Another 45-year wrong to be immediately rectified by Saifuddin — lift the ban on “The Golden Son of the Kadazan”


(Versi BM)

The Home Minister, Saifuddin Nasution Ismail should be commended for his instruction for fresh investigations “on an urgent basis” into the claim that the National Registration Department (NRD) had seized the MyKad of an elderly cancer patient in Sarawak, Lina (Samuel), and his undertaking that he would expedite reissuing a MyKad to Lina if she is able to prove that she was born in Malaysia.

Also worthy of commendation is the special task force that Saifuddin has set up to resolve issues of citizenship, especially in Sarawak as the NRD has gathered 948 cases of children without citizenship.

The NRD has also formed a special team to assist residents in rural Sarawak who face documentation issues and will go house to house to assist those who are unable to visit the NRD office.

There is another 45-year wrong waiting to be immediately rectified by Saifuddin following the declassification of the 1976 Double-Six Nomad Crash Investigation Report. The declassification of the Investigation Report of the Nomad Crash in Kota Kinabalu on June 6, 1976, which killed the then Sabah Chief Minister, Tun Fuad Stephens and three Sabah state Ministers, Salleh Sulong, Peter Mojuntin, and Chong Thien Vun, had raised the question not only from the next-of-in of the 11 deceased, but among Malaysians why such a straight-forward account of the Nomad crash could have been kept under lock-and-key of the Official Secrets Act for 47 years.

Today was exactly the day 47 years ago of the 1976 Sabah state general election when the newly-formed Berjaya defeated USNO and Tun Mustapha Datu Harun to form the new Sabah State Government, but the rejoicing for a new era for Sabah lasted for only 52 days before the Double-Six Nomad crash — which changed the history of Sabah.

Bernard Sta Maria wrote a biography of the major architect of the New Sabah after USNO rule, Peter Mojuntin but his book ‘The Golden Son of the Kadazan” was banned.

I urge Saifuddin to read Bernard’s book, for he would find nothing in the book to justify the ban, just as there is no reason or justification for classifying the investigation report of the Double Six Nomad Crash under the Official Secrets Act for 47 years.

In fact, Bernard has rightly described Peter Mojuntin as an exemplary Malaysian who was inspired by original nation-building principles of Malaysia as entrenched by the nation’s founding fathers in the Constitution and the Rukun Negara to become a world-class Malaysia and not to be failed, divided, and kleptocratic state; where Malaysia is a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational understanding, tolerance and harmony instead of a land of religious persecution and discrimination.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Friday, 14th April 2023)


Satu lagi kesilapan yang berlanjutan selama 45 tahun yang perlu diperbetulkan oleh Saifuddin — batalkan pengharaman terhadap buku “The Golden Son of the Kadazan”

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, patut dipuji atas arahannya supaya siasatan baharu “segera” dijalankan terhadap dakwaan yang mengatakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah merampas MyKad seorang pesakit kanser warga emas di Sarawak, Lina (Samuel), dan janjinya untuk mempercepatkan pengeluaran semula MyKad kepada Lina sekiranya dia dapat membuktikan yang dia lahir di Malaysia.

Usaha membentuk pasukan khas oleh Saifuddin untuk menyelesaikan isu berkaitan kewarganegaraan, terutamanya di Sarawak di mana JPN telah mengumpulkan sejumlah 948 kes kanak-kanak tanpa kewarganegaraan juga patut dipuji.

JPN juga telah membentuk pasukan khas untuk membantu penduduk di kawasan pedalaman Sarawak yang berhadapan dengan isu mengenai dokumentasi untuk bergerak dari rumah ke rumah untuk membantu mereka yang tidak dapat hadir ke pejabat JPN.

Ada satu lagi kesilapan yang telah berlarutan selama 45 tahun yang patut diperbetulkan secepat mungkin oleh Saifuddin selepas nyahklasifikasi Laporan Siasatan Nahas Double-Six Nomad 1976. Nyahklasifikasi laporan siasatan nahas yang terjadi pada 6 Jun 1976 yang telah mengorbankan nyawa Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens, bersama tiga orang menteri negeri Sabah, Salleh Sulong, Peter Mojuntin, dan Chong Thien Vun, telah menimbulkan persoalan — bukan sahaja daripada waris-waris mangsa, tetapi juga rakyat Malaysia — mengenai mengapa laporan ini dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi selama 47 tahun.

Hari ini genap 47 tahun sejak pilihan raya negeri Sabah 1976 yang menyaksikan parti Berjaya yang baru dibentuk mengalahkan USNO dan Tun Mustapha Datu Harun untuk membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu, di mana keraian untuk era baharu untuk Sabah ini hanya dapat bertahan selama 52 hari sebelum nahas Double-Six Nomad terjadi dan mengubah sejarah Sabah sehingga hari ini.

Bernard Sta Maria telah menulis biografi arkitek utama Sabah Baharu di bawah pentadbiran USNO, Peter Mojuntin. Namun bukunya ini, “The Golden Son of the Kadazan” telah diharamkan penerbitannya.

Saya gesa Saifuddin untuk membaca buku Bernard ini, kerana dia tidak akan menjumpai apa-apa sebab di dalam buku ini yang boleh menjadi alasan kepada pengharamannya, seperti mana tidak ada sebab sama sekali untuk laporan nahas Double-Six Nomad dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi selama 47 tahun.

Malah, Bernard telah menggambarkan Peter Mojuntin secara tepat sebagai seorang rakyat Malaysia yang patut dijadikan teladan, yang telah terinspirasi dengan prinsip-prinsip asal Malaysia seperti yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara dalam Perlembagaan dan Rukun Negara, untuk Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, dan bukannya menjadi sebuah negara yang gagal, berpecah belah, dan kleptokratik; di mana Malaysia menjadi contoh persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara kumpulan etnik, agama, budaya, dan tamadun, dan bukannya menjadi tanah di mana berlakunya penindasan keagamaan dan diskriminasi.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Jumaat, 14 April 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.