Pengiraan Detik 90 Hari PRU13 – Biar Najib buktikan keikhlasannya mahukan Malaysia memulakan langkah menjadi “demokrasi terbaik negara” dengan memastikan pengurusan yang aman dan bersejarah Himpunan Kebangkitan Rakyat at Stadium Merdeka 112 esok.


Petang semalam, sewaktu dalam perjalanan ke Pontian untuk melancarkan pusat operasi PRU12 DAP Tanjong Piai, saya twit perkara berikut:

“PR to give full co-operation. Call on all Malaysians to make 112 historic day http://m.malaysiakini.com/news/218605 Police aim for ‘zero casualties’ at weekend rally Mkini”

Saya menyatakannya selepas saya membaca laporan bahawa Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Ramli Mohamed Yoosuf telah mengisytiharkan pada taklimat media di Bukit Aman bahawa meskipun terdapat kecelakaan yang berlaku di dalam perhimpunan dan protes sebelumnya, pihak polis mensasarkan “kecelakaan sifar” pada perhimpunan esok.

Ramli menekankan bahawa keselamatan adalah keutamaan polis, polis memandang serius berkenaan keselamatan semua orang dan perkara ini turut telah dibincangkan semasa mesyuarat di antara ketua polis negara dan pihak penganjur beberapa hari lalu.

Ketika mesyuarat Selasa lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemimpin Pakatan Rakyat bahawa beliau mahu perhimpunan 12 Januari menjadi “peristiwa bersejarah di mana mereka belajar dari peristiwa lepas” dan memberikan jaminan bahawa pihak polis akan hanya memainkan peranan menguruskan ketika perhimpunan yang dijangka berlangsung di Stadium Merdeka.

Maka amat mengejutkan apabila kemudiannya pada sebelah petang, terdapatnya laporan bahawa polis melakukan “pusingan” apabila Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Salleh mengeluarkan kenyataan akhbar, menginginkan Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di Stadium National Bukit Jalil bukannya Stadium Merdeka.

Ini jelas sekali kesan daripada campurtangan politik ke atas urusan polis oleh pemimpin politik dan ini tidak boleh diterima, melihatkan permintaan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan UMNO bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya diadakan di National Bukit Jalil dan bukannya Stadium Merdeka.

Saya gembira yang kebaikan akhirnya berjaya dan perhimpunan esok akan diadakan di Stadium Merdeka seperti mana yang telah dipersetujui dengan pihak polis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya memastikan bahawa tiada campurtangan politik sama ada oleh Menteri Dalam Negeri, Ketua Penerangan UMNO atau lain-lain penggerak politik daripada mengekang Ketua Polis Negara untuk memastikan perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat esok aman dan berjaya dari sudut hak asasi manusia dan demokrasi serta “detik bersejarah” yang mana polis kembali memperoleh keyakinan awam dan kecekapan, kebebasan dan profesionalisme dalam menegakkan undang-undang dan demokrasi, bukan menjadi agen ahli politik pemerintah bagi mempertahankan rejim sekarang.

Tinjauan pandangan awam terhadap populariti Perdana Menteri yang dijalankan Merdeka Center sepanjang dua minggu terakhir tahun lepas dan didedahkan kepada umum semalam menunjukkan bahawa populariti Najib jatuh dua mata kepada 63 peratus berbanding tahun lepas.

Ini merupakan populariti Najib terendah untuk sepanjang tahun lepas berubah-ubah dari 69% pada bulan Februari dan April kepada 65% pada bulan Mei, 64% pada bulan Jun dan 65% pada bulan Oktober.

Kedudukan populariti Najib tahun lepas jatuh ke tahap paling rendah 65% pada bulan Mei dan 64% pada bulan Jun selepas bencana dalam perhubungan awam melibatkan keganasan polis dan kerajaan dalam menguruskan perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April, ketika garam, botol air malahan telefon bimbit dianggap sebagai “senjata pemusnah” untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Begitu juga, pada tahun 2011, kedudukan populariti Najib menjunam kepada paras terendah bagi tahun itu, iaitu 59%, selepas polis menggunakan kekerasan, keganasan dan kezaliman berlebihan semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Sekiranya perhimpunan aman dan demokratik “Himpunan Kebangkitan Rakyat” di Stadium Merdeka esok menyertai perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sebagao “titik hitam” ketiga pemerintahan Najib, Najib sepatutnya menjangkakan popularitinya menjunam ke dasar paling bawah dalam tempoh empat tahun menjadi Perdana Menteri – lebih rendah daripada populariti corot 45% ketika beliau mula menyandang jawatan Perdana Menteri pada April 2009.

Dalam situasi sebegitu, tiada siapa percaya bahawa Najib dapat pulih daripada hentaman politik sedemikian bagi menyelamatkannya dan Barisan Nasional di dalam pilihan raya umum yang bakal menjelang dan perlu diadakan pada bulan Mac.

Biar Najib buktikan keikhlasannya mahukan Malaysia memulakan langkah menjadi “demokrasi terbaik dunia” dengan memastikan pengurusan yang aman dan bersejarah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka esok.

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.