Fully endorse Azalina’s efforts to set up the Ombudsman in Malaysia


(Versi BM)

I fully endorse the efforts of the Minister in the Prime Minister’s Department (Legal and Institutional Reform), Azalina Othman to set up the Ombudsman in Malaysia.

I had advocated the Ombudsman institution for Malaysia over half a century ago, and although in the intervening decades, the Ombudsman system in other countries had been the subject of study by the Malaysian government, the Ombudsman system was never set up in Malaysia.

In my meeting with Azalina in February this year, I had suggested that the Ombudsman was one of the innovations which the Minister should look into.

I applaud Azalina for her commitment to set up the Ombudsman system in Malaysia, with her stating in May that the Ombudsman Malaysia Bill is expected to be tabled in Parliament in October.

The Ombudsman Malaysia’s policies would be based on similar policies and laws in other countries such as the United Kingdom and New Zealand, and will provide clearer functions and powers of Ombudsman Malaysia, which also include management of public complaints against government departments or agencies.

The Ombudsman Malaysia will be an independent body to address the wide range of public complaints against government departments or agencies in line with the government’s agenda which emphasises transparency and integrity.

The engagement session with Members of Parliament yesterday regarding the establishment of Ombudsman Malaysia is commendable as the purpose of establishing Ombudsman Malaysia is to replace and improve the functions of the Public Complaints Bureau (PCB) in serving the public to resolve complaints and promoting good governance in the public sector.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, 15th June 2023)


Sokong penuh usaha Azalina untuk menubuhkan Ombudsman di Malaysia

Saya sokong penuh usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman, untuk menubuhkan badan Ombudsman di Malaysia.

Saya telah menggesa penubuhan institusi Ombudsman di Malaysia sejak setengah abad yang lepas, dan walaupun dalam dekad-dekad selepas gesaan ini, sistem-sistem Ombudsman di negara lain telah dikaji oleh Kerajaan Malaysia, sistem ini tidak pernah ditubuhkan.

Dalam perjumpaan saya dengan Azalina pada bulan Februari tahun ini, saya telah mencadangkan institusi Ombudsman ini sebagai salah satu inovasi yang patut dikaji untuk dilaksanakan oleh Menteri.

Saya puji Azalina atas komitmennya untuk menubuhkan sistem Ombudsman di Malaysia, dengan kenyataannya pada bulan Mei yang mengatakan rang undang-undang Ombudsman Malaysia akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober.

Dasar Ombudsman Malaysia ini patut diasaskan kepada dasar-dasar yang serupa seperti di negara-negara lain seperti United Kingdom dan New Zealand dan patut memberikan fungsi dan kuasa yang jelas kepada institusi ini, yang patut juga merangkumi aduan awam terhadap jabatan atau agensi kerajaan.

Ombudsman Malaysia perlulah menjadi satu badan bebas untuk menerima pelbagai bentuk aduan awam terhadap jabatan dan agensi kerajaan, selari dengan agenda kerajaan untuk menekankan prinsip ketelusan dan integriti.

Sesi libat urus bersama Ahli-ahli Parlimen semalam mengenai penubuhan Ombudsman Malaysia ini adalah satu perkara yang bagus memandangkan tujuan penubuhan Ombudsman Malaysia adalah untuk menggantikan dan menambah baik fungsi yang dijalankan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) dalam berkhidmat kepada rakyat untuk menyelesaikan aduan-aduan dan mempromosikan tadbir urus yang baik dalam sektor awam.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya, pada hari Khamis, 15 Jun 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.