Pengiraan Detik 70 Hari ke PRU13 – Adakah Najib akan menjadi Perdana Menteri terakhir UMNO?


“Najib tidak akan menjadi perdana menteri terakhir Umno”, begitulah kata seorang pemimpin lama Umno Tan Sri Abdullah Ahmad di Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 yang dianjurkan oleh Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas tidak mermpunyai keyakinan dan rasa optimis Abdullah, jika tidak tentu beliau telah memanggil untuk pilihan raya umum dan bukannya berbolak-balik dengan ragu-ragu dan tidak yakin sejak dua tahun lalu, memberkannya reputasi sebagai Perdana Menteri Berubah-Ubah lebih teruk berbanding perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah.

Begitu juga Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman yang memberitahu pertubuhan Cina Kulai kurang daripada tiga minggu lalu bahawa Pakatan Rakyat boleh menawan Putrjaya dalam PRU13 walaupun beliau memberi amaran bahawa paling banyak PR boleh menang cuma majoriti tipis 5% hingga 10% kerusi parlimen – iaitu majoriti daripada 12 hingga 22 kerusi parlimen.

Dan juga manusia berkuasa di dalam UMNO/BN, Tun Mahathir, yang kelihatan semakin pesimis tentang peluang UMNO menawan Putrajaya dalam PRU13, membuatkannya menyeru pengundi Malaysia menyokong “syaitan yang dikenali bukannya malaikat yang tidak dikenali”, dan baru-baru ini membuat kenyataan yang lebih semberono dan terdesak seperti:

  • tuduhan tidak berasas beliau bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat at Stadium Merdeka (KL112) yang aman dan berjaya dengan kehadiran 100,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan tempat adalah cubaan menggulingkan melalui jalan keganasan kerajaan UMNO/BN yang dipilih rakyat.
  • tuduhan tidak berasas beliau bahawa Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman sebelum Merdeka pada 1957 telah memberikan kewarganegaraan kepada satu juta bukan Melayu yang tidak layak dalam cubaanya untuk menjustifikasikan penipuan “kewarganegaraan untuk undi” dalam Projek M di Sabah, malah mencadangkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu Tunku Abdul Rahman dan kewarganegaraan satu juta bukan Melayu sebelum Merdeka.

Bagaimanapun, walaupun terdapat keraguan dan kurang keyakinan kepimpinan UMNO/BN mempertahankan Putrajaya dalam PRU13, tidak ada keraguan lagi bahawa pemimpin dan propagandis UMNO/BN telah memulakan kempen yang telah terlebih pacu dalam media perdana dan media sosial untuk memberikan gambaran bahawa mereka memiliki keyakinan besar bukan saja untuk menewaskan Pakatan Rakyat dalam PRU13 tetapi juga menang besar dengan memperoleh majoriti dua pertiga parlimen.

Akan tetapi seperti yang diketahui Perdana Menteri, sama ada Najib akan menjadi perdana menteri terakhir UMNO adalah masih tidak pasti dan belum diputuskan – dan ia tidak akan ditentukan oleh kepimpinan Umno tetapi oleh 13 juta pengundi Malaysia dalam PRU13.

Tidak diragui lagi isu menonjol yang akan ditentukan dalam PRU13 adalah sama ada Najib merupakan Perdana Menteri UMNO yang membawa pengakhiran kerajaan UMNO/BN selepas 55 tahun selepas Merdeka – membebaskan Malaysia daripada penguasaan UMNO dan menetapkan demokrasi normal yang mana pengundi boleh memilih kerajaan Persekutuan yang mereka mahu melalui peti undi ketika pilihan raya umum.

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/4nZa6

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.