Lim Kit Siang

Call on young Malaysians, regardless of race, religion, politics or region, to support the objective of Malaysia rising up again to be a great world-class nation

(Versi BM)

The six state polls ended ten days ago but its results are still analysed by politicians, political scientists, and Malaysians as a whole as to what it import for Malaysia — whether a Sheraton Move 2.0 could be tried to topple the Anwar unity government.

One political scientist says that the growing strength of PAS and DAP is rooted in multiple failures on the part of the centrist Barisan Nasional-led federal government since the 1990s, such as weak leadership, poor governance, and corruption and that if the centrist leaders had performed, they would have held the centre.

I do not agree with such an analysis placing DAP at one extreme end of the political spectrum to PAS as the DAP is one of the centrist parties in Malaysia.

PAS President, Hadi Awang tried to place the DAP the other extreme end of the spectrum, alleging that the DAP is anti-Malay, anti-Islam, anti-Rulers, cause of May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur and even communist, but he has not been able to come out with an iota of evidence to substantiate his wild and preposterous allegations.

DAP is a party for all Malaysians.

Right from the first general election contested by the DAP in 1969, we have a multi-racial representation in the Parliamentary and State Assembly candidates DAP fielded, and before the 1974 General Election, DAP announced that if DAP wins power in Perak, Ibrahim Singgeh would be a Perak Menteri Besar.

I was accused as anti-Chinese because the DAP fielded Ahmad Nor as the candidate in the Gopeng parliamentary by-election in 1987. But Ahmad Nor went on to become the first Malay Member of Parliament of DAP in 1990, and today, there are three Malay DAP Parliamentarians.

I congratulate the Bandar Utama State Assemblywoman Jamaliah Jamaluddin for being the first Malay DAP Exco in Selangor and as former Deputy Minister, Ong Kian Ming pointed out in his recent writing, DAP is capable of winning in Malay-majority seats and Sungei Pelek with almost 60% Malay majority seat is a good example.

We created the second Deputy Chief Minister’s post for Malaysian Indians in 2008 and DAP had C.V. Devan Nair as founding DAP Secretary-General and Karpal Singh as the third DAP National Chairman.

I call on young Malaysians, regardless of race, religion, politics or region to support the objective of Malaysia rising up again to be a world-class nation and avoid the fate of a divided, failed, and corrupt state like Sri Lanka in the coming decades.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Tuesday, 22nd August 2023)


Seruan kepada golongan muda Malaysia, tanpa mengira latar belakang kaum, agama, politik, atau kawasan, untuk menyokong cita-cita untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia

Enam pilihan raya negeri telah pun berakhir sepuluh hari yang lepas, namun, keputusannya masih sedang dianalisa oleh ahli politik, saintis politik, dan rakyat Malaysia secara amnya, dan mengenai apa yang dibawanya kepada Malaysia — sama ada Langkah Sheraton 2.0 boleh dicuba untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar.

Seorang saintis politik mengatakan yang kekuatan PAS dan DAP yang semakin meningkat berpunca dari kegagalan kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional yang bersifat pertengahan (centrist) sejak tahun 1990, dengan isu-isu seperti kepimpinan yang lemah, tadbir urus yang tidak bagus, dan rasuah. Dia mengatakan yang sekiranya para pemimpin pertengahan ini menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, mereka pastinya akan kekal.

Saya tidak bersetuju dengan analisa yang meletakkan DAP di satu hujung dalam spektrum politik bertentangan dengan PAS sedangkan DAP sentiasa merupakan salah satu parti sentris di Malaysia.

Presiden PAS, Hadi Awang, cuba untuk meletakkan DAP di hujung ekstrim spektrum politik, dengan tuduhannya yang mengatakan kononnya DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, pencetus rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, dan juga komunis. Tetapi dia gagal untuk memberikan satu bukti sekali pun untuk tuduhan liar dan tidak masuk akalnya ini.

DAP adalah satu parti untuk semua rakyat Malaysia.

Sejak dari pilihan raya umum pertama yang ditandingi DAP pada tahun 1969, kami meletakkan calon-calon berbilang kaum di peringkat Parlimen dan Dewan Undang Negeri, dan sebelum Pilihan Raya Umum 1974, DAO mengumumkan yang sekiranya DAP menang di Perak, Ibrahim Singgeh akan menjadi Menteri Besar Perak.

Saya telah dituduh sebagai seorang yang anti-Cina kerana DAP mencalonkan Ahmad Nor dalam pilihan raya kecil Gopeng pada tahun 1987. Tetapi Ahmad Nor kemudiannya menjadi Ahli Parlimen Melayu pertama untuk DAP pada tahun 1990, dan hari ini, ada tiga orang Ahli Parlimen Melayu dari DAP.

Saya ucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin kerana telah dipilih sebagai Exco Melayu DAP pertama di Selangor, dan seperti yang ditunjukkan oleh mantan Timbalan Menteri, Ong King Ming, dalam penulisannya baru-baru ini, DAP mampu untuk menang di kerusi majoriti Melayu dan Sungai Pelek yang merupakan kerusi 60% majoriti Melayu adalah satu contoh yang baik.

Kami telah mewujudkan jawatan Timbalan Ketua Menteri kedua untuk orang India di Malaysia pada tahun 2008, dan DAP ada C.V. Devan Nair sebagai Setiausaha Agung penubuhan parti dan Karpal Singh sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP yang ketiga.

Saya seru kepada semua golongan muda rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang kaum, agama, politik, atau kawasan, untuk menyokong cita-cita untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia dan untuk kita mengelakkan nasib dari menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup seperti Sri Lanka dalam dekad-dekad yang akan datang.

 

(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Selasa, 22 Ogos 2023)

Exit mobile version