Pengiraan Detik 69 Hari ke PRU13 – Mahathirisme kembali lagi dengan kengerian dan kejahatan


Mahathirsime kembali lagi, dengan kengerian dan kebinatangan bersamanya.

Manifestasi terkini kembalinya Mahathirisme adalah melalui tuduhan liar di dalam politik Malaysia – bahawa pemimpin Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang sebenar di dalam penipuan “kewarganegaraan untuk undi” di Sabah pada tahun sembilan puluhan yang dikenali sebagai “Projek M”.

Bilakah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mula menyedari yang Anwar merupakan dalang projek yang dinamakan “Projek M” sempena namanya?

Jelas bukan pada 16 Januari, 2013 apabila pendedahan di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah terhadap pendatang tanpa izin melibatkan dua orang kanan Mahathir, bekas Timbalan Menteri Dalam negeri, Megat Junid Megat Ayub dan bekas Setiausaha Politik Abdul Aziz Shamsuddin dalam penipuan “Projek M” dari tahun 1990 – 1995 yang mengeluarkan beratus ribu kad pengenalan biru palsu dan surat pengesahan surat beranak sebagai tukaran untuk undi kepada pendatang tanpa izin.

Bukan juga pada hari berikutnya pada 17 Januari apabila buat pertama kalinya dalam dua dekad Mahathir secara terbuka mengakui kewujudan “Projek M” tetapi mempertahankannya sebagai mengikut undang-undang berdasarkan hujah pendatang tanpa izin Filipina boleh berbahasa Melayu dan “mempunyai hak untuk menjadi warga negara”, sambil melemparkan penghinaan kepada nama baik Tunku Abdul Rahman dengan menuduh Bapa Malaysia telah melakukan perkara yang lebih buruk kerana memberikan kewarganegaraan kepada satu juta orang yang tidak layak sebelum Merdeka, rungutan yang tiada siapa menjadikannya satu isu.

Bukan juga untuk dua minggu selepas itu sehiggalah 31 Januari apabila Mahathir tiba-tiba mengumumkan bahawa Anwar merupakan dalang sebenar “Projek M” yang bertanggungjawab terhadap penipuan “kewarganegaraan untuk undi” di Sabah, walaupun mengakui tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya.

Bagaimana Mahathir mendakwa “Projek M” mungkin terjadi “tanpa sebarang pengetahuan dan arahan dari atas” apabila secara terbuka beliau mengakui kewujudannya dan mengakui terlibat pada 17 Januari, bukan sahaja menjustifikasikan tindakan itu dengan alasan pendatang itu berbahasa Melayu, tetapi turut mendakwa bahawa beliau tidak melakukan lebih teruk berbanding Tunku apabila menuduh secara bohong bahawa Bapa Malaysia telah memberikan satu juta kewarganegaraan sebelum Merdeka kepada bukan Melayu yang tidak layak?

Kewibawaan apa yang ada pada tuduhan Mahathir semalam menyalahkan Anwar mendalangi “Projek M” apabila dua personaliti utama “dari atas” di dalam penipuan “Projek M” merupakan orang kanan beliau sendiri dan bukannya Anwar – iaitu Megat Junid dan Aziz Shamsuddin?

Siapa yang akan meragui bahawa jika Anwar adalah dalang sebenar penipuan “kewarganegaraan untuk undi”, Mahathir tentu telah mendakwa Anwar di mahkamah atau secara terbuka menuduhnya melakukan pengkhinatan dalam usahanya selama berdekad untuk menghapuskan peluang politik Anwar, dan tidak akan lupa atau terlepas pandang tentangnya untuk 15 tahun kemudian secara tiba-tiba teringat atau mengetahuinya semalam yang Anwar dan bukan dirinya disebalik penipuan “Projek M”?

Sebenarnya, sekiranya Anwar merupakan dalang sebenar penipuan “kewarganegaraan untuk undi” di Sabah, ia tentu akan dikenali sebagai “Projek A” bukannya “Projek M”.

Apa yang rakyat Malaysia sedang lihat adalah Mahathir yang Machiavelli dalam bentuk penuh.

Anwar telah menafikan sebarang peranan di dalam Projek M atau Projek IC di Sabah, menyatakan bahawa perkara ini tidak pernah dibawa ke Kabinet dan beliau tidak pernah mempengerusi atau hadir pada mesyuarat tentangnya. Beliau telah mengulangi bahawa beliau bersedia memberikan keterangan di RCI berkenaan pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Anwar menuduh Mahathir bertanggungjawab untuk pasukan petugas yang bertanggungjawab ke atas kewarganegaraan yang diberikan kepada pendatang.
Beliau juga mendakwa perbuatan itu berterusan dan mencadangkan RCI turut memanggil Perdana Menteri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi juga.

Apa yang rakyat Malaysia dan rakyat Sabah mahukan adalah supaya Anwar, Najib dan dua lagi mantan Perdana Menteri, Mahathir dan Abdullah, semua memberikan keterangan pada RCI.

Anwar telah mengisytiharkan kesediaannya untuk tampil di RCI. Adakah Najib, Mahathir dan Abdullah bersedia untuk mengisytihar secara terbuka kesediaan mereka untuk hadir pada RCI bagi membolehkan pendengaran awam kepada mereka berempat sebagai keutamaan tertinggi RCI supaya dapat memastikan siapa antara mereka berempat telah melakukan pengkhianatan terhadap negara?

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/xRwoV

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.