Yesterday, I expressed confidence that the Anwar Unity Government can survive for five years and graded the survival chances as follows:
- 90% it can survive for one year;
- 80% it can survive for three years; and
- 70% it can survive for the full term of five years.
I stressed that an important element determining the durability of Anwar as the 10th Prime Minister of Malaysia is whether UMNO can play a leading role to reset Malaysia and return the country to the original nation-building principles of plural Malaysia as set out in the Constitution and the Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion of the country and freedom of religion for all faiths, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.
I also said that “the disastrous performance of UMNO in the 15th General Election is proof that it is a mistake to believe that the Malay voters are loyal supporters of BOSSKU despite the many 1MDB charges in court, for if this was true, then UMNO should have experienced a revival instead of unprecedented defeat in the national general election last November”.
In the 15th General Election, UMNO lost to Perikatan Nasional (PN) coalition of PAS and Bersatu because they seemed “clean and pure” as compared to UMNO, but the post-15GE developments have shown that PAS and Bersatu are not the inheritors of the first four UMNO Presidents for a clean and honest government — Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn.
Bersatu has now a bigger corruption scandal than the 1MDB scandal — the RM7.2 billion Jana Wibawa scandal — while PAS has taken a shocking stand that corruption is caused by non-Muslims — ignoring the giant strides which China, India, and Indonesia have made in their fight against corruption as against Malaysia in the last three decades.
Malaysia can be a role model for the world as an example of inter-racial, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational understanding, tolerance, and harmony or in Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s words, “a beacon of light in a difficult and distracted world”.
Bersatu and PAS have nothing to offer Malaysians of diverse races, religions, and regions about the future of Malaysia.
From the performance of the PN leaders and MPs in the eight-week meeting of Parliament, they have not only disregarded the Yang di Pertuan Agong’s advice to ensure political stability so that Malaysia can be great again, they have no compunction to rely on lies, falsehoods, and fake news to undermine national unity in a plural society by further polarising race and religious relations — as evidenced by PAS President Hadi Awang’s preposterous allegation that DAP is promoting Islamophobia and Bersatu Youth chief, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal’s allegation that there are people selling their kidneys to make ends meet which both could not substantiate,.
The outlook for the Anwar unity government is positive, but it must not self-destruct by embarking on polices which are totally at variance with its core values and the principles of the original nation-building principles for a plural Malaysia which had the support of the first four UMNO Presidents.
The Anwar unity government must enter the general election in the six states of Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, and Terengganu in July/August to uphold the nation-building principles in the first quarter of a century of Malaysia’s nationhood under the first three Prime Ministers of Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, and Tun Hussein Onn for democracy, rule of law, good governance, and “unity in diversity” as against a theocratic, divided, failed, and kleptocratic state on Malaysia’s Centennial in 2057.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, 11th April 2023)
Kerajaan Perpaduan Anwar boleh musnah dengan sendiri sekiranya ia membuat dasar yang bertentangan dengan nilai-nilai asasnya
Semalam, saya menyatakan keyakinan saya bahawa Kerajaan Perpaduan Anwar dapat bertahan selama lima tahun dan menyatakan kadar ketahanan seperti berikut:
- 90% kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk setahun;
- 80% kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk tiga tahun; dan
- 70% kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk penggal penuh lima tahun.
Saya menekankan bahawa unsur yang penting yang akan menentukan sama ada Anwar akan dapat bertahan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 adalah sama ada UMNO dapat memainkan peranan untuk menetapkan semula dan mengembalikan Malaysia kepada prinsip-prinsip asal sebuah negara Malaysia yang majmuk seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, sebuah kerajaan yang jujur dan bersih, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, usaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.
Saya juga telah mengatakan yang “prestasi buruk UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 menjadi bukti bahawa kepercayaan yang pengundi Melayu akan kekal setia dengan BOSSKU walaupun selepas disabitkan dengan pelbagai pertuduhan berkaitan dengan 1MDB adalah satu kesilapan, kerana sekiranya perkara ini betul, UMNO sepatutnya menyaksikan kebangkitan dan bukannya kekalahan besar dalam pilihan raya umum pada November tahun lepas.”
Dalam Pilihan Raya Umum ke-15, UMNO telah kalah dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk oleh PAS dan Bersatu kerana mereka dilihat sebagai lebih “bersih dan suci” berbanding dengan UMNO, tetapi perkembangan selepas PRU-15 telah menunjukkan yang PAS dan Bersatu bukanlah pewaris kerajaan jujur dan bersih yang dibawa oleh empat Presiden terawal UMNO — Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn.
Bersatu kini ada skandal rasuah yang lebih besar berbanding dengan skandal 1MDB — skandal Jana Wibawa yang melibatkan RM7.2 billion — manakala PAS pula telah mengambil pendirian mengejutkan dengan mengatakan yang rasuah disebabkan oleh orang bukan Islam — mengetepikan negara seperti China, India, dan Indonesia yang berjaya menunjukkan kemajuan dalam usaha memerangi rasuah berbanding dengan Malaysia dalam tiga dekad yang lepas.
Malaysia mampu menjadi contoh tauladan persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara kaum, agama, budaya, dan tamadun, atau seperti yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.
Bersatu dan PAS tidak ada apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan kawasan mengenai masa hadapan negara.
Dari prestasi para pemimpin dan Ahli-ahli Parlimen PN sepanjang sidang Parlimen selama lapan minggu, kita dapat lihat yang mereka bukan sahaja telah mengabaikan nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk memastikan adanya kestabilan politik supaya Malaysia dapat menjadi sebuah negara hebat sekali lagi, mereka juga tidak mempunyai sebarang rasa bersalah untuk bergantung dengan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk merosakkan perpaduan negara dengan mempolarisasikan hubungan antara kaum dan agama — seperti yang dapat dilihat dari tuduhan liar dan tidak masuk akal oleh Presiden PAS, Hadi Awang, yang mengatakan kononnya DAP mempromosikan Islamofobia dan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang membuat dakwaan bahawa terdapat rakyat yang terpaksa menjual buah pinggang mereka untuk kelangsungan hidup, sedangkan kedua-dua tuduhan ini gagal dibuktikan mereka.
Pandangan terhadap kerajaan perpaduan Anwar kelihatan positif, tetapi kerajaan ini perlu berhati-hati untuk tidak merosakkan dirinya sendiri dengan melaksanakan dasar-dasar yang bertentangan dengan nilai terasnya dan juga prinsip-prinsip asas pembinaan negara majmuk Malaysia yang didokong oleh empat presiden terawal UMNO.
Kerajaan perpaduan Anwar perlu memasuki pilihan raya umum di enam negeri — Pulau Pinang, Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu — pada bulan Julai/Ogos untuk menegakkan prinsip-prinsip awal negara — demokrasi, kedaulatan undang-undang, tadbir urus baik, dan “perpaduan dari kepelbagaian” — yang dibawa oleh tiga orang Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn, supaya Malaysia tidak menjadi sebuah negara teokratik, berpecah belah, gagal, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057.
(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Selasa, 11 April 2023