What was Hadi smoking when he claimed that PAS was offered the chance to join the Anwar unity government?


(Versi BM)

What was Hadi Awang smoking when he claimed that PAS was offered the chance to join the Anwar unity government?

Hadi has been challenged by an UMNO Supreme Council member to reveal the identity of the individual who offered his party the chance to join the unity government.

I will not be surprised if Hadi is unable to reveal the identity of the individual, because this person does not exist, in the same way that Hadi has been unable to substantiate the numerous wild and preposterous allegations he has made against the DAP and me.

Hadi accused DAP and me of promoting Islamophobia. If so, Hadi had been remiss in his previous duties as Special Envoy to the Middle East to two Prime Ministers when he failed to lodge a report to the Organisation of Islamic Co-operation (OIC) Islamophobia Observatory.

Furthermore, he has compounded his dereliction of duty as a Member of Parliament by failing to raise the matter in Parliament, because it is completely unacceptable that Islamophobia is allowed in anyone of the 57 OIC countries.

PKR deputy president Rafizi Ramli has denied Hadi’s claim that PKR had offered the party to join the government.

Rafizi said he had never heard of such an invitation despite being directly involved in the formation of the government after the 15th general election.

It is quite demeaning for Hadi to be told by the UMNO President, Ahmad Zahid Hamidi, to stop daydreaming and claimed that PAS had been offered to be part of the Anwar unity government.

Hadi asserted that PAS should be given a dominant role as it had the most number of parliamentary seats, of all parties.

Does Hadi want to be the Prime Minister?

This shows Hadi’s lack of sincerity in wanting to be part of the unity government, as he is more interested in PAS domination than in unity.

Or could Hadi mistake my suggestion that PAS should work together with the Anwar Unity Government to resolve long-standing issues of the 60-year water problem and the lack of development in Kelantan, Terengganu, and Kedah as an official invitation to Hadi for PAS to join the Anwar unity government?

Hadi cannot be unaware of my clarification that this was my personal idea and not that of DAP or that of the Anwar unity government as I have not discussed it with the DAP Secretary-General Anthony Loke or any other DAP leaders, let alone the leaders and Ministers of the Anwar unity government.

Although I support the idea of PAS being part of the Anwar unity government, PAS must demonstrate a change of attitude to show that it supports the Yang di Pertuan Agong’s call for political stability and national unity in Malaysia.

For a start, is Hadi prepared to retract and apologise for the numerous wild and preposterous allegations he has made against the DAP and me?

Secondly, will PAS MPs show that they will stop playing up race and religious issues and be model MPs who support political stability and national unity?

Thirdly will PAS support the objective to make Malaysia the role model for the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Monday, 29th May 2023)


Apakah yang difikirkan Hadi apabila dia mendakwa PAS ditawarkan peluang untuk menyertai kerajaan perpaduan Anwar?

Apakah yang difikirkan Hadi Awang apabila dia mendakwa yang PAS ditawarkan peluang untuk menyertai kerajaan perpaduan Anwar?

Hadi telah dicabar oleh seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk mendedahkan identiti individu yang memberikan tawaran kepada partinya untuk menyertai kerajaan perpaduan.

Saya tidak terkejut sekiranya Hadi gagal untuk mendedahkan identiti individu ini kerana individu ini tidak wujud, sama seperti mana apabila Hadi gagal untuk memberikan bukti untuk pelbagai tuduhan liar dan tidak masuk akal yang dibuatnya terhadap DAP dan saya sebelum ini.

Hadi telah menuduh DAP dan saya sebagai kononnya mempromosikan Islamofobia. Sekiranya betul, Hadi telah gagal dalam tanggungjawabnya sebagai Duta Khas ke Timur Tengah untuk dua orang Perdana Menteri apabila dia gagal melaporkan insiden Islamofobia ini kepada Badan Pemerhati Islamofobia Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Tambahan lagi, dia juga gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Ahli Parlimen untuk membangkitkan perkara ini di Parlimen, kerana sangatlah tidak diterima untuk Islamofobia dibiarkan di dalam mana-mana dari 57 negara OIC.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, telah menafikan dakwaan Hadi yang mengatakan PKR menawarkan parti tersebut untuk menyertai kerajaan.

Rafizi mengatakan yang dia tidak pernah mendengar apa-apa mengenai jemputan sebegitu walaupun dia terlibat secara langsung dalam usaha pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15.

Agak memalukan untuk Hadi diberitahu Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, untuk berhenti berangan mengenai tawaran kononnya PAS ditawarkan menyertai kerajaan perpaduan Anwar.

Hadi menegaskan yang PAS patut diberikan peranan dominan memandangkan mereka mempunyai jumlah kerusi terbanyak dari kalangan semua parti.

Adakah Hadi hendak menjadi Perdana Menteri?

Perkara ini menunjukkan ketiadaan kejujuran Hadi dalam cubaan menyertai kerajaan perpaduan kerana dia lebih berminat dengan dominasi PAS dan bukannya perpaduan.

Atau adakah Hadi tersilap baca cadangan saya untuk PAS bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Anwar untuk menyelesaikan masalah-masalah yang telah lama berlanjutan, seperti masalah air selama 60 tahun dan masalah kekurangan pembangunan di Kelantan, Terengganu, dan Kedah sebagai satu jemputan rasmi untuk Hadi atau PAS menyertai kerajaan perpaduan Anwar?

Tidak mungkin untuk Hadi tidak sedar mengenai penjelasan saya bahawa perkara ini adalah idea peribadi saya dan bukannya cadangan dari DAP atau kerajaan perpaduan Anwar kerana saya tidak berbincang mengenai perkara ini dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, atau mana-mana pemimpin DAP yang lain, apatah lagi dengan para pemimpin atau menteri dari kerajaan perpaduan Anwar.

Walaupun saya menyokong idea untuk PAS menyertai kerajaan perpaduan Anwar, PAS perlu menunjukkan yang mereka bersedia untuk menunjukkan perubahan dengan menyokong titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang menyeru supaya adanya kestabilan politik dan perpaduan nasional dalam negara.

Sebagai permulaan, adakah Hadi bersedia untuk menarik semula dan memohon maaf untuk pelbagai tuduhan liarnya sebelum ini yang dibuat terhadap DAP dan saya?

Kedua, adakah Ahli-ahli Parlimen PAS akan menunjukkan yang mereka akan berhenti memainkan isu-isu perkauman dan keagamaan dan sebaliknya menjadi contoh tauladan sebagai Ahli Parlimen yang menyokong kestabilan politik dan perpaduan nasional?

Ketiga, adakah PAS akan menyokong matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia?

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang, pada hari Isnin, 29 Mei 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.