Call on the youths of Penang to emulate para swimmer Zy Kher Lee and transform Malaysia into a world-class nation which is capable to producing world champions


(Versi BM)

I met Penang para swimmer Zy Kher Lee for breakfast today and heard his story of grit and determination.

The sixteen year-old Chung Ling High School student and the youngest para climber of Mount Kilimanjaro, the highest mountain in Africa and the fourth highest in the world, won two gold medals in the in the 2023 ASEAN Para Games (APG) in Phnom Penh

I hope Zy, who was born with a complete left arm, half a right arm, no right leg and a malformed left leg with only three toes, will be Malaysia’s Para Olympian in the Paris 2024 Paralympic Games and will go on to be a world champion.

In fact, I call on the youths of Penang to emulate Zy, and on August 12, to transform Malaysia into a world-class nation which is capable of producing world champions again.

Malaysians have been afforded an opportunity to pause, reset, and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia which the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn), have written into the Constitution and the Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion of the country and freedom of religion for other faiths, Malay as the national language and the preservation and sustenance of the use and study of other languages, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding, and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

This may be the last chance for Malaysia to turn the corner and reverse the national decline in the last few decades and become a great world-class nation which is capable to producing world champions again.

We do not want to be world champions for the wrong reasons, like among the top nations in the world in having the most deaths in the Covid-19 pandemic.

A Malaysian recently won the Oscar, we want to win back the Thomas Cup and excel in Olympics and Paralympics, the various sports and games, have the world‘s best schools, best universities, best hospitals, best social and health systems.

We must dare to dream big dreams, and even more important, take steps to realise such big dreams.

Regardless of whether we are Malays, Chinese, Indians, Kadazan, Dayak or Muslim, Buddhist, Christian, Hindu, Sikhs or Taoist, we must be “Malaysian First”.

Nobody is asking a Malaysian to cease to be a Malay, Chinese, Indian, Kadazan, Dayak or Muslim, Buddhist, Christian, Hindu, Sikh, Taoist, but we must have a common overarching identity — that is as a Malaysian.

We want all Malaysians to unite as one, regardless of race, religion, region, age or gender as opposed to those who want to set race against race and religion against religion.

We must look to the future and not bogged down by the past, engrossed with race and religion.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Sunday, 9th July 2023)


Seruan kepada golongan muda di Pulau Pinang untuk mengikuti jejak langkah perenang para Zy Kher Lee dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang mampu melahirkan juara dunia

Saya bertemu dengan perenang para dari Pulau Pinang, Zy Kher Lee, untuk bersarapan semalam dan telah berpeluang mendengari kisah perjuangan dan keazamannya.

Pelajar sekolah Sekolah Menengah Chung Ling yang berusia enam belas tahun itu, yang juga merupakan pemanjat gunung kurang upaya termuda yang berjaya mendaki Gunung Kilimanjaro, gunung tertinggi di Afrika yang merupakan gunung keempat tertinggi di dunia, telah memenangi dua pingat emas di Sukan Para ASEAN 2023 yang berlangsung di Phnom Penh.

Saya harap Zy, yang dilahirkan dengan tangan kiri yang lengkap dan separuh tangan kanan, tanpa kaki kanan dan dengan kaki kiri yang tidak sempurna dengan hanya tiga jari kaki, akan menjadi jaguh Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024 dan terus menjadi juara dunia.

Malah, saya seru kepada golongan muda di Pulau Pinang untuk mengikuti jejak langkah Zy, dan pada 12 Ogos, memilih untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara hebat dunia yang mampu melahirkan juara-juara dunia sekali lagi.

Rakyat Malaysia telah diberikan peluang untuk berhenti sementara, menetapkan semula, dan kembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip pembinaan negara untuk sebuah Malaysia yang majmuk yang telah diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn) ke dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara — prinsip-prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama untuk kepercayaan yang lain, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, pengakhiran segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Ini mungkin peluang terakhir untuk Malaysia berpatah balik dan menghentikan kemerosotan yang disaksikan negara kita dalam beberapa dekad yang lepas untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang mampu melahirkan juara dunia sekali lagi.

Kita tidak mahu Malaysia menjadi “juara dunia” untuk sebab-sebab yang tidak betul, seperti menjadi “juara dunia” dengan jumlah kematian akibat Covid-19 tertinggi.

Seorang rakyat Malaysia baru-baru ini telah memenangi anugerah oscar, dan kita mahu untuk memenangi semula Piala Thomas dan menjadi juara dalam sukan Olimpik dan Paralimpik, dan juga pelbagai acara sukan yang lain, kita mahu mempunyai sekolah terbaik, universiti terbaik, hospital terbaik, dan sistem sosial dan kesihatan yang terbaik di dunia.

Kita perlu berani untuk bercita-cita besar, dan yang lebih penting lagi, mengambil langkah untuk merealisasikan cita-cita ini.

Tanpa mengira sama ada kita orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, atau Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, atau Tao, kita semua perlulah “Pertamanya rakyat Malaysia”.

Tidak ada sesiapa yang minta mana-mana rakyat Malaysia meninggalkan identitinya sebagai seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, atau Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, atau Tao, tetapi kita semua perlu mempunyai identiti yang dikongsi bersama — iaitu sebagai rakyat Malaysia.

Kita mahu semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, umur, atau jantina, berbanding dengan sesetengah pihak yang mahu melaga-lagakan di antara satu kaum dengan kaum yang lain dan satu agama dengan agama yang lain.

Kita perlu pandang ke masa hadapan dan tidak ditenggelamkan ke belakang dengan isu-isu perkauman dan keagamaan.

 

(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Ahad, 9 Julai 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.