Malaysia needs political stability to be a great plural nation again and cannot be like Lebanon whose Parliament voted 12 times in nine months but could not elect a President.
Lebanon is in political turmoil, which must be a lesson for all Malaysians.
The advice of the Yang di Pertuan Agong and the various Sultans that Malaysia needs political stability to ensure an united, just, progressive, and prosperous nation for all Malaysians, regardless of race, religion, region, gender or age is a right and proper one, and should be heeded by all Malaysians who want to see the nation great again.
This is why the Anwar Unity Government deserves support from all voters in the six state polls on August 12, as Malaysia should stop regressing and should reset and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia which the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn, who were also UMNO Presidents), have written into the Constitution and the Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion of the country and freedom of religion for other faiths, Malay as the national language, and the preservation and sustenance of the use and study of other languages, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding, and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.
Recently, there were many global and regional questions — the war in Ukraine; whether China and the Unites States will go to war; whether the young political leader Pita Limjaroenrat of the Move Forward Party (MFP) will be elected Prime Minister of Thailand; Support of Turkey’s Erdogan for Sweden’s NATO membership, etc.
Malaysians, like people from other countries, must think more about global questions because the globe is becoming a smaller place as a result of the advances of communications.
But Malaysians seem to be doing the very opposite, and there are personalities who want Malaysians to think about race and religion instead of global questions of war and peace.
In the run-up to the six state polls on August 12, there is preoccupation to think of the past instead of the future.
All political parties and candidates should act responsibly because we must think of the future generations, whether Malaysia can become a world-class nation to produce world champions again or we are fated to become a divided, failed and corrupt nation.
This is why I have proposed that all contesting political parties and candidates in the six state polls enter into an agreement not to exploit the 3R issues and ensure that there will not be another May 13, 1969 racial riots in the country and to set up a mechanism to expose lies, falsehood, fake news, and hate speech in the election campaign.
Let Malaysia show the world how in era of social media, we are not drowned in a tsunami of lies, falsehood, fake news, and hate speech during election time.
Let Malaysia be a role model for the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance and harmony.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Tuesday, 18th July 2023)
Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk menjadi sebuah negara hebat sekali lagi dan kita tidak boleh menjadi seperti Lubnan yang mana Parlimennya mengundi sebanyak 12 kali dalam tempoh sembilan bulan dan masih gagal untuk memilih seorang Presiden
Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk menjadi sebuah negara hebat sekali lagi dan kita tidak boleh menjadi seperti Lubnan yang mana Parlimennya mengundi sebanyak 12 kali dalam tempoh sembilan bulan dan masih gagal untuk memilih seorang Presiden.
Lubnan kini berada di dalam ketidaktentuan politik dan perkara ini perlulah menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia.
Nasihat dari Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah yang lain yang bertitah bahawa Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk memastikan adanya sebuah negara yang bersatu padu, adil, progresif, dan makmur untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, atau umur, adalah satu nasihat yang sangat bertepatan dan patut diikuti oleh semua rakyat Malaysia yang mahu melihat negara kita menjadi hebat sekali lagi.
Kerana inilah Kerajaan Perpaduan Anwar patut disokong oleh semua pengundi dari keenam-enam negeri pada 12 Ogos ini, kerana Malaysia kemerosotan Malaysia patut dihentikan dan negara kita perlu dikembalikan semula kepada prinsip-prinsip asal pembinaan sebuah negara Malaysia majmuk yang telah diterapkan ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasukalah tiga Perdana Menteri terawal negara yang juga merupakan Presiden UMNO) — prinsip-prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama untuk kepercayaan yang lain, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pemeliharaan serta pengayaan bahasa-bahasa lain, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, pengakhiran segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.
Baru-baru ini, terdapat banyak isu-isu global dan kawasan serantau — perang di Ukraine; sama ada China dan Amerika Syarikat akan berperang; sama ada pemimpin politik muda, Pita Limjaroenrat dari Parti Move Forward (MFP) akan dipilih menjadi Perdana Menteri Thailand; Sokongan Erdogan dari Turkiye terhadap keahlian NATO untuk Sweden, dll.
Rakyat Malaysia, seperti orang di negara lain, perlu lebih banyak berfikir mengenai isu-isu global ini memandangkan dunia kini semakin mengecil hasil dari perkembangan teknologi komunikasi.
Tetapi, rakyat Malaysia kelihatan seperti melakukan perkara yang sebaliknya, dan ada personaliti dalam negara yang mahu rakyat Malaysia untuk hanya berfikir mengenai isu perkauman dan keagamaan dan bukannya isu-isu global seperti perang dan keamanan.
Dalam mendekati enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini, terdapat kecenderungan untuk berfikir dalam masa lampau dan bukannya untuk berfikir demi masa hadapan.
Semua parti-parti politik dan calon-calon yang bakal bertanding patut bertindak secara bertanggungjawab kerana kita perlu berfikir mengenai generasi akan datang, sama ada Malaysia boleh menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia untuk melahirkan juara dunia sekali lagi atau sama ada kita ditakdirkan menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.
Kerana inilah saya telah cadangkan supaya semua parti dan calon yang bakal bertanding dalam enam pilihan raya negeri ini untuk menyertai satu persetujuan untuk tidak mengeksploitasi isu 3R dan untuk memastikan tidak terjadinya satu lagi rusuhan perkauman seperti 13 Mei 1969 dan untuk mewujudkan satu mekanisme untuk mendedahkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian dalam kempen pilihan raya.
Ayuhlah Malaysia, tunjukkan kepada dunia, bagaimana dalam era media sosial, kita berjaya untuk tidak dibanjiri tsunami penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian semasa kempen pilihan raya.
Marilah kita jadikan Malaysia sebagai contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.
(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Selasa, 18 Julai 2023)