Question for Muhyiddin: Was Mahathir subservient to DAP when he was Prime Minister the second time for 22 months?


(Versi BM)

Perikatan Nasional chairperson Muhyiddin Yassin said that “DAP’s dominance in the current government could make it possible for a non-Malay to be appointed as the Prime Minster.

Muhyiddin was the Home Minister in the second Mahathir government.

Would he say that Tun Mahathir was subservient to DAP when he was Prime Minister citing instances, and that was the reason for the Sheraton Move political conspiracy which toppled the second Mahathir government?

And why a person who was subservient to DAP when he was Prime Minister for the second time was appointed adviser to the four states of Kelantan,
Terengganu, Kedah, and Perlis?

The instance where Mahathir was cited as subservient to DAP was Mahathir’s speech at the United Nations General Assembly in September 2018.

To use the vocabulary of the PAS President, Hadi Awang, was Mahathir a DAP Gurkha in the 22 months he was Prime Minister of the Pakatan Harapan government from May 2018–February 2020 and had to be toppled by the Sheraton Move political conspiracy?

Hadi had made wild and preposterous allegations against me which he had not been able to substantiate — that DAP and I were anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, communist, and promoting Islamophobia.

Does Muhyiddin agree with Hadi?

Why Muhyiddin met me in a Kuala Lumpur hotel in cloak-and-dagger circumstances in July 2016 and asked me for DAP support for him to be the seventh Prime Minister of Malaysia?

Did I become anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, communist, and spreading Islamophobia when I declined to support him as the seventh Prime Minister of Malaysia as the DAP was committed to Anwar Ibrahim as the Prime Minister candidate?

Would DAP be fully acceptable and nobody would be “dominant” and nobody would be “subservient” if I had supported him as the seventh Prime Minister of Malaysia in 2016?

Was Mahathir acting as DAP’s Gurkha when he announced in his speech at the United Nations General Assembly that Malaysia would ratify all the UN international covenants, which caused Hadi to go on a rampage against the DAP for masterminding the plan to ratify the International Covenant of the Elimination of Racial Discrimination (ICERD)?

In fact, DAP knew nothing about Mahathir’s speech at the UN General Assembly five years ago.

The Foreign Minister at the time is now in Bersatu.

He would be the best person to know whether Mahathir was a DAP Gurkha?

I never asked Mahathir for anything, for myself or for anyone else and never knew who he was going to appoint but I did see him once to emphasise the importance of being serious about election pledges.

Muhyiddin concurred with my statement that the Malaysian Constitution allows non-Malays to become a Prime Minister but thinks it is imminent, disagreeing with my view that a non-Malay would not become a Prime Minister of Malaysia in the next 100 years and would probably never happen.

No one can become a Prime Minister of Malaysia without the substantial support of all races in the country, especially the Malays.

But taking into consideration Muhyiddin’s views, is PN and Bersatu prepared to support an amendment of the Malaysian Constitution to provide that while a Chinese and Indian will not be Prime Minister for the next 100 years, there would be a Kadazan and Dayak Prime Minister in the next 100 years?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Saturday, 16th December 2023)


Soalan untuk Muhyiddin: Adakah Mahathir tunduk kepada DAP semasa dia menjadi Perdana Menteri buat kali kedua selama 22 bulan?

Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin, telah mengatakan yang “dominasi DAP dalam kerajaan pada hari ini membuatkan mungkin untuk seorang bukan Melayu dilantik menjadi seorang Perdana Menteri.

Muhyiddin merupakan Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan kedua Mahathir.

Adakah dia akan katakan yang Tun Mahathir tunduk kepada DAP semasa dia menjadi Perdana Menteri dengan memberikan contoh-contoh dengan jelas, dan cuba untuk mengatakan yang perkara ini adalah punca kepada konspirasi politik Langkah Sheraton yang telah menumbangkan kerajaan kedua Mahathir ini?

Dan mengapa seorang yang tunduk kepada DAP semasa dia menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua kini dilantik menjadi penasihat untuk empat negeri, Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis?

Contoh yang diberikan untuk mengatakan Mahathir tunduk kepada DAP adalah ucapan Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2018.

Untuk menggunakan kosa kata Presiden PAS, Hadi Awang, adakah Mahathir ini Gurkha DAP dalam 22 bulan dia menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 dan terpaksa ditumbangkan dengan konspirasi politik Langkah Sheraton?

Hadi telah membuat tuduhan liar dan tidak masuk akal terhadap saya yang tidak dapat dibuktikannya — kononnya DAP dan saya ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan mempromosikan Islamofobia.

Adakah Muhyiddin bersetuju dengan Hadi?

Mengapakah Muhyiddin berjumpa dengan saya di sebuah hotel di Kuala Lumpur secara bersembunyi pada bulan Julai 2016, untuk meminta sokongan DAP terhadapnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh?

Adakah saya tiba-tiba menjadi seorang yang anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan mempromosikan Islamofobia apabila saya enggan untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujud ketika mana DAP telah komited untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri?

Adakah DAP akan boleh diterima sepenuhnya dan tidak ada sesiapa pun dikira sebagai “dominan” dan tidak ada sesiapa dilihat sebagai “tunduk” kepada siapa-siapa sekiranya saya telah menyokong dia menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh pada tahun 2016?

Adakah DAP bertindak sebagai seorang Gurkha DAP apabila dia mengumumkan dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang Malaysia akan meratifikasi semua perjanjian utama PBB, yang telah membuatkan Hadi untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap DAP kerana DAP kononnya berada di sebalik rancangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa untuk Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD)?

Sedangkan, DAP tidak tahu apa-apa mengenai ucapan Mahathir di Perhimpunan Agung PBB pada lima tahun lepas ini.

Menteri Luar Negeri ketika itu kini ada dalam Bersatu.

Dialah orang yang terbaik untuk mengetahui sama ada Mahathir ini Gurkha DAP atau tidak.

Saya tidak pernah meminta apa-apa dari Mahathir, baik untuk diri sendiri atau sesiapa pun, dan saya tidak tahu pun siapa yang akan dilantiknya ketika itu. Tetapi saya ada berjumpa dengannya sekali untuk menekankan kepentingan untuk serius terhadap janji-janji pilihan raya.

Muhyiddin bersetuju dengan kenyataan saya yang mengatakan Perlembagaan Malaysia membolehkan seorang bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi dia fikir yang perkara ini akan terjadi tidak lama lagi, berbeza dengan pendapat saya yang seorang bukan Melayu tidak akan menjadi seorang Perdana Menteri dalam 100 tahun akan datang dan yang perkara ini mungkin tidak akan terjadi sama sekali.

Tidak ada sesiapa pun yang akan dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia tanpa sokongan sejumlah besar semua kaum di dalam negara, terutamanya dari orang Melayu.

Namun, apabila mengambil kira pandangan Muhyiddin, adakah PN dan Bersatu bersedia untuk menyokong pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia untuk memperuntukan yang seorang Cina atau India tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam 100 tahun yang akan datang, tetapi akan ada seorang Perdana Menteri Kadazan atau Dayak dalam 100 tahun yang akan datang?

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang, pada hari Sabtu, 16 Disember 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.