Malaysians must not allow the abuses of social media — lies, falsehoods and fake news — to take a new form in rewriting history as in denying a Sheraton Move political conspiracy in February 2020 and blaming DAP for plotting the toppling of Mahathir as Prime Minister of Pakatan Harapan Government


(Versi BM)

Malaysians must not allow the abuses of social media — lies, falsehoods, and fake news — to take a new form in rewriting history as in denying the existence of Sheraton Move political conspiracy in February 2020 and blaming DAP for plotting the toppling of Mahathir Mohammad as Prime Minister of Pakatan Harapan Government.

An attempt was made by the Bersatu Deputy President to use lies, falsehoods, and fake news to rewrite such history which, writer Kee Thuan Chye has described in his Facebook as “the most ridiculous and dishonest thing” he ever heard.

The Sheraton Move political conspiracy was based on lies, falsehoods and fake news, which included the wild and preposterous allegations that the Prime Minister, was a “stooge” of DAP and that the Mahathir government was “DAP-dominated”.

Mahathir is on public record as stating that “All the talk about the DAP having me under their thumb or the DAP plotting to take over the country was utter nonsense” and he said that he never felt any pressure from the DAP when he was Prime Minister.

I attended the Pakatan Harapan Presidential Council meeting on the night of 21 February 2020.

Mahathir was told by Muhyiddin Yassin and other Bersatu leaders before the meeting that he would be asked to step down in May 2020 and that Mahathir would be asked to appoint Anwar Ibrahim as Deputy Prime Minister, failing which Mahathir would be obliged to state the date of his relinquishment of the post of Prime Minister to Anwar.

None of this happened at the Pakatan Harapan Presidential Council meeting.

There was no pressure on Mahathir to step down at any time, and he had full discretion to decide when he would retire, although he indicated at the meeting that he would step down after the APEC meeting at the end of the year.

I left the meeting thinking that Malaysia had survived a critical political test and was shocked when the Sheraton Move political conspiracy happened the following Sunday and Mahathir was toppled thereafter as Pakatan Harapan Prime Minister.

The Sheraton Move political conspiracy, built on lies, falsehoods and fake news that Mahathir was a DAP stooge and his government DAP-dominated, spawned two illegitimate and unconstitutional governments — the Muhyiddin Yassin and Ismail Sabri governments.

We must not allow Bersatu spin-doctors and fraudsters to now rewrite history by denying that there was a Sheraton Move political conspiracy in February 2020 and to cleanse Muhyiddin Yassin and Azmin Ali of their historic sin by claiming that the DAP was plotting to topple Mahathir as Pakatan Harapan Prime Minister.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Sunday, 28th May 2023)


Rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan media sosial disalahguna — penipuan, fitnah, dan berita palsu — dalam bentuk baharu melalui cubaan untuk menulis semula sejarah dengan menafikan konspirasi politik Langkah Sheraton yang terjadi pada Februari 2020 dan cubaan untuk menyalahkan DAP untuk kejatuhan Mahathir sebagai Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan

Rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan media sosial disalahguna — penipuan, fitnah, dan berita palsu — dalam bentuk baharu melalui cubaan untuk menulis semula sejarah dengan menafikan konspirasi politik Langkah Sheraton yang terjadi pada Februari 2020 dan cubaan untuk menyalahkan DAP untuk kejatuhan Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan.

Satu cubaan telah dibuat oleh Timbalan Presiden Bersatu untuk menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk menulis semula sejarah, yang telah dikatakan oleh penulis Kee Thuan Chye di laman Facebooknya sebagai satu “perkara yang paling tidak masuk akal dan tidak jujur” yang pernah didengarnya.

Konspirasi politik Langkah Sheraton diasaskan kepada penipuan, fitnah, dan berita palsu, yang merangkumi tuduhan liar dan tidak masuk akal yang kononnya Perdana Menteri adalah “alat” DAP dan kononnya kerajaan Mahathir “didominasi DAP”.

Mahathir direkodkan sebagai mengatakan yang “Semua kata-kata mengenai DAP mengawal saya atau DAP sedang cuba mengambil alih negara tidak masuk akal” dan dia mengatakan yang tidak pernah merasakan apa-apa tekanan dari DAP semasa menjadi Perdana Menteri.

Saya menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada malam 21 Februari 2020.

Mahathir diberitahu oleh Muhyiddin Yassin dan para pemimpin Bersatu yang lain sebelum mesyuarat tersebut yang dia akan diminta untuk meletakkan jawatan menjelang Mei 2020 dan Mahathir akan diminta untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang mana sekiranya dia gagal berbuat demikian, dia akan dipaksa untuk memberikan tarikh bila dia akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Sebaliknya, perkara ini tidak terjadi semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Tidak ada tekanan terhadap Mahathir untuk meletakkan jawatan pada bila-bila masa, dan dia ada kuasa penuh untuk memutuskan bila untuk bersara, walaupun dia telah menunjukkan niat untuk meletakkan jawatan selepas persidangan APEC yang bakal berlangsung pada penghujung tahun tersebut.

Saya meninggalkan mesyuarat ini memikirkan yang Malaysia telah berjaya melalui satu lagi ujian politik yang kritikal dan saya kemudiannya terkejut apabila konspirasi politik Langkah Sheraton terjadi pada hari Ahad dan Mahathir kemudiannya dijatuhkan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Konspirasi politik Langkah Sheraton, dibina di atas asas penipuan, fitnah, dan berita palsu yang kononnya Mahathir adalah “alat” DAP dan kononnya kerajaannya didominasi DAP, telah melahirkan dua kerajaan yang tidak sah — kerajaan Muhyiddin Yassin dan kerajaan Ismail Sabri.

Kita tidak boleh biarkan kaki pusing dan penipu dari Bersatu untuk menulis semula sejarah dengan menafikan wujudnya konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 sebagai cubaan untuk mereka membersihkan nama Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali dari dosa mereka yang menuduh DAP sebagai merancang untuk menumbangkan Mahathir dari menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang, pada hari Ahad, 28 Mei 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.