Lim Kit Siang

Malaysians do not want to be cow herders or pig herders but want to be world champions again and to be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance, and harmony

(Versi BM)

There are many false narratives in Malaysia today based on lies, falsehoods, fake news, and hate speech.

Some of these false narratives are that Malaysian Muslims must choose to become cow herders or pig herders and another one is that the Malays and Islam are under threat in Malaysia.

Malaysians, whether Muslims or non-Muslism, do not want to be cow herders or pig herders but want to be world champions again and to be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance, and harmony

Or in the words of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

Are these vision for Malaysians to be world champions again and to be a role model for inter-ethnic, inter-religious, jnter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony, or in Tunku’s words, to be “a beacon of light in a difficult and distracted world” beyond the capacity and intellectual capabilities of the present generation?

I do not think so. I do not believe that the vision of Malaysia when Malaysia achieved nationhood over half a century ago in the fifties and sixties in the last century are now beyond the capacity of Malaysians in the 21st century — and that the nation’s journey is fated to continue to race to the bottom of a divided, failed, and rogue state instead of racing to the top to become world champions again and be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

Since we achieved nationhood, many Malaysians have flocked to other countries to make them great and to make one country transform from a developing country into a first-world country in two generations.

These Malaysians should remain in Malaysia to make Malaysia great.

Are the Malays and Islam in Malaysia are under threat?

Those who believe that the Malays and Islam in Malaysia are under threat should visit the Islamic Arts Museum Malaysia, which I visited earlier today.

The Islamic Arts Museum Malaysia was established in December 1998 as a response to growing worldwide interest in Islamic art. Reflecting this awareness, Malaysia became home to Southeast Asia’s most prominent museum dedicated to being a custodian, collector, preserver, and educator of Islamic art.

Among the many distinctive attractions are the India, China, and Malay World galleries.

Visitors learn of the rapid rise and spread of Islamic civilisation and Islam is now the the fastest-growing religion in the world.

Those who spread the false narrative that the Malays and Islam are under threat should visit the Islamic Arts Museum Malaysia to realize the depth of the falsity and depravity of their “cyber information warfare” of lies, falsehood, fake news, and hate speech.

It constitutes a new kind existential threat as it is almost impossible for concerned governments and citizens to mobilize the consensus of nations for necessary action to counter such a false narrative.

Everyone must be troubled by the growing deluge of “fake news” and the rise of “deepfake” footage which blurred the lines between truth and fiction, and disrupt information and trust.

Let Malaysians turn the present crisis of information and trust into an opportunity to resolve the crisis, where Malaysians develop the media literacy to be able to differentiate between what is true and false, what is information and what is fake news.

Let us start with the six state general elections to determine whether Malaysia is to race to the bottom to become a divided, failed, and rogue state or race to the top to become world champions again and be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

Malaysians, regardless of race, religion or region, must not waste this opportunity for a national reset and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia — for such an opportunity is unlikely to present itself for a second time.

This is why the Yang di Pertuan Agong had advised all Malaysians to maintain political stability and restore national unity for Malaysians to be world champions again and to be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

The Anwar unity government has given Malaysians an unique opportunity to reset and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths in the country, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding, and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

Do we continue to quarrel among ourselves and allow irresponsible and dishonest politicians to polarise race and religious relations in the county with lies, falsehoods, fake news and hate speech with the false narrative that a race or a religion is on the verge of elimination by other races and religions or do we wake up to the reality that “Time and Tide waits for No Man” and that the real battle for Malaysians is not with themselves but with the world?

Do Malaysians continue to migrate overseas to make other nations great or do we unite and ensure that there is political stability to make Malaysia great?

Can Malaysia contribute to world peace and harmony to prevent a clash of civilisations?

I believe Malaysia, the confluence of four great civilisations, can do so.

The Theatre Impian is dedicated to the Malaysian Dream of a Malaysia where Malaysians are world champions again.

We have the fill out the international dimension of the Malaysian Dream.

But Malaysians must first re-unite and ensure that there is political stability in the country.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang to a delegation from Tanjong in Penang visiting the Theatre Impian, Bukit Jalil on Thursday, 15th June 2023 at 7 pm)


Rakyat Malaysia tidak mahu menjadi penternak lembu atau khinzir sebaliknya kita mahu menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia

Terdapat banyak naratif salah di Malaysia hari ini yang diasaskan kepada penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian.

Sesetengah naratif palsu ini cuba mengatakan yang orang Islam di Malaysia perlu memilih sama ada mahu menjadi penternak lembu atau penternak khinzir, manakala satu lagi pula cuba mengatakan yang orang Melayu dan orang Islam sedang terancam di Malaysia.

Rakyat Malaysia, sama ada Islam atau bukan Islam, tidak mahu menjadi penternak lembu atau penternak khinzir, sebaliknya kita semua mahu menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada seluruh dunia.

Atau seperti yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Adakah visi untuk rakyat Malaysia menjadi juara dunia, menunjukkan contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun, atau menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” seperti yang dikatakan Tunku ini berada di luar kapasiti dan kebolehan intelek generasi hari ini?

Saya tidak berasakan begitu. Saya tidak rasa yang visi kita semasa kita mencapai kemerdekaan lebih dari setengah abad yang lepas pada tahun lima puluh dan enam puluhan kini berada di luar kapasiti apa yang dapat dicapai oleh rakyat Malaysia dalam abad ke-21 — saya juga tidak merasakan yang negara kita sudah ditakdirkan untuk terus terjunam ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dan bukannya menjadi sebuah negara terbaik dunia.

Sejak kita mencapai kemerdekaan, ramai rakyat Malaysia telah berhijrah untuk menjadikan negara-negara lain yang hebat, untuk mengubah negara-negara ini dari sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju dalam tempoh dua generasi.

Rakyat-rakyat Malaysia ini sepatutnya berada di Malaysia untuk menjadikan Malaysia hebat.

Adakah orang Melayu dan Islam di Malaysia sedang terancam?

Mereka yang percaya orang Melayu dan Islam di Malaysia sedang terancam patut melawat ke Museum Kesenian Islam Malaysia, yang telah saya lawati semalam.

Museum ini ditubuhkan pada bulan Disember 1998 sebagai respons terhadap minat yang semakin berkembang terhadap kesenian Islam di seluruh dunia. Dengan kesedaran ini, Malaysia telah menjadi rumah kepada museum terbaik dalam menjaga, mengumpul, memulihara, dan mendidik mengenai kesenian Islam.

Di antara tarikan utama adalah galeri-galeri dunia India, China, dan Melayu.

Pelawat dapat mempelajari mengenai perkembangan pesat tamadun Islam dan Islam kini adalah agama yang paling pantas tersebar di dunia.

Mereka yang menyebarkan naratif palsu kononnya Melayu dan Islam kini sedang terancam patut melawat Museum Kesenian Islam ini untuk menyedari betapa salahnya “perang saraf siber” mereka yang diasaskan kepada penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian.

Perkara ini menjadi satu ancaman besar kerana hampir mustahil untuk kerajaan dan rakyat yang bimbang mengenai perkara ini untuk menggerakkan konsensus negara untuk mengambil tindakan untuk melawan naratif-naratif palsu sebegini.

Semua orang perlu bimbang dengan kebanjiran “berita palsu” dan peningkatan gambar-gambar palsu yang mengaburi garis di antara realiti dan fiksyen dan mengganggu maklumat dan kepercayaan.

Rakyat Malaysia perlu mengubah krisis maklumat dan kepercayaan pada hari ini kepada satu peluang untuk menyelesaikan krisis di mana rakyat Malaysia membangunkan kecelikan media untuk boleh membezakan di antara perkara yang betul dan yang palsu, membezakan di antara maklumat dan berita palsu.

Marilah kita gunakan enam pilihan negeri yang bakal berlangsung ini sebagai langkah untuk menentukan sama ada Malaysia sedang menjunam merosot menjadi sebuah negara yang berpecah belah dan gagal atau berlumba ke atas menjadi juara dunia dan contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, tidak boleh membazirkan peluang untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asas sebuah Malaysia yang majmuk — kerana peluang sebegini tidak mungkin akan muncul lagi buat kali kedua.

Kerana inilah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah menasihati semua rakyat Malaysia untuk mengekalkan kestabilan politik dan memulihkan perpaduan negara supaya rakyat Malaysia mampu untuk menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh tauladan dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Penubuhan Kerajaan Perpaduan Anwar ini telah memberikan peluang unik untuk kita tetapkan semula dan kembalikan negara kepada prinsip-prinsip pembinaan negara Malaysian yang majmuk — prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, sebuah kerajaan yang jujur dan bersih, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, usaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Adakah kita ingin terus bertelagah di antara satu sama lain dan membiarkan ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur untuk terus mempolarisasikan hubungan antara kaum dan agama di dalam negara melalui penipuan, fitnah, dan berita palsu yang kononnya ada kaum atau agama tertentu sedang diancam untuk dihapuskan oleh kaum atau agama lain, atau adakah kita akan bangkit kepada realiti yang “Masa tidak Menunggu Sesiapa” dan persaingan sebenar untuk rakyat Malaysia adalah bukan di antara kita tetapi sebenarnya dengan seluruh dunia.

Adakah rakyat Malaysia akan terus untuk berhijrah ke luar negara untuk menjadikan negara lain yang hebat atau adakah kita akan bersatu padu dan memastikan adanya kestabilan politik untuk menjadikan Malaysia yang hebat?

Bolehkah Malaysia menyumbang ke arah keamanan dan keharmonian dunia untuk mengelakkan pertembungan di antara tamadun?

Saya percaya Malaysia, yang berada di titik pertemuan empat tamadun hebat, mampu memainkan peranan ini.

Teater Impian didedikasikan kepada Impian Malaysia untuk negara kita menjadi sebuah negara juara dunia sekali lagi.

Kita perlu penuhi dimensi antarabangsa dengan Impian Malaysia.

Tetapi, rakyat Malaysia perlulah bersatu padu terlebih dahulu dan memastikan adanya kestabilan politik di dalam negara.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang kepada delegasi lawatan dari Tanjong, Pulau Pinang ke Teater Impian, Bukit Jalil pada hari Khamis, 15 Jun 2023 pada jam 7 petang)

Exit mobile version