Lim Kit Siang

Was I being overdramatic when I said yesterday that “After 54 years, Malaysia is teetering on the edge of another May 13, 1969 riots”?

(Versi BM)

Was I being overdramatic when I said yesterday that “After 54 years, Malaysia is teetering on the edge of another May 13, 1969 riots”.

Let us think back to the days of May 11, 12, and 13, 1969.

Did anybody expected May 13, 1969 riots to erupt?

It is strange that after more than three decades, I had been accused of causing the May 13, 1969 riots.

If there was any evidence that I had caused the May 13, 1969 riots, I would have expected a front-bencher or at least a back-bencher to make that allegation in Parliament when it was reconvened in February 1971 and I participated in the debate for the amendments of the Constitution as a consequence of the May 13, 1969 riots.

There was none.

The wild and preposterous allegation that I caused the May 13, 1969 riots first surfaced in the 21st century, more than three decades after the event.

Why was this so?

In the debate in Parliament on February 23, 1971 to amend Constitution to entrench four sensitive issues from being questioned even in Parliament, I declared the DAP stand on the four sensitive issues:

  1. Sovereignty of Rulers — “We in the DAP do not and have not questioned the sovereignty of Rulers.”
  2. Citizenship — “What I want to say on this is that although it is now a crime to question the citizenship of Malaysians, we have a clear instance of a leader calling with immunity for the deprivation of citizenship of a trade union leader for speaking out against the Government. How will the entrenchment of this question in the Malaysian Constitution change matters?”
  3. National Language — “The DAP has always unconditionally accepted Malay as the National Language, as a vital factor for unification in a multi-racial society. What the DAP opposes and what the people at large fear is the use of the National Language as an instrument for the eventual annihilation of other languages and cultures in Malaysia. We submit that in Article 152(1), the Malaysian Constitution guarantees the preservation and sustenance of other languages in the country. It means that no linguistic group in this country need fear the decline in use or extinction of its language.”
  4. Special Provision for Malays — “The DAP has also been accused of opposing special rights for Malays. We again invite the government to produce a single instance from our speeches and statements to show that we have opposed efforts to raise the economic standards of living of Malays. As democratic socialists, we are dedicated to the abolition of poverty and economic backwardness regardless of race. We want to create a classless community of Malaysians based on fellowship, co-operation and service, where there is no exploitation of man by man, class by class or race by race. We support any measure which will help better the lot of the Malay poor. But we are strongly opposed to the use of Malay special rights to enrich the new Malay rich to make them richer, while the mass of peasantry and poor are exploited as ever.”

I said in February 1971 there were two great tasks in post-May 13 Malaysia, viz:

  1. To restore national unity and arrest the racial polarisation in this country by assuring all Malaysians, regardless of their race, that they will have an equal deal in Malaysia, by the removal of all the imbalances in the different fields of Malaysian life which cause alienation and antagonism among the races;
  2. Restore the people’s confidence in the Parliamentary democratic process by genuinely operating a meaningful Parliamentary democracy, for without such a process there cannot be a genuine multi-racial Malaysian nation where all will have an equal place under the Malaysian sun.

At the end of my speech, I proposed the setting up of a Commission of Inquiry to learn the lessons of May 13, 1969 riots and the 21 months of National Operations Council (NOC) rule, and point the solutions, to a united, multi-racial, just and equal Malaysia.

I must thank the longest-serving Inspector-General of Police, Tun Hanif Omar, for the declassification of a 1969 Official Secrets Act document — the statement which I made to the police while in police custody at the Kuala Selangor Police Station lock-up under the Internal Security Act after I rejected advice not to return to Malaysia and flew back to Malaysia on 18th May 1969.

I was asked by the police in 1969 what were my political beliefs and I made eight points 54 years ago:

I have lived by these eight points in my political life for over half a century and they should be basis for Malaysia to undergo a reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia our founding fathers have written into the Malaysian Constitution and the Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths in the country, Malay as the national language and the sustenance and preservation of other languages; special provision for the Malays and the natives of Sabah and Sarawak to abolish poverty and backwardness, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding, and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

Nobody is asking a Malaysian to cease to be a Malay, Chinese, Indian, Iban or Kadazan or Muslim, Buddhist, Christian, Hindu, Taoist or Sikkhist, but we must be Malaysian first and our ethnic, religious or regional identity second.

If I had known that May 13, 1969 riots were being planned and going to erupt, I would not be having a thank-you procession of the Bandar Melaka parliamentary constituency and a victory public rally at the Bandar Hilir padang on 12th May 1969 and probably not flown to Kota Kinabalu for a public rally to assist the Kota Kinabalu independent parliamentary candidate on 13th May 1969.

But this is to be wise after the event.

In view of the May 13, 1969 riots, all political parties and candidates for the forthcoming six state polls on August 12 should lower the temperature on racial and religious polarisation and stop exploiting the 3R issues.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, 20th July 2023)


Adakah saya terlalu dramatik apabila saya mengatakan semalam yang “Selepas 54 tahun, Malaysia menghampiri satu lagi episod kekecohan seperti 13 Mei 1969”?

Adakah saya terlalu dramatik apabila saya mengatakan semalam yang “Selepas 54 tahun, Malaysia menghampiri satu lagi episod kekecohan seperti 13 Mei 1969”?

Mari kita imbau kembali kepada hari-hari 11, 12, dan 13 Mei 1969.

Adakah sesiapa menjangkakan yang rusuhan 13 Mei 1969 akan tercetus?

Pelik sekali, selepas lebih dari tiga dekad, saya telah dituduh sebagai mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969.

Sekiranya ada apa-apa bukti yang saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969, saya telah jangkakan ahli pentadbiran ataupun ahli backbencher untuk membuat tuduhan tersebut terhadap saya di Parlimen semasa Parlimen bersidang semula pada Februari 1971, di mana saya telah menyertai perbahasan mengenai pindaan Perlembagaan yang disebabkan oleh rusuhan 13 Mei 1969 ini.

Tidak ada bukti seperti ini.

Tuduhan liar dan tidak masuk akal yang kononnya saya mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 ini mula muncul dalam abad ke-21, lebih dari tiga dekad selepas kejadian ini.

Mengapakah begini?

Dalam perbahasan meminda Perlembagaan di Parlimen pada 23 Februari 1971 untuk untuk menerapkan empat isu sensitif dari dipersoalkan di mana-mana, termasuklah di Parlimen sekali pun, saya mengisytiharkan pendirian DAP mengenai empat isu ini:

  1. Kedaulatan Raja-Raja Pemerintah – “Kami dalam DAP tidak dan tidak pernah mempersoalkan kedaulatan Raja-Raja Pemerintah.”
  2. Kerakyatan – “Apa yang saya ingin katakan mengenai perkara ini adalah walaupun sekarang sudah menjadi jenayah untuk mempersoalkan kerakyatan rakyat Malaysia, kita ada contoh yang jelas di mana seorang pemimpin dengan imuniti menyeru supaya kerakyatan seorang pemimpin kesatuan pekerja ditarik semula kerana bercakap menentang kerajaan. Bagaimanakah penerapan isu ini ke dalam Perlembagaan Persekutuan mengubah perkara ini?”
  3. Bahasa Kebangsaan – “DAP sentiasa, tanpa syarat, menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, sebagai satu faktor penting penyatuan dalam masyarakat berbilang kaum. Apa yang DAP bantah dan apa yang rakyat risaukan adalah pengunaan Bahasa Kebangsaan sebagai alat untuk menghapuskan bahasa dan budaya lain di Malaysia. Kami menerima yang Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin pemeliharaan dan pengayaan bahasa-bahasa lain di dalam negara ini. Perkara ini bermakna, tidak ada mana-mana kumpulan bahasa dalam negara ini perlu bimbang mengenai kemerosotan atau kepupusan bahasa mereka.”
  4. Peruntukan Istimewa orang Melayu – “DAP juga telah dituduh sebagai membantah kedudukan istimewa untuk orang Melayu. Sekali lagi kami jemput kerajaan untuk memberikan satu bukti dari ucapan dan kenyataan kami untuk menunjukkan yang kami membantah usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu. Sebagai sosialis demokratik, kami berdedikasi terhadap usaha untuk menghapuskan kemiskinan dan kemunduran ekonomi tanpa mengira kaum. Kami mahu menicpta komuniti rakyat Malaysia yang tidak ada perbezaan antara kelas, yang diasaskan kepada persaudaraan, kerjasama, dan khidmat, di mana tidak ada eksploitasi manusia dengan manusia, kelas dengan kelas, atau kaum dengan kaum. Kami sokong apa-apa usaha yang akan membantu orang Melayu yang susah. Tetapi kami membantah keras penggunaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk mengayakan golongan kaya baru Melayu lagi, sedangkan golongan marhaen dan miskin kekal dieksploitasi.

Saya katakan pada bukan Februari 1971, dua tugas utama Malaysia pasca-13 Mei adalah:

  1. Untuk memulihkan perpaduan negara dan menghentikan polarisasi nasional dalam negara dengan meyakinkan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, yang mereka ada bahagian yang sama dalam Malaysia, dengan membuang ketidakseimbangan dalam pelbagai bidang kehidupan di Malaysia yang membawa kepada keterasingan dan permusuhan antara kaum.
  2. Mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi berparlimen dengan menjalankan sistem demokrasi berparlimen secara tulen, kerana tanpa proses sebegini, tidak mungkin akan ada negara bangsa Malaysia yang tulen di mana semua orang mendapat peluang yang sama di bawah langit Malaysia.

Di hujung ucapan perbahasan saya, saya cadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan untuk mempelajari pengajaran dari rusuhan 13 Mei 1969 dan pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) selama 21 bulan, dan untuk mencari penyelesaian yang membawa kepada sebuah Malaysia yang bersatu padu, berbilang kaum, adil, dan saksama.

Saya perlu berterima kasih kepada Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat, Tun Hanif Omar, yang telah membawa kepada penyahrahsiaan satu dokumen Akta Rahsia Rasmi dari tahun 1969 – kenyataan yang saya berikan kepada pihak polis semasa berada dalam tahanan di Balai Polis Kuala Selangor di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selepas saya menolak nasihat untuk tidak kembali ke Malaysia dan kembali ke tanah air pada 18 Mei 1969.

Saya ditanya oleh pihak polis pada tahun 1969, apakah kepercayaan politik saya dan saya nyatakan lapan perkara berikut 54 tahun yang lalu:

Saya telah berpegang dengan kelapan-lapan perkara ini dalam kerjaya politik saya selama hampir setengah abad dan perkara-perkara ini patut menjadi asas untuk Malaysia menetapkan semula dasar dan hala tuju negara kepada prinsip-prinsip yang telah diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara dalam Perlembagaan dan Rukun Negara – prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, sebuah kerajaan yang jujur dan bersih, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, usaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Tidak ada sesiapa yang meminta mana-mana rakyat Malaysia untuk berhenti menjadi seorang Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, atau Muslim, Buddha, Hindu, Tao, atau Sikh, tetapi kita semua perlulah mengutamakan identiti kita sebagai rakyat Malaysia sebelum identiti etnik, agama, atau kawasan kita.

Sekiranya saya tahu yang rusuhan 13 Mei 1969 sedang dirancang dan bakal tercetus, saya tidak akan mengadakan perarakan berterima kasih untuk kawasan parlimen Bandar Melaka dan sambutan kemenangan di padang Bandar Hilir pada 12 Mei 1969, dan saya mungkin tidak akan terbang ke Kota Kinabalu untuk satu perarakan awam untuk membantu calon bebas di parlimen Kota Kinabalu pada 13 Mei 1969.

Tetapi, kita hanya tahu selepas peristiwa tersebut.

Merenung kejadian rusuhan 13 Mei 1969, semua parti-parti politik dan calon-calon dalam enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini patut merendahkan suhu polarisasi hubungan antara kaum dan agama dan berhenti mengeksploitasi isu-isu 3R.

 

(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Khamis, 20 Julai 2023)

Exit mobile version