This is one of the rare occasions these days where I agree with the former Prime Minister, Tun Mahathir Mohamad who said yesterday that Malaysia will only have a non-Malay prime minister when the Malays, who make up the majority of the population, are ready to accept one.
I had said that I do not expect a non-Malay, whether a Chinese or Indian, to become Prime Minister for the next 100 years, expressing the hope that it would not take 230 years like the United States for a Black American, Barack Obama, to be President. Maybe it may never happen at all.
But would it take 100 years before a Dayak or Kadazan, to become the Prime Minister of Malaysia?
I agree with what Mahathir said yesterday, although I do not agree with what Mahathir said on the subject in March this year, where he was reported to have said that “Malaysia’s indigenous Malays are losing political influence” and the country may have a non-Malay prime Minister “when the next election comes around”.
He said: “There is no guarantee that the prime minister will be a Malay as anyone can be the prime minister. Even now, the Malay parties in the government are not in power and they are divided into three parties.
“I am sure that if we’re not careful, the next election will come and if the votes get bought off, we’ll elect people who are not good and they will mortgage our country.”
It is most unfortunate that an explanation of the constitutional provision of the Prime Minister in my remarks to Malaysian students in Manchester last month was exploited by irresponsible elements to intensify a sense of fear and insecurity of the Malays about the future which, coupled with an unscrupulous and unprincipled use of lies, falsehoods, fake news, and hate speech in the era of social media, make Malays feel that a non-Malay Prime Minister was imminent.
As Mahathir, when he was the Prime Minister a second time, was the victim of such unscrupulous and unprincipled dirty politics, it is shocking he should give his blessing to such unscrupulous and unprincipled politics now.
It is significant that recent politics have made marked by thunderous silences — the thunderous silence of Muhyiddin Yassin whether Mahathir was subservient to DAP when he was Prime Minister the second time as to justify the Sheraton Move political conspiracy which toppled the second Mahathir premiership and the thunderous silence of Hadi Awang to challenges to substantiate his wild and preposterous allegations that DAP and I were anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, communist, and spreading Islamophobia.
Despite extremist and perverted attacks, I am convinced that Malaysia can only rise up again to become a great world-class nation and be a role model of the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural, and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony if all Malaysians dream the Malaysian Dream, and not separate Malay, Kadazan, Dayak, Chinese, and Indian Dreams.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, 19th December 2023)
Satu kejadian yang jarang berlaku di mana saya bersetuju dengan Mahathir
Ada satu kejadian yang jarang berlaku baru-baru ini, di mana saya bersetuju dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, yang mengatakan semalam yang Malaysia hanya akan ada seorang Perdana Menteri bukan Melayu apabila orang Melayu, yang merupakan majoriti populasi negara, bersedia untuk menerimanya.
Saya telah katakan yang tidak jangka akan ada seorang bukan Melayu, sama ada Cina atau India, untuk menjadi seorang Perdana Menteri dalam 100 tahun yang akan datang, dan saya telah nyatakan harapan saya supaya kita tidak mengambil masa selama 230 tahun seperti Amerika Syarikat sebelum mereka seorang yang berkulit hitam, Barack Obama, sebagai Presiden. Mungkin juga perkara ini tidak akan terjadi langsung.
Tetapi, adakah kita akan melalui 100 tahun juga sebelum seorang Dayak atau Kadazan dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia?
Saya bersetuju dengan Mahathir semalam, walaupun saya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakannya pada bulan Mac mengenai perkara ini, di mana dia dilaporkan sebagai berkata “orang Pribumi Melayu sedang kehilangan pengaruh politik” dan negara kita mungkin akan ada seorang Perdana Menteri bukan Melayu “apabila pilihan raya yang akan datang berlangsung”.
Dia mengatakan: “Tidak ada jaminan yang perdana menteri akan datang dari orang Melayu memandangkan sesiapa pun boleh menjadi perdana menteri. Hari ini pun, parti-parti Melayu dalam kerajaan tidak berkuasa dan mereka berpecah kepada tiga parti.
“Saya pasti sekiranya kita tidak berjaga-jaga, dengan pilihan raya yang akan datang, dan sekiranya undi dibeli, kita akan menyaksikan orang yang tidak bagus diundi dan mereka ini akan menggadaikan negara kita.”
Amat malang sekali apabila penjelasan saya mengenai peruntukan perlembagaan jawatan Perdana Menteri dalam kenyataan saya kepada para pelajar Malaysia di Manchester pada bulan lepas telah dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk terus menanam kebimbangan dan kegusaran dalam kalangan orang Melayu mengenai masa hadapan, yang apabila dikembarkan dengan penyebaran penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian yang tidak berprinsip dan tidak bertanggungjawab dalam era media sosial, membuatkan orang Melayu berasa yang akan ada seorang Perdana Menteri bukan Melayu tidak lama lagi.
Memandangkan Mahathir sendiri, semasa menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, pernah menjadi mangsa politik kotor tidak bertanggungjawab dan tidak berprinsip seperti ini, agak mengejutkan melihat dia memberikan persetujuan untuk tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak berprinsip sebegini sekarang.
Arena politik negara baru-baru ini ditanda dengan pelbagai bentuk kesunyian — kesunyian Muhyiddin Yassin mengenai persoalan sama ada Mahathir tunduk kepada DAP semasa dia menjadi Perdana Menteri buat kali kedua yang dijadikan alasan untuk konspirasi politik Langkah Sheraton yang telah menumbangkan kerajaan kedua Mahathir dan juga kesunyian Hadi Awang terhadap cabaran untuk dia buktikan tuduhan liar dan tidak masuk akalnya yang mengatakan DAP dan saya adalah anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan mempromosikan Islamofobia.
Walaupun dengan pelbagai serangan pelampau yang buruk, saya yakin yang Malaysia hanya akan dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia apabila semua rakyat Malaysia mengimpikan Impian Malaysia yang dikongsi bersama dan bukannya mengimpikan Impian Melayu, Dayak, Kadazan, Cina, atau India.
(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang, pada hari Selasa, 19 Disember 2023)