I thank all for their views as to what I should do after my retirement from frontline DAP leadership, including the PAS President, Hadi Awang.
I may be anti-Hadi unless he changes his ways but to call me anti-Islam and promoting Islamophobia is like calling Saudi Arabia anti-Islam and promoting Islamophobia for banning Hadi and describing him as akin to a terrorist.
I still remember Hadi slamming Saudi Arabia five years ago as among the Gulf states like Egypt, the UAE, and Bahrain, for believing more in Zionists than in Allah and Islam when the quartet of Gulf States added the IUMS, the International Islamic Council, to its terror list.
I do not regard as Hadi as a terrorist but he seems to suffer from intellectual inadequacies if he regarded my suggestion that PAS should join the Anwar Unity Government as not a personal one, but an official invitation from the DAP or Anwar Unity Government.
His silence to the three proposals I put to him shows that he is not prepared to be a responsible, honest, and respected Islamic leader, the conditions I had laid down for PAS to join the Anwar unity government.
I note Hadi’s attack yesterday accusing the DAP as a purveyor of secularism through the “Malaysian Malaysia” concept, but I merely want to point out that the first and the third Prime Ministers of Malaysia, Tunku Abdul Rahman and Tun Hussein Onn, had stressed that Malaysia should not be turned into an Islamic State.
I do not want to be a person who make wild and preposterous allegations, and when challenged was unable to present an iota of evidence to substantiate the allegations, or self-invite to join a government.
In a Facebook post yesterday, Hadi said that non-Muslims’ wellbeing will be threatened if they “cross the line” in their behaviour towards Muslims in Malaysia.
He said that DAP has been nothing but a nuisance to a country ever since the party was founded and has “gone too far”.
I believe that no race or religion is under threat, not Islam or any other of the great religions of the world which have found a home in Malaysia.
But there are extremists who want the people to believe that a race or a religion is under threat by other races and religions, and this is why they are opposed to the objective to make Malaysia a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance or harmony.
For Malaysia to be a role model for the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony, there must unity and moderation among Malaysians, regardless of race, religion or region.
This is why it is important for a survival, justice, and prosperity of the nation that there should be a reset and a return to the original nation-building principles of a plural Malaysia which the nation’s founding fathers have written into the Constitution and Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths, good governance, public integrity, meritocracy, respect for human rights and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural diversity.
In the campaign for a reset and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia (included in the ranks were the first three Prime Ministers of Malaysia who were UMNO Presidents) we must not allow words to lose all meaning, where extremism is regarded as “moderate”, and being “moderate” becomes “extremism”.
Malaysia is now faced with a choice of destiny — whether Malaysians regardless of race, religion or region unite as Malaysians while retaining their separate ethnic and religious identities to become a first-rate world-class nation, or we continue with our national decline to end up as a divided, failed, rogue, and kleptocratic state in the next few decades.
This is why Malaysia needs Anwar Ibrahim as the 10th Prime Minister, not only for the next five years but for the next 10 years.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, 1st June 2023)
Saya mungkin anti-Hadi jika dia tidak mahu berubah tetapi untuk mengatakan saya sebagai seorang yang anti-Islam dan mempromosikan Islamofobia adalah seperti mengatakan Arab Saudi anti-Islam dan mempromosikan Islamofobia kerana mengharamkan Hadi dari masuk ke negara tersebut dan menggambarkannya seperti seorang pengganas
Saya ingin berterima kasih kepada semua orang untuk pandangan mereka mengenai apa yang saya patut lakukan selepas persaraan saya dari pimpinan barisan hadapan DAP, termasuklah kepada Presiden PAS, Hadi Awang.
Saya mungkin anti dengan Hadi melainkan dia bersedia untuk berubah, tetapi untuk mengatakan saya sebagai seorang yang anti-Islam dan mempromosikan Islamofobia adalah seperti mengatakan Arab Saudi anti-Islam dan mempromosikan Islamofobia kerana mengharamkan Hadi dari masuk ke negara tersebut dan menggambarkannya seperti seorang pengganas,
Saya masih ingat ketika Hadi menghentam Arab Saudi lima tahun lepas — sebagai salah satu dari beberapa negara Timur Tengah seperti Mesir, UAE, dan Bahrain — kerana lebih percaya dengan pihak Zionis berbanding dengan Allah dan Islam apabila keempat-empat negara ini meletakkan IUMS — Majlis Islam Antarabangsa — dalam senarai pengganas.
Saya tidak anggap Hadi sebagai seorang pengganas, tetapi dia kelihatan seperti menderita kekurangan intelektual sekiranya dia menganggap cadangan saya untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan Anwar sebagai satu jemputan rasmi dari DAP atau Kerajaan Perpaduan Anwar dan bukannya hanya sebagai cadangan peribadi saya.
Kesenyapannya terhadap tiga cadangan yang saya berikan kepadanya — syarat yang saya berikan untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan Anwar — menunjukkan yang dia tidak bersedia untuk menjadi seorang pemimpin Islam yang bertanggungjawab, jujur, dan dihormati.
Saya perhati serangan Hadi semalam yang menuduh bahawa DAP membawa agenda sekularisme melalui konsep “Malaysian Malaysia”, tetapi saya hanya ingin tekankan bahawa Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan ketiga, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn, pernah menekankan yang Malaysia tidak patut diubah menjadi sebuah Negara Islam.
Saya tidak mahu menjadi seseorang yang sesuka hati membuat tuduhan liar dan tidak masuk akal, dan apabila dicabar, gagal untuk memberikan sekelumit bukti sekalipun, atau menjadi seseorang yang menjemput dirinya sendiri untuk menyertai sesebuah kerajaan.
Dalam satu hantaran Facebook semalam, Hadi mengatakan yang kebajikan orang bukan Islam akan terancam sekiranya mereka “melampau” dalam perbuatan mereka terhadap orang Islam di Malaysia.
Dia mengatakan yang DAP hanyalah menjadi gangguan kepada negara sejak penubuhan parti tersebut dan sudah “melampau”.
Saya percaya tidak ada mana-mana kaum atau agama sedang terancam, bukan Islam atau mana-mana agama hebat lain dunia yang bertempat di Malaysia.
Tetapi, ada pelampau yang mahu rakyat untuk percaya yang ada kaum atau agama yang sedang diancam oleh kaum dan agama yang lain, dan kerana inilah mereka menentang matlamat untuk menjadikan Malaysia contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.
Untuk Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia, perlu adanya perpaduan dan kesederhanaan dalam kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan.
Kerana inilah, demi kelangsungan, keadilan, dan kemakmuran negara, perlunya ada penetapan semula dan untuk kita semua kembali semula kepada prinsip-prinsip asal pembinaan negara majmuk Malaysia yang telah diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — prinsip-prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, Islam sebagai agama rasmi negara dengan kebebasan beragama untuk semua kepercayaan, tadbir urus yang baik, integriti awam, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan negara dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.
Dalam kempen untuk menetapkan semula negara dan mengembalikan negara kepada prinsip asal pembinaan sebuah negara majmuk Malaysia ini (yang juga didokong oleh tiga Perdana Menteri terawal negara), kita tidak boleh biarkan kata-kata untuk kehilangan maknanya, di mana sifat “melampau” dilihat sebagai “bersederhana” dan “bersederhana” dilihat sebagai “melampau”.
Malaysia kini berhadapan dengan pilihan untuk masa hadapannya — sama ada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, agama, atau kawasan, bersatu padu sebagai rakyat Malaysia sambil mengekalkan identiti etnik dan keagamaan masing-masing untuk membentuk sebuah negara hebat bertaraf dunia, atau kita teruskan kemerosotan negara untuk menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik dalam beberapa dekad yang akan datang.
Kerana inilah Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, bukan hanya untuk lima tahun yang akan datang, tetapi untuk 10 tahun yang akan datang.
(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya, pada hari Khamis, 1 Jun 2023)