Can Anwar survive five years as the 10th Prime Minister of Malaysia?


(Versi BM)

Can Anwar Ibrahim survive five years as the 10th Prime Minister of Malaysia?

This is a question which Malaysians must constantly ask themselves for the next five years, unless Anwar is toppled before five years.

After four-and-a-half months as Prime Minister of Malaysia and eight weeks of the Dewan Rakyat meeting following the Opening of the 15th Parliament, I am more confident that Anwar can complete his full term as the 10th Prime Minister of Malaysia because had passed four tests, namely:

  1. Motion of Confidence in Parliament on the Anwar government;
  2. The Motion of Thanks for the Royal Address on the Opening of the 15th Parliament;
  3. Passage of the 2023 Budget; and
  4. Maintain the hopes of Malaysians that Malaysia can avoid the trajectory of a theocracy and a failed, divided, kleptocratic state in the coming decades, and do more, endeavour a reset and return to the nation-building principles of a plural Malaysia agreed by the nation’s founding fathers (which included the first four UMNO Presidents) to become a first-rate world-class nation.

If I am asked to mark the chances for the survival of Anwar as the 10th Prime Minister now, I will give the following grades:

  • 90% that Anwar can last as Prime Minister for one year;
  • 80% that Anwar can last as Prime Minster for three years; and
  • 70% that Anwar can last as Prime Minister for the full term of five years.

This would take into account the failure of the Perikatan Nasional (PN) leadership in Parliament either to perform their parliamentary responsibilities or failure to respond to the Yang di Pertuan Agong’s message at the Opening of the 15th Parliament that Malaysia needs political stability to succeed as nation and their role to undermine national unity by further polarising the nation through heightened and untruthful race and religious rhetorics.

An important element determining the durability of Anwar as the 10th Prime Minister of Malaysia is whether UMNO can play a leading role to reset Malaysia and return the country to the original nation-building principles of plural Malaysia as set out in the Constitution and the Rukun Negara.

The disastrous performance of UMNO in the 15th General Election is proof that it is a mistake to believe that the Malay voters are loyal supporters of BOSSKU despite the many 1MDB charges in court, for if this was true, then UMNO should have experienced a revival instead of unprecedented defeat in the national general election last November.

The general election in the six states of Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, and Terengganu in July/August will have a major bearing on the durability of Anwar as the 10th Prime Minister and is the next major test as to whether Anwar can last five years as the 10th Prime Minister of Malaysia.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Monday, 10th April 2023)


Bolehkah Anwar bertahan lima tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10?

Bolehkah Anwar Ibrahim bertahan selama lima tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10?

Inilah persoalan yang perlu sentiasa ditanya oleh rakyat Malaysia dalam lima tahun yang akan datang, melainkan sekiranya Anwar ditumbangkan sebelum lima tahun.

Selepas empat bulan setengah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan selepas lapan minggu Dewan Rakyat bersidang sempena Pembukaan Parlimen ke-15, saya lebih yakin yang Anwar boleh melengkapkan penggalnya sebagai Perdana Menteri ke-10 kerana dia berjaya melepasi empat ujian, iaitu:

  1. Usul kepercayaan di Parlimen terhadap kerajaannya;
  2. Usul menjunjung Titah Diraja sempena Pembukaan Parlimen ke-15;
  3. Kelulusan Belanjawan 2023; dan
  4. Mengekalkan harapan rakyat Malaysia bahawa Malaysia mampu untuk mengelakkan hala tuju menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik dalam dekad-dekad yang akan datang supaya kita dapat melakukan lebih banyak lagi perkara untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kita kepada prinsip pembinaan sebuah Malaysia majmuk seperti yang dipersetujui oleh tokoh kemerdekaan negara (termasuklah empat presiden terawal UMNO) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Sekiranya saya diminta untuk memberikan markah kemungkinan Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri ke-10 sekarang, saya akan berikan angka-angka seperti berikut:

  • 90% kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk setahun;
  • 80% kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk tiga tahun; dan
  • 70% kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk penggal penuh lima tahun.

Perkara ini mengambil kira kegagalan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan kegagalan mereka untuk menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong semasa istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 bahawa Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk berjaya sebagai sebuah negara dan juga peranan mereka dalam merosakkan perpaduan negara dengan mempolarisasi negara melalui retorik penipuan perkauman dan keagamaan.

Satu unsur penting yang menentukan ketahanan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah sama ada UMNO dapat memainkan peranan penting untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip-prinsip asal pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

Prestasi buruk UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 menjadi bukti bahawa kepercayaan yang pengundi Melayu akan kekal setia dengan BOSSKU walaupun selepas disabitkan dengan pelbagai pertuduhan berkaitan dengan 1MDB adalah satu kesilapan, kerana sekiranya perkara ini betul, UMNO sepatutnya menyaksikan kebangkitan dan bukannya kekalahan besar dalam pilihan raya umum pada November tahun lepas.

Pilihan raya negeri di Pulau Pinang, Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu pada bulan Julai/Ogos akan memberikan kesan yang besar kepada ketahanan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 dan menjadi ujian besar seterusnya kepada Anwar yang akan menentukan sama ada dia akan kekal menjadi Perdana Menteri untuk sepenuh penggal lima tahunnya.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Isnin, 10 April 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.