Islam and other religions are not under threat in Malaysia and anyone who creates such scare stories is polarising race and religious relations and undermining national unity


(Versi BM)

Islam and other religions are not under threat in Malaysia and anyone who creates such scare stories is polarising race and religious relations and undermining national unity, and stern action should be taken against them.

The Centre for Independent Journalists (CIJ), together with the University of Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia, and Univesiti Malaysia Sabah recently released a report titled “Social Media Monitoring of Malaysia’s 15th General Elections” which found that PAS and its president Abdul Hadi Awang were the most strident in inciting ethnic-based narratives on social media in the lead-up to the 15th general election (GE15).

Is this the reason why PAS and Hadi had been silent on the damning findings of the analysis which found Hadi and PAS as the biggest amplifiers of race and religion in the last general election?

Are the six state elections expected by August to see the continued weaponisation of racial and religious issues online by political parties, gravely undermining national unity?

I urge the government to monitor hate speech and divisive language on the social media platforms which gravely undermined national unity, and to act on the recommendations of the report on the social media in the 15th General Elections.

Among the recommendations are the establishment of a multi-stakeholder Independent Commission to address the escalation of harmful narrative and hate speech, which should be tasked to:

  • Review the root causes and drivers of harmful narratives and hate speech, especially in the context of race and religion;
  • Consult with civil society organisations to better understand the nature of hate speech and its likelihood of harm and how to proportionately respond to hate speech; and
  • Develop concrete actions and recommendations, across different actors and platforms, and in line with international standards, specifically the Rabat Plan of Action.

The analysis also recommended that the government initiate more comprehensive media and digital literacy programmes to educate students and public on the dangers of hate speech and promote equality, non-discrimination, diversity, and inclusivity.

But the government should ensure that any measures adopted to combat hate speech do not unduly impair freedom of expression and speech.

I call on the government to give a Ministerial statement before Parliament ends tomorrow on its response to the report “Social Media Monitoring. of Malaysia’s 15th General Elections”.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Wednesday, 14th June 2023)


Islam dan agama-agama lain tidak terancam di Malaysia, dan sesiapa yang mencipta kisah-kisah sebegini hanya cuba untuk mempolarisasi hubungan antara kaum dan agama dan merendah-rendahkan usaha perpaduan negara

Islam dan agama-agama lain tidak terancam di Malaysia, dan sesiapa yang mencipta kisah-kisah sebegini hanya cuba untuk mempolarisasi hubungan antara kaum dan agama dan merendah-rendahkan usaha perpaduan negara, dan tindakan tegas perlulah diambil terhadap mereka ini.

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), bersama dengan University of Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia, dan Universiti Malaysia Sabah, baru-baru ini telah menerbitkan satu laporan yang bertajuk “Pemantauan Media Sosial semasa Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia” yang telah mendapati PAS dan presidennya, Abdul Hadi Awang, sebagai salah satu pihak yang paling kerap menggunakan naratif yang berasaskan etnik di media sosial dalam masa-masa yang membawa kepada tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Adakah ini sebabnya PAS dan Hadi senyap sepi mengenai hasil analisa yang mendapati Hadi dan PAS merupakan pengguna terbesar retorik perkauman dan keagamaan dalam pilihan raya umum yang lepas?

Adakah kita akan menyaksikan penyalahgunaan isu-isu perkauman dan keagamaan dalam pilihan raya negeri yang dijangka berlangsung pada bulan Ogos yang akan datang, yang pastinya akan menjejaskan perpaduan dalam negara?

Saya gesa kerajaan untuk terus memantau ucapan kebencian dan bahasa-bahasa yang membawa kepada perpecahan di platform media sosial yang telah menjejaskan perpaduan negara, dan supaya kerajaan bertindak dengan cadangan-cadangan laporan mengenai media sosial dalam pilihan raya umum ke-15 ini.

Antara cadangan mereka adalah penubuhan sebuah Jawatankuasa Bebas dengan pelbagai pemegang taruh untuk menangani penyebaran naratif yang berbahaya dan ucapan kebencian, dan jawatankuasa ini hendaklah diberikan tanggungjawab untuk:

  • Meneliti punca utama dan penggerak naratif berbahaya dan ucapan kebencian, terutamanya dalam konteks kaum dan agama;
  • Untuk merujuk pertubuhan masyarakat madani untuk memahami lumrah ucapan kebencian dan kemungkinan untuk ucapan-ucapan ini menyebabkan bahaya dan bagaimana untuk memberikan tindak balas yang berpatutan terhadap ucapan kebencian; dan
  • Membangunkan tindakan dan cadangan yang kukuh, yang melibatkan semua pihak dan platform, yang selari dengan piawaian antarabangsa, terutamanya Rancangan Tindakan Rabat.

Kajian ini juga mencadangkan supaya kerajaan melancarkan program kecelikan media dan digital yang lebih menyeluruh untuk mendidik para pelajar dan orang awam mengenai bahaya ucapan kebencian dan untuk mempromosikan kesaksamaan, prinsip tidak mendiskriminasi, kepelbagaian, dan inklusiviti.

Tetapi kerajaan juga perlu memastikan yang sebarang tindakan yang dibuat untuk melawan ucapan kebencian tidak sewenang-wenangnya menyekat kebebasan bersuara.

Saya menyeru supaya kerajaan memberikan satu Kenyataan Menteri sebelum sidang Parlimen berakhir esok mengenai respons kerajaan terhadap laporan “Pemantauan Media Sosial dalam Pilihan Raya Umum ke-15 di Malaysia”.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya, pada hari Rabu, 14 Jun 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.