Meminta Kerajaan menyiasat tuduhan rasuah terhadap Peguam Negara dan mengapa laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak dibentangkan di Parlimen walaupun Bajet 2012 telah dibentangkan


Yang Berhomat Ipoh Timur meminta Kerajaan menyiasat tuduhan rasuah terhadap Peguam Negara yang dilemparkan oleh bekas Ketua CID Kuala Lumpur, Dato’ Mat Zain Ibrahim yang dibuat melalui surat terbuka.

Jawapan Bertulis YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa Menggulung Perbahasan Bajet 2012 (Peringkat Dasar) di Dewan Rakyat pada 24 Oktober 2011

Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini telah pun diperjelaskan oleh saya pada 14 Disember 2010 di Dewan Yang Mulia ini.

Ahli Panel Bebas yang terdiri daripada Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Datuk Wira Mohd. Noor Ahmad, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Datuk Mohd. Noor Abdullah, mantan Hakim Mahkamah Rayuan mendapati tiada kes ke atas Peguam Negara dengan majority 2-1.

*****

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Pokok Sena ingin mengetahui kenapa laporan Ketua Audit Negara 2010 belum dibentangkan di Parlimen walaupun Bajet 2012 telah dibentangkan.

Jawapan Bertulis YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa Menggulung Perbahasan Bajet 2012 (Peringkat Dasar) di Dewan Rakyat pada 24 Oktober 2011

Untuk makluman Yang Berhormat, tidak ada peraturan yang menetapkan Laporan Ketua Audit Negara perlu dibentang pada hari yang sama dengan pembentangan bajet. Sejak tahun 2010, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet bagi membolehkan kedua-dua perkara mendapat liputan yang saksama untuk semua pihak. Laporan Ketua Audit Negara bagi tahu 2010 telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia pada hari ini bersekali dengan laporan maklum balas yang disediakan oleh Perbendaharaan Malaysia.

  1. #1 by tak tahan on Tuesday, 1 November 2011 - 12:49 pm

    Apa la ni?Macam takda jawapan langsung dari si badut ni.Budak budak pun tau jawap macam ni mah,bodoh!

You must be logged in to post a comment.