Pengiraan Detik 92 Hari ke PRU13 – Tiada maknanya Malaysia sebagai “negara paling selamat di Asia Tenggara” apabila rakyat Malaysia hidup dalam kebimbangan dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi


Berikut adalah apa yang ditulis di blog oleh seorang pegawai editorial media perdana (BN MSM) terpenting Barisan Nasional semalam:

“Mengapa semua penjenayah ini masih merompak dan mencederakan orang ramai di lampu isyarat, di rumah mereka dan di mana-mana pun?

“Mengapa mereka begitu berani?

“Biar saya beritahu mengapa – kerana MEREKA DAPAT MELEPASKAN DIRI dan TIADA SIAPA MENGHENTIKAN ATAU MAMPU MENGHENTIKAN MEREKA…atau MAHU MENGHENTIKAN MEREKA.

“Sejujurnya – saya hidup di dalam ketakutan. Keluar saya hidup dalam ketakutan dan bukan kami sahaja merasakan begitu.

“Bukan hanya penduduk kawasan perumahan takut diserang pada bila-bila masa.

“Orang…orang yang memandu di dalam kereta mereka…orang yang berjalan kaki…

“Anda takut apabila tiba di depan pintu rumah anda – kalau-kalau ada yang mengekori anda atau menunggu untuk bertindak.

“Anda penuh dengan ketakutan.

“Di Seksyen 16 PJ di mana adik perempuan saya dan keluarganya tinggal, penduduk hampir semua rumah sepanjang jalan sekelilingnya, pernah diserang dengan pelbagai keadaan.

“Laporan polis telah dibuat…akan tetapi…serangan itu tidak berkurangan.

“Saya mahu bertanya polis – apakah yang dilakukan oleh pegawai polis untuk mencegah/menghalang penjenayah-penjenayah ini daripada kejahatan-kejahatan mereka?

“Maksud saya, benar-benar serius menghalang mereka…

“Ya ya ya…mereka telah membeli lebih banyak motosikal untuk anggota polis meronda di atas jalan…keterlihatan tidak membantu mengurangkan jenayah.

“Tetapi, serangan jahat ini berterusan dan ia terjadi ketika anggota polis tiada di sekitar.

“Biar saya tanya – berapa ramai penjenaya-penjenayah ini pernah dicekup?

“Anda rasakan ancaman serangan berhampiran atau di rumah anda, anda rasa tidak selamat di luar rumah anda. Anda rasa tidak selamat di mana-mana jua. Tiada tempat yang selamat…

“Keluar cuma dengan kereta tidak lagi selamat. Anda bimbang ketika anda sampai ke lampu isyarat. Anda bimbang ketika anda menyeberang jalan.”

Pegawai editorial BN MSM menulis di dalam blog sebagai respon kepada jenayah kejam yang dilaporkan New Straits Times (ms 13) semalam “Attacked and robbed on busy street – Traumatic: Woman in car punched and left unconscious but no one came to couple’s aid” berkenaan bekas juruterbang Air Asia, Kapten Gurcharan Singh Sidhu dan isteri beliau Datin Arunee Dee yang diserang di dalam kereta mereka di sebuah lampi isyarat di jalan P. Ramlee di Kuala Lumpur pada petang Ahad dan dirompak oleh dia orang lelaki menaiki motosikal.

Akan tetapi tidak ada pengakhiran atau terhentinya jenayah kejam ini kerana hari ini New Straits Times membawa satu lagi laporan “Foreigner loses RM35,000 to snatch thieves – IN SHOCK: Mother of two was at a traffic light junction when 6 men on motorcycles attacked” (ms. 27), tentang seorang warga Australia yang mengandung terkejut apabila tingkap keretanya dipecah dan beg tangannya diragut ketika beliau sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran Bandar Utama di Petaling Jaya pada pagi Selasa.

Seperti yang pegawai editorial BN MSM menulis di dalam blog semalam:

“Ini semua amat menyedihkan kerana kisah lama yang sama diulang dan diulang…dan jenayah seperti ini berlaku di banyak lokasi sekitar Lembah Klang, terutamanya berhampiran simpang dengan lampu isyarat…

“Putus harapan melihat kawasan kejiranan semua ada penjaga

“Ini tidak normal langsung.

“Ketakutan sebegini tidak normal langsung.

“Ini merupakan masa yang kritikal. Masa yang berbahaya.”

Tiada maknanya pemimpin Barisan Nasional, sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri untuk bercakap besar tentang pencapaian pelbagai program transformasi dan Malaysia menjadi “kesayangan para pelabur” kerana Malaysia dikenali sebagai negara paling selamat di dalam Southeast Asia under the Global Peace Index (GPI) 2011 dan 2012 apabila rakyat Malaysia biasa hidup dalam ketakutan.

Keadaan yang menyedihkan di mana rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan berpunca daripada jenayah yang semakin menjadi-jadi tidak boleh diteruskan lagi – satu lagi sebab kukuh mengapa perlunya pertukaran kerajaan persekutuan di Putrajaya dalam PRU13.

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/TjNZh

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.