Perikatan Nasional (PN) of PAS and Bersatu will lead Malaysia to become a failed and divided state like Sri Lanka and Nigeria in contrast to what PH-BN coalition wants Malaysia to be — a great world-class nation like South Korea and Singapore with the unity of all Malaysians, regardless of race, religion or region


(Versi BM)

At the beginning of Malaysia’s nationhood in the fifties and sixties in the last century, there were two countries whose progress concerned Malaysians — Sri Lanka in Asia and Nigeria in Africa.

In 1960, Nigeria had a higher GDP per capita than Malaysia while Malaysia was twice as rich as Sri Lanka.

Today, Sri Lanka and Nigeria were failures in nation-building, with Malaysia five times more well-off than the Nigerians while Sri Lanka has become a failed and divided state — with Sri Lanka four times poorer than Malaysia.

Perikatan Nasional (PN) of PAS and Bersatu will lead Malaysia to become a failed and divided state — and there can be no better example of the failed and divided Malaysia than the example of the way PAS treated the Gerakan national charman, Dominic Lau, at a PN function in Penang.

The Pakatan Harapan and Barisan Nasional coalition do not want Malaysia to end up as a divided, failed and corrupt state like Sri Lanka and Nigeria.

We want Malaysia to rise up again to be a great world-class nation like South Korea and Singapore, to be examples for other countries to emulate than to be nations for other countries to warn of the failures of nation-building.

For the last few decades, Malaysia has been in national decline, losing out to Singapore, Taiwan, South Korea, Hong Kong, and even Vietnam.

We are in danger of losing out to Indonesia and Thailand in ASEAN, as have developed half as fast as Indonesia and Thailand in the past sixty years.

We will lose to Indonesia and China in the annual Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) before 2030 unless we buck up in our anti-corruption campaign.

Perikatan Nasional (PN) of PAS and Bersatu has no vision or plans for Malaysia to rise again and become a great world-class nation but only a policy which will end up with Malaysia as a divided, failed, and corrupt state like Sri Lanka and Nigeria.

In fact, under Muhyiddin Yassin as Prime Minister in 2020 after the infamous Sheraton Move political conspiracy, Malaysa fell to the worst ranking in one year in the TI CPI 2021 which had taken Malaysia 25 years to reach the worst ranking from 1995–2020: i.e., No. 62 out of 180 countries.

The Prime Minister, Anwar Ibrahim has spelt out his Malaysia vision in Ekonomi Madani which among others, has the following objectives:

  • Top 30 biggest economies in the world in terms of nominal gross domestic products. Malaysia currently ranks 35.
  • Top 12 in IMD World Competitive Index. The current rank is 27.
  • Top 25 in the UN Human Development Index. Current rank is 62.
  • Top 25 in the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI). Current rank is 61.

Let us show our support for Anwar by voting for his policies on August 12, and demonstrate we want more institutional reforms and changes.

This is why I say the six state polls on August 12 is not only about the future of individual constituencies like Balakong, or the fate of six states of Selangor, Penang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan and Terengganu, but also about the future of Malaysia and that of our children and children’s children.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the ceramah in support of Pakatan Harapan candidate for Balakong, Ong Chun Wei at Balakong on Friday, 4th August 2023 at 8 am)


Perikatan Nasional yang dibentuk PAS dan Bersatu akan membawa Malaysia ke arah menjadi sebuah negara gagal seperti Sri Lanka dan Nigeria, berbanding dengan PH–BN yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia seperti Korea Selatan dan Singapura dengan perpaduan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan

Semasa negara kita mula mencapai kemerdekaan pada tahun lima dan enam puluhan dalam abad yang lepas, ada dua negara yang mana kemajuannya diperhatikan Malaysia — Sri Lanka di Asia dan Nigeria di Afrika.

Pada tahun 1960, Nigeria mempunyai KDNK per kapita yang lebih tinggi berbanding dengan Malaysia manakala Malaysia pula dua kali ganda lebih kaya berbanding dengan Sri Lanka.

Hari ini, Sri Lanka dan Nigeria kedua-duanya merupakan contoh kegagalan dalam usaha membina negara, dengan Malaysia lima kali ganda lebih kaya berbanding dengan Nigeria manakala Sri Lanka pula telah menjadi sebuah negara yang gagal dan berpecah belah — di mana Sri Lanka empat kali ganda lebih miskin berbanding dengan Malaysia.

Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk PAS dan Bersatu akan membawa Malaysia ke arah menjadi sebuah negara gagal dan berpecah belah — dan tidak ada contoh yang lebih baik untuk sebuah Malaysia yang berpecah belah dan gagal berbanding dengan cara Pengerusi Gerakan, Dominic Lau, dilayan di satu majlis PN di Pulau Pinang.

Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal, berpecah belah, dan korup seperti Sri Lanka dan Nigeria.

Kami mahu Malaysia untuk bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia seperti Korea Selatan dan Singapura, untuk menjadi contoh yang disegani oleh negara-negara lain dan bukannya menjadi kisah amaran untuk dielakkan negara-negara lain.

Dalam beberapa dekad yang lepas, Malaysia telah mengalami kemerosotan, ditinggalkan di belakang satu demi satu negara, Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong, malah Vietnam juga.

Kita berada dalam bahaya ditinggalkan di belakang Indonesia dan Thailand di kawasan serantau ASEAN, memandangkan kita membangun separuh lebih perlahan berbanding dengan Indonesia dan Thailand dalam enam puluh tahun yang lepas.

Kita akan ditinggalkan di belakang Indonesia dan China dalam penerbitan tahunan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) menjelang 2030 sekiranya kita tidak meningkatkan usaha membanteras rasuah.

PAS dan Bersatu dalam PN tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk membangkitkan semula Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, sebaliknya, hanya ada dasar yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.

Malah, di bawah pemerintahan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020, selepas konspirasi politik Langkah Sheraton, Malaysia telah jatuh ke kedudukan terburuk dalam TI CPI 2021 dalam masa hanya setahun, perkara yang sebelum ini mengambil masa 25 tahun dari 1995 ke 2020, iaitu tempat ke-62 dari 180 negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan visinya untuk Malaysia dalam rancangan Ekonomi Madani yang antaranya mempunyai matlamat-matlamat seperti berikut:

  • Menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dari segi kadar keluaran dalam negara kasar. Malaysia buat masa ini berada di tempat ke-35.
  • Berada dalam kedudukan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD. Kita sedang berada di tempat ke-27.
  • Tempat 25 ke atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB. Tempat semasa adalah ke-62.
  • Tempat 25 ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tempat semasa adalah ke-61.

Marilah kita tunjukkan sokongan kepada Anwar dengan mengundi menyokong dasar-dasarnya ini pada 12 Ogos dan menunjukkan yang kita mahukan lebih banyak reformasi institusi dan perubahan.

Kerana inilah saya katakan yang enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini bukan sahaja penting untuk masa hadapan kerusi-kerusi yang terlibat seperti Balakong, atau mengenai masa hadapan enam negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, tetapi amat penting demi masa hadapan Malaysia dan masa hadapan anak-anak serta cucu-cucu kita.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang dalam ceramah sokongan kepada calon Pakatan Harapan untuk Balakong, Ong Chun Wei, di Balakong pada hari Khamis, 4 Ogos 2023 jam 8 pagi)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.