Malaysians will welcome a New Year in less than ten days.
2023 had been the worst year in the last five years because of untrammelled exploitation of the 2R issues of race and religion for political reasons.
Can we look forward to 2024 to a year where the 2R issues ceased to be exploited to the full for political advancement of individuals and political parties but instead all national efforts and energies are focused on making Malaysia a great world-class nation?
For its first nine months, the Anwar unity government fought for its life, as Perikatan Nasional (PN) turned 2023 into the worst of the last five years where the 2R issues of race and religion were exploited to the full for political ends.
The Malays and Muslims in the country came under the intense and continuous pressure that they were facing a last battle to avoid extinction of race and religion and loss of country, and for the first time in Malaysia, the social media was fully exploited to spread lies, falsehoods, fake news, and hate speech to cause unprecedented polarisation of race and religion in multi-ethnic, multi-religious, multi-cultural, and multi-civilisation Malaysia.
The six state general elections in August was a crucial test of survival for the Anwar unity government, as the PN was confident of winning Selangor or Negeri Sembilan state government, but when this did not materialize, it represented the high water mark of the Green Wave triggered by the PN in the 15th General Election.
PN is in trouble. Although it still talks about replacing the Anwar unity government, the cohesion and credibility of PN have come under increasing test.
Five Bersatu MPs have declared support for the 10th Prime Minister and talk is that more Bersatu MPs are to follow suit.
The first year after the 15th General Election have also shown up the weaknesses and fragility of PAS electoral success, in particular:
- The thundering silence of the PAS President, Hadi Awang to challenges to substantiate his wild and preposterous allegations that DAP and I were anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, communist, and spreading Islamophobia;
- The abysmal failure of the PAS leadership, whether national leaders or MPs, to demonstrate that they do not abuse the social media to spread lies, falsehoods, fake news, and hate speech in the pursuit of their political goals;
- The shocking example of the PAS MP for Kepala Batas, Siti Mastura Muhamad, who was not only media illiterate but cannot different between truth and falsehood, right and wrong, although she is a PhD holder — reflecting the deplorable level our education system has fallen.
The four states run by PAS and PN are also the poorest in Malaysia, as shown by the following data from the Department of Statistics:
2022 GDP Per Capita (RM) | Percentage of Malaysian Average | |
---|---|---|
Kuala Lumpur | 127,199 | 231.7 |
Labuan | 81,652 | 148.9 |
Sarawak | 80,857 | 147.4 |
Penang | 69,684 | 127.1 |
Selangor | 59,908 | 109.3 |
Malacca | 50,407 | 91.9 |
Negeri Sembilan | 49,804 | 90.9 |
Pahang | 47,177 | 86.1 |
Johor | 41,058 | 75.0 |
Perak | 36,924 | 67.3 |
Sabah | 36,020 | 65.7 |
Terengganu | 32,199 | 58.7 |
Kedah | 25,967 | 47.4 |
Perlis | 23,126 | 42.1 |
Kelantan | 16,567 | 30.3 |
Malaysia | 54,863 |
When Malaysia achieved independence in 1957, Kelantan’s GDP per capita was about half that of Malaysia. After over three decades of PAS rule, Kelantan GDP per capita has fallen to less than one-third of Malaysia’s GDP per capita.
I do not think any rational and patriotic Malaysian will want to see Malaysia continue in national decline as in the last quarter of century, instead of become a role model for the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural, and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony and as a great world-class nation as intended by the Malaysian Constitution whether in 1957 or 1963, the Rukun Negara and Vision 2020.
Only Anwar and the political parties in the Unity Government are talking about leading Malaysia into a great future, rising up again to become an example to the world.
Why are the PN leaders of PAS and Bersatu eerily silent on reversing the national decline in the last quarter of a century?
If PN has plans and programmers in making Malaysia as a great world-class nation, they have not been revealed in the last five years.
Let PN of Bersatu and PAS do so now.
Let Malaysians know and judge their plans to make Malaysia a great world-class nation Aagain or confess that they have no plans whatsoever in this regard and their only forte is to exploit the 2R issues of race and religion and to abuse the social media.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Thursday 21st December 2023)
Bolehkah 2024 menjadi tahun pertama di mana isu-isu perkauman dan keagamaan tidak dieksploitasi — lima tahun di mana isu-isu ini telah dieksploit habis-habisan dan mencetuskan ketidakharmonian untuk kepentingan politik?
Rakyat Malaysia akan menyambut kedatangan tahun baru tidak sampai 10 hari dari sekarang.
2023 telah menjadi salah satu tahun terburuk dalam lima tahun yang lepas kerana isu-isu perkauman dan keagamaan telah dieksploitasi habis-habisan atas sebab-sebab politik.
Bolehkah kita berharap untuk tahun 2024 di mana isu-isu ini tidak lagi dieksploitasi demi kepentingan politik mana-mana individu atau parti, sebaliknya seluruh usaha dan tenaga dalam negara ditumpukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dunia?
Dalam sembilan pertama terawalnya, kerajaan perpaduan Anwar bertarung untuk kelangsungan hidupnya, kerana Perikatan Nasional (PN) telah menjadikan tahun 2023 sebagai salah satu tahun terburuk dalam lima tahun yang lepas di mana isu-isu perkauman dan keagamaan dieksploitasi sepenuhnya untuk matlamat politik mereka.
Orang Melayu dan orang Islam dalam negara berhadapan dengan tekanan yang kuat dan berterusan, yang kononnya mereka sedang berhadapan dengan pertarungan akhir untuk mengelakkan kepupusan kaum dan agama, dan kehilangan negara. Untuk kali pertama di Malaysia, media sosial telah dieksploitasi sepenuhnya untuk menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian untuk mencetuskan polarisasi perkauman dan keagamaan dalam masyarakat majmuk berbilang kaum, agama, budaya, dan tamadun di Malaysia.
Enam pilihan raya negeri pada bulan Ogos menjadi satu ujian yang penting untuk kelangsungan kerajaan perpaduan Anwar, kerana PN sangat yakin yang mereka akan menang di Selangor atau Negeri Sembilan. Tetapi apabila perkara ini tidak terjadi, ia menunjukkan kadar sokongan tertinggi Gelombang Hijau yang dicetuskan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
PN kini berada dalam masalah. Walaupun mereka masih bercakap-cakap untuk menggantikan kerajaan perpaduan Anwar, perpaduan dan kredibiliti PN semakin diuji.
Lima orang Ahli Parlimen Bersatu telah mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri ke-10 dan ada ura-ura yang mengatakan lebih ramai Ahli-ahli Parlimen Bersatu akan turut serta mereka.
Tahun pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 juga telah mendedahkan kelemahan dan kerapuhan kejayaan pilihan raya PAS, terutamanya:
Kegagalan Presiden PAS, Hadi Awang, untuk menjawab cabaran yang dilontarkan kepadanya untuk membuktikan tuduhan liar dan tidak masuk akalnya yang kononnya saya dan DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan mempromosikan Islamofobia;
Kegagalan pimpinan PAS, sama ada pimpinan kebangsaan atau Ahli-ahli Parlimen mereka, untuk menunjukkan yang mereka tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian dalam mengejar cita-cita politik mereka; dan
Tauladan buruk yang mengejutkan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen PAS Kepala Batas, Siti Mastura Mohamad, yang bukan sahaja buta media, tetapi juga gagal untuk membezakan di antara kebenaran dan penipuan, dan membezakan di antara perkara yang betul dengan yang salah, walaupun dia memegang ijazah doktor falsafah — menunjukkan betapa teruk keadaan sistem pendidikan kita telah jatuh.
Empat negeri yang diperintah PAS dan PN adalah negeri-negeri termiskin di Malaysia, seperti yang ditunjukkan oleh maklumat berikut dari Jabatan Statistik:
2022 KDNK Per Kapita (RM) | Peratusan dari Purata Malaysia | |
---|---|---|
Kuala Lumpur | 127,199 | 231.7 |
Labuan | 81,652 | 148.9 |
Sarawak | 80,857 | 147.4 |
Pulau Pinang | 69,684 | 127.1 |
Selangor | 59,908 | 109.3 |
Melaka | 50,407 | 91.9 |
Negeri Sembilan | 49,804 | 90.9 |
Pahang | 47,177 | 86.1 |
Johor | 41,058 | 75.0 |
Perak | 36,924 | 67.3 |
Sabah | 36,020 | 65.7 |
Terengganu | 32,199 | 58.7 |
Kedah | 25,967 | 47.4 |
Perlis | 23,126 | 42.1 |
Kelantan | 16,567 | 30.3 |
Malaysia | 54,863 |
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, KDNK per kapita Kelantan adalah kira-kira separuh dari kadar Malaysia. Selepas lebih dari tiga dekad diperintah PAS, KDNK per kapita Kelantan telah jatuh kepada kurang dari satu pertiga kadar KDNK per kapita Malaysia.
Saya tidak rasa mana-mana rakyat Malaysia yang rasional dan patriotik akan mahu melihat Malaysia terus menunjukkan kemerosotan seperti dalam suku abad yang lepas, sebaliknya kita mahu melihat Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia dan untuk Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia seperti yang diiltizamkan dalam Perlembagaan — 1957 mahupun 1963 — dan Rukun Negara dan Wawasan 2020.
Hanya Anwar dan parti-parti politik dalam Kerajaan Perpaduan yang bercakap mengenai usaha untuk memimpin Malaysia ke sebuah masa depan yang hebat, untuk kita bangkit semula menjadi contoh kepada dunia.
Mengapakah para pemimpin PN dari PAS dan Bersatu sunyi sepi mengenai usaha untuk menghentikan kemerosotan negara dalam suku abad yang lepas ini?
Sekiranya PN ada rancangan dan program untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dunia, mereka masih belum menunjukkan rancangan mereka ini dalam lima tahun yang lepas.
Biarlah PAS dan Bersatu dari PN berbuat demikian sekarang.
Biar rakyat Malaysia dapat tahu dan menilai rancangan mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dunia atau untuk mereka mengakui yang mereka tidak ada apa-apa rancangan mengenai perkara ini dan kekuatan mereka hanyalah untuk memainkan isu-isu perkauman dan keagamaan di media sosial.
(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang, pada hari Jumaat, 22 Disember 2023)