23,021

Dalam setengah abad daripada tahun1960 sehingga 2012, KDNK Malaysia per kapita meningkat 35 kali ganda, sangat kecil berbanding peningkatan 148.5 ganda KDNK per kapita Korea Selatan waktu itu.

Pengajaran yang Malaysia perlu ambil dari Korea Selatan ialah bahawa negara itu tidak mungkin dapat keluar daripada “perangkap pendapatan sederhana” dan menjadi lebih inovatif dan berdaya saing tanpa proses pendemokrasian yang bermakna.

Sejak 1987, Korea Selatan telah melalui dua peralihan kuasa yang aman dan berjaya melalui peti undi diantara dua perikatan politik apabila calon Oposisi memenangi pilihan raya presiden menewaskan calon perikatan pemerintah – pertama kalinya pada 1998 di bawah Kim Dae-jung dan kedua di bawah Lee Myung-bak pada 2007.

Bolehkah Malaysia mengambil langkah pertama untuk proses pendemokrasian dalam pilihan raya ke-13 lalu mewujudkan peralihan kuasa dengan memindahkan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dari UMNO/Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat?

Dua puluh tiga tahun lalu, Tunku telah berkempen untuk DAP dan Gagasan Rakyat dalam pilihan raya umum 1990, berharap mewujudkan penggiliran kuasa dari UMNO/BN kepada Gagasan Rakyat dan memperkenalkan sistem dua perikatan di Malaysia.

Saya masih ingat Bapa Malaysia yang berusia 87 tahun bertegas mahu berkempen untuk DAP dan Gagasan Raktyat serta berucap pada dewan masyarakat Batu Lanchang di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1990 meskipun tidak begitu sihat.

Cara terbaik untuk memperingati Tunku pada ulangtahun kelahirannya yang ke-110 adalah dengan memenuhi impian dan kehendaknya pada pilihan raya umum 1990 dalam PRU13 untuk memperkenalkan sistem dua perikatan dan meletakkan asas demokrasi yang kukuh untuk Malaysia mencapai satu tahap baru perkembangan ekonomi dan pembangunan dengan melakukan perubahan politik dan demokratik pertama dalam tempoh 56 tahun.

Hanya pada waktu itu Malaysia boleh mula merapatkan jurang dengan Korea Selatan dalam semua bidang usaha.

Tidak akan ada cara yang lebih baik untuk meninggalkan kesan pada Tahun Baru Cina 2013.

Saya mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia selamat menyambut Tahun Baru Cina.

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/iGE6t

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.