Kalau Dr M sokong Najib…


By Aspan Alias
September 08, 2012 | The Malaysian Insider

Cebisan fakta yang saya tulis tentang Umno sejak dua hari yang lepas, susah untuk Umno memahaminya. Dalam Umno hanya seorang sahaja ahli yang bekerja keras, iaitu Najib, Presidennya sekarang. Penjelajahan Najib keseluruh negara telah membelanjakan wang rakyat ratusan juta ringgit. Di sini Umno juga terlupa yang rakyat sedang memerhatikan tindakan pimpinan Umno dalam usaha mendapatkan mandat dalam PRU kali ini. Akhir-akhir ini Dr Mahthir sahaja yang keluar untuk menyokong Najib habis-habisan seorang sahabat saya berseloroh, “sokongan Mahathir itu ada makna tu!”

Dalam dua posting saya yang terdahulu, saya telah melepaskan apa yang ada tersimpan di dalam jiwa saya dan orang-orang yang sama pemikiran seperti saya memahaminya. Seperti biasa orang-orang Umno tidak akan faham sampai bila-bila.

Dalam keadaan yang tidak menentu Umno sendiri tidak dapat meyakinkan partinya sendiri yang mereka akan berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya. Dr Mahathir kali ini bekerja keras untuk mempertahankan Umno, parti yang beliau tubuhkan dan juga parti yang beliau sendiri mengakui sebagai sebuah pertubuhan yang telah busuk sampai ke ususnya.

Hasil dari warisan pimpinan Umno yang begitu lemah oleh Dr Mahathir, rakyat tidak lagi memberikan penghormatan yang tinggi kepada parti itu lagi. Di sinilah kegagalan Dr Mahathir kerana semasa beliau berkuasa beliau tidak pernah memikirkan nasib masa depan Umno itu sendiri. Beliau terlalu tertumpu untuk menguatkan kekuatan peribadi beliau dan mengorbankan masa depan partinya. Beliau sendiri tidak dapat menerima kenyataan yang pimpinan negara mesti dibentuk dan dibina.

Justeru apabila beliau meletakkan jawatan maka yang ada di keliling beliau hanyalah kumpulan pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin. Terlalu “engrossed” untuk memperkuatkan kekuatan peribadi beliau maka partinya secara tidak di sedari telah menghadapi “vacuum” kepimpinan yang serius. Maka Pak Lah lah yang beliau lantik untuk menggantikan beliau berdasarkan kepada kenyataan yang Pak Lah merupakan Naib Presiden yang tertinggi semasa itu.

Semalam Dr Mahathir mengaku kesilapan kerana memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau. Kalau kita hendak tuai apa yang terbit, kata-kata Dr Mahathir kebenaran. Pak Lah kepada beliau merupakan pilihan yang salah. Dr Mahathir sedang mengalih dan menganjakkan semua kesalahan beliau kepada Pak Lah. Mentang-mentanglah Pak Lah tidak menjawab kerana beliau tidak mahu lagi menyibuk setelah beliau bersara.

Kalau Dr Mahathir tidak melantik Pak Lah semasa beliau bersara siapa pula yang sepatutnya mengambilalih beliau? Kalaulah beliau memilih Najib semasa itu, ramai merasakan yang keadaan sekarang akan lebih teruk dari sekarang. Jadi kenyataan Dr Mahathir yang beliau melakukan kesalahan kerana memilih Pak Lah untuk menggantikan beliau itu amat “personal” dan nampak sangat dendam kesumat beliau terhadap penggantinya itu.

Dr Mahathir tidak menyedari selembut-lembut Pak Lah, beliau adalah seorang yang degil dan sangkaan Dr Mahathir yang Pak Lah akan membenarkan beliau (Dr Mahathir) masuk campur dalam pentadbirannya adalah salah. Dr Mahathir tidak mengenali Pak Lah dengan sebenarnya. Walaupun Pak Lah itu seorang yang lembut, tetapi lembut beliau bukan untuk di sudu. Kalau Pak Lah itu keras orangnya, keras beliau itu bukan untuk di takek. Oleh kerana Pak Lah tidak membenarkan Dr Mahathir untuk menyudu atau menakek beliau (Pak Lah), maka Dr Mahathir kecewa dan mula membidas Pak Lah “without mercy”. Kalaulah Pak Lah membenarkan Dr Mahathir masuk campur seperti Najib sekarang ini Dr Mahathir tidak akan mengkritik Pak Lah sedemikian rupa.

Menyalahkan Pak Lah seratus peratus adalah tidak rasional untuk Dr Mahathir melakukannya. Kecelaruan negara kita bukan di mulakan oleh Pak Lah. Ia bermula dari Dr Mahathir lagi. Pengakuan Dr Mahathir yang beliau selalu salah memilih penggantinya itu adalah benar. Musa adalah lantikan beliau, Ghafar Baba pun lantikan beliau. Selepas Ghafar, Anwar Ibrahim pula dan selepas Anwar, Pak Lah. Semua lantikan beliau akhirnya tidak bersesuaian dengan beliau (Dr Mahathir). Kalau beliau tidak suai dengan semua pihak, maka Dr Mahathir mesti melakukan introspeksi dirinya sendiri.

Sesungguhnya yang membuatkan beliau tidak bersesuaian dengan semua timbalan atau pengganti beliau itu sudah cukup membuktikan Dr Mahathir memang tidak boleh bersesuaian dengan semua orang terutamanya mereka yang mempunyai pengaruh yang Dr Mahathir takuti. Itu sahaja yang boleh membuktikan kenyataan ini.

Sekarang timbul satu persoalan lagi terhadap Dr Mahathir. Jika semua orang yang di sokongnya akhirnya terbukti yang itu merupakan kesilapan Dr Mahathir memilihnya, apa pula alasan untuk kita yakini yang pilihan beliau untuk menyokong Najib untuk terus menjadi pemimpin nombor satu negara itu adalah tindakan yang tepat untuk beliau.

Bagi saya, jika lantikan beliau dahulu tidak seorang pun yang bersesuaian untuk negara, saya juga menjangka yang suatu hari Dr Mahathir akan bertelagah dengan Najib. Dr Mahathir akan bergaduh dengan Najib seperti beliau bergaduh dengan Pak Lah jika Najib tidak memberikan keistimewaan terhadap anakandanya yang bernama Mukhriz untuk menjadi pemimpin negara di masa depan.

Tindakan Dr Mahathir semuanya bersandarkan kepada politik peribadi dan keluarga beliau. Itulah sebabnya rakyat tidak mahu memberikan sokongan kepada Dr Mahathir kerana rakyat sudah berfikir dan mereka tidak mahu lagi di laga-lagakan oleh Dr Mahathir kerana Dr Mahathir hanya bertindak untuk kepentingan beliau dan keluarga beliau sahaja.

Tindakan Dr Mahathir dengan sukarela melakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepada penyelia kemas atau pegawai penerangan khas jabatan penerangan memang tidak ada siapa yang mengagaknya akan berlaku. Kita memilih untuk menyakinkan diri kita yang Dr Mahathir akan menjadi seorang negarawan besar negara, tetapi tindakan beliau sekarang telah menjatuhkan martabat beliau ketahap penolong kepada Ahmad Maslan sahaja.

Pendeknya kita memang sudah bersetuju kepada satu formula baru dalam memilih seseorang pemimpin. Formulanya senang sahaja. Formulnya ialah, kita jangan menyokong sesiapa yang di sokong oleh Dr Mahathir, kerana sesiapa yang di sokong oleh Dr Mahathir suatu hari nanti akan menjadi pemimpin yang lemah dan kurang kegunaan dan faedah untuk negara.

Seperti yang kita dengar akhir-akhir ini Dr Mahathir sedang menyokong Najib dan kumpulannya. Apabila itu pilihan Dr Mahathir maka benarlah tindakan ramai rakyat menolak pilihan Dr Mahathir kerana tidak seorang pun yang di sokong oleh Dr Mahathir itu tidak menghadapi masalah. Baik Musa, Ghafar, Anwar dan Abdullah semuanya bermasalah.

Kalau kita ikut kehendak Dr Mahathir untuk menyokong Najib, ia bermakna kita menyokong calon yang salah seperti yang terbukti dengan pewaris-pewaris kepimpinan Dr M yang lalu. Ini merupakan satu kebenaran dan Dr Mahathir sendiri mengakuinya semalam. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by Bigjoe on Saturday, 8 September 2012 - 11:06 am

    Actually very true, the praising of Najib by Dr. M is actually a prelude before getting rid of him..The more Dr. M praise him, the more you know he is upset with him…

    Mahathir’s blaming Pak Lah has long gone into just vindictiveness but the worst, now his seething anger to Najib is EVEN MORE DYSFUNCTIONAL- he created Najib and he is angry at his own creation.. How irrational is that?

  2. #2 by sheriff singh on Saturday, 8 September 2012 - 12:07 pm

    Mahathir pura-pura ‘sokong’ Najib. Sabenarnya Mahathir ada-lah ‘dalang’ yang mengawali Najib i.e. dia puppet-master-lah.

    Ape itu Najib? Dia tak ada ‘focus’ dan tergagap-gagap sahaja. Ini pemimpin kah?

  3. #3 by Kampong Orang on Saturday, 8 September 2012 - 1:14 pm

    Mengapah Taib belum dimasuk lokap? Dimana US$888 billion yang dibawa keluar negara secara haram?

    Bawa balik harta2 berbilion RM yang dipunyai Taib di luar negara.

    Mana keadilan untuk membunuh Teoh Beng Hock dan other?

    What about this:
    French defense giant said substantial amounts of money had to be channeled to UMNO
    http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=137&Itemid=133

  4. #4 by son of perpaduan on Saturday, 8 September 2012 - 6:39 pm

    Mengikut hukuman zaman emperor di China, dosa-dosa Dr Mahathir akan di hukum dengan di-ikat lima bahagian tubuh bersama lima ekor kuda berlainan arah dan kemudian lepaskan sebatan rotan keatas lima ekor kuda itu.

  5. #5 by son of perpaduan on Saturday, 8 September 2012 - 6:41 pm

    Hukuman keatas menteri lain seperti Taib dan lain-lain ialah pancung kepala.

  6. #6 by ENDANGERED HORNBILL on Sunday, 9 September 2012 - 9:20 am

    Begitu kasihan.

    Warisan Mahathir ini serupa kencing lembu sekarang.

    Saya agak Semi Value akan ucapkan…podahlah.

  7. #7 by Loh on Sunday, 9 September 2012 - 9:58 am

    Mamakthir sokong Najib to get back the PM position so that he can continue to be backseat driver.

You must be logged in to post a comment.