Muda advised not to be overhasty and should co-operate with Anwar unity government in the six state polls in August


(Versi BM)

MUDA should not be overhasty and should co-operate with the Anwar unity government in the six state polls in August.

Malaysia is faced with the last opportunity to reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia our nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers who were also UMNO Presidents) have written into the Constitution and Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths, good governance, public integrity and minimal corruption, meritocracy, respect for human rights, and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

It is worth noting and pointing out that the “Big Brother” in the Perikatan Nasional (PN) coalition, PAS, has never expressed support for the Rukun Negara as the nation-building principles to create a great plural Malaysia.

Will the tentative efforts of the Anwar Unity Government to reset and return to the original nation-building principles of the plural Malaysia continue and Malaysia become world champions in more and more fields of human endeavour or will Malaysia falter and return to the trajectory leading to a divided, failed, and corrupt state in the coming decades?

This is the meaning of the six state polls in August — whether Malaysia will end the national decline of the last few decades and rise again to be world champions in various fields of huma endeavour or whether Malaysia will slide back to the path of failed, divided, and corrupt state?

Whatever the weaknesses and failings of the incumbent state governments in Penang, Selangor and Negeri Sembilan, do the voters of these state polls in August want Penang, Selangor, and Negeri Sembilan to be like Kelantan, Terengganu, and Kedah or want Kelantan, Terengganu, and Kedah to be like Penang, Selangor, and Negeri Sembilan where the GDP per capita of Penang is four times that of Kelantan?

Malaysia should not only be world champions again and be the role model of the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

Does PN of PAS and Bersatu agree to this national mission?

Malaysia ranked No. 45th among countries in the world in population size but we were at one time No. 20 among countries in terms of deaths in the Covid-19 pandemic in 2021 when Muhyiddin Yassin was the Prime Minister.

This is not the world champion that Malaysia wants.

Malaysia must punch above her weight.

What Malaysia wants are the positive achievements like winning the Thomas Cup, the Olympic events, the Oscar Award, having the world’s best universities, the best scientists, IT experts, and even win the Nobel Prizes.

The MUDA leadership should reconsider its decision to go solo in the six state polls.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, June 27, 2023)


MUDA dinasihatkan untuk tidak terlalu tergesa-gesa dan patut bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Anwar dalam enam pilihan raya negeri pada bulan Ogos

MUDA tidak patut terlalu tergesa-gesa dan patut bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Anwar dalam enam pilihan raya negeri pada bulan Ogos

Malaysia berhadapan dengan peluang terakhir untuk kita tetapkan semula dan kembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan negara majmuk Malaysia yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal yang juga merupakan Presiden UMNO) ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — prinsip-prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan beragama untuk semua kepercayaan lain, tadbir urus yang baik, integriti awam dan rasuah yang minima, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan nasional dari masyarakat pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Penting untuk kita ingat dan tekankan yang “Abang Besar” dalam Perikatan Nasional (PN), PAS, tidak pernah menyatakan sokongan terhadap Rukun Negara sebagai prinsip asas pembinaan sebuah Malaysia yang majmuk.

Adakah usaha-usaha kerajaan perpaduan Anwar untuk mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asal sebuah Malaysia yang majmuk ini akan diteruskan dan Malaysia akan menjadi juara dunia sekali lagi dalam semua bidang yang diceburi manusia, atau adakah Malaysia akan kembali ke hala tuju menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup dalam beberapa dekad yang akan datang?

Inilah erti sebenar enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada bulan Ogos — sama ada Malaysia akan menghentikan kemerosotan yang disaksikan negara dalam beberapa dekad yang lepas dan bangkit semula menjadi juara dunia dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia atau sama ada Malaysia akan terjunam semula ke arah menjadi sebuah negara yang gagal, berpecah belah, dan korup.

Walau bagaimana pun kekurangan dan kelemahan kerajaan-kerajaan negeri sedia ada di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan, adakah para pengundi di negeri-negeri ini mahu melihat negeri mereka menjadi seperti Kelantan, Terengganu, atau Kedah, atau adakah mereka sebaliknya mahu melihat Kelantan, Terengganu, dan Kedah menjadi seperti Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan, di mana KDNK per kapita di Pulau Pinang adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Kelantan?

Malaysia tidak boleh hanya menjadi juara dunia sahaja tetapi juga perlu menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Adakah PN yang terdiri dari PAS dan Bersatu bersetuju dengan misi nasional ini?

Malaysia mempunyai saiz populasi di tempat ke-45 terbesar dunia, tapi pada suatu ketika dahulu kita juga berada di tempat ke-20 dari segi jumlah kematian akibat Covid-19 semasa Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Malaysia tidak mahu menjadi “juara dunia” sebegini.

Kita perlu capai lebih dari apa yang dijangkakan.

Apa yang kita mahukan adalah pencapaian positif seperti memenangi Piala Thomas, acara Olimpik, mempunyai universiti yang terbaik, saintis dan pakar IT yang terbaik, malah untuk memenangi Anugerah Nobel

Para pimpinan MUDA patut mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk bertanding bersendirian dalam enam pilihan raya negeri yang akan datang.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Selasa, 27 Jun 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.